Cara Memilih Template Yang Sesuai Untuk Blog

8
Assalamualaikum
Bismillah

Pada entri sebelum ini aku ada kongsikan bahawa pemilihan template yang sesuai sangat mempengaruhi earning adsense kan? Ada beberapa faktor kenapa template yang sesuai memberi kesan terhadap trafik dan pendapatan adsense. 

Kesan Pemilihan Template Yang Tidak Sesuai

Apabila kita memilih template yang tidak sesuai dengan niche blog, ia akan memberi kesan negatif kepada prestasi blog seperti :

1. Kelajuan blog (pagespeed blog) akan semakin merosot. 

Korang boleh tengok kelajuan blog kat PageSpeed Insights, GTMetrix, dan Pingdom Website Speed Test Biasanya aku hanya menggunakan 3 website ini sahaja untuk test kelajuan blog. 

Apa yang menyebabkan blog kita menjadi slow dan berat? 

Pertama sekali ialah imej. Saiz imej yang terlalu besar, tak compress, kelebaran dan ketinggian tidak sesuai dengan layout blog dan lain-lain. 

Kedua ialah iklan yang terlalu banyak. Malahan ada yang mengganggu pembacaan pembaca. Berpada-pada ya kalau nak letak iklan di blog. 

Ketiga ialah penggunaan jenis font juga memberi kesan kepada kecepatan blog. Font blog terlalu besar atau kecil. Ada yang bercampur-campur. Sebaik-baiknya gunakan 1 jenis font sahaja. 

Dan kalau pun korang nak nampak ada perbezaan dari segi tajuk ke ataupun nak pecahkan point penting. Korang gunakan heading, subheading ataupun minor heading semua tu. 

Korang juga boleh gunakan highlight, bold, italic, underline dan quote text untuk menampakkan penulisan yang lebih kemas dan teratur. 

Apabila kelajuan blog kita semakin merosot, pembaca nak buka blog kita pun terpaksa menunggu lama untuk loading. Kesannya, pageview menjadi rendah, earning juga rendah. 

2. Pertambahan Error atau Issues dalam Google Search Console

Template yang kurang sesuai akan menyebabkan pertambahan error dan issues dalam Google Search Console. Dan nak fix pun mengambil masa yang lama. 

Ramai yang rajin tukar template tetapi tak nak usaha fix error dan issues dalam blog. 

Broken link bertambah-tambah dan artikel tak dapat diindeks dengan baik. Oleh sebab itulah kenapa kita rajin update konten setiap hari tetapi masih tiada perubahan pada blog.

Sebab masalah utama dia bukan pada template sahaja. 

Jadi, macam mana ni? Apakah cara penyelesaian dia?

Aku mungkin tidak dapat selesaikan masalah korang secara keseluruhan, tetapi sekurang-kurangnya dengan pemilihan template yang sesuai dapat menjadikan blog korang laju, responsif dan juga mempunyai ciri-ciri seo yang baik.

Jadi, korang cuma kena rajin sikit sahaja untuk selesaikan problem dalam google search console ya.


Cara Memilih Template Yang Sesuai Untuk Blog

1. Pilih Template Percuma atau Berbayar

Korang cuma ada dua pilihan sahaja. Samada nak template percuma atau berbayar. 

Korang boleh dapatkan template percuma di way2themes, gooyaabitemplates, dan oddthemes. Ada pelbagai lagi jenis template percuma tetapi itu adalah salah satunya.

Manakala untuk template berbayar pula, korang boleh dapatkan di etsy, dan themeforest.

Berbayar atau tidak sama sahaja sebenarnya. Cuma kalau berbayar korang boleh buang kredit template kat bawah template, korang baca terlebih dahulu apa descriptions dan features sebelum beli template.

2. Pilih Template Yang Sesuai Dengan Niche Blog

Apabila dah pilih samada nak template percuma atau berbayar. Korang kena pilih template berdasarkan niche. Cara nak tentukan niche blog, korang boleh baca di SINI.

Macam mana nak tahu template tu sesuai dengan niche blog kita? Caranya adalah dengan baca deskripsi dan features blog dahulu. 


Sebagai contoh, Kelly Blogger Template ini sesuai untuk blogger yang mempunyai niche beauty. Selain itu, template ini juga mempunyai ciri-ciri SEO dan fast loading. Dari segi features pula, template kelly mempunyai dropdown menu dan featured post. 

Manakala kalau Mago Blogger Template pula mempunyai ciri template yang responsif, fast loading dan SEO. Sesuai untuk niche blog bisnes, pendidikan, kecantikan dan fesyen. 

Jadi, sebelum memilih template pastikan mempunyai ciri-ciri seperti responsive, fast loading, mobile friendly, mempunyai ciri-ciri layout untuk ads, SEO dan bersesuaian dengan niche blog. 

Korang boleh cuba check dahulu menggunakan website di bawah :


3. Kurangkan Widget Yang Tidak Penting

Korang juga hendaklah kurangkan widget yang tidak penting di blog. Sebagai contoh, masukkan lagu, cursor, imej bergerak, chatbox, bloglist, followers, recent post, top commentators dan lain-lain. 

Boleh letak tetapi limitkan. Misalnya nak letak senarai bloglist boleh buat di pages baharu yang berasingan. Kalau nak letak juga, kurangkan sedikit. Apapun terpulang dari korang.

Ada orang suka letak bloglist, even aku sendiri mahu ada bloglist, cuma aku dah buang untuk buat perbandingan sebelum dan selepas ada bloglist. 

Bukan itu sahaja tau, Hiasan yang berlebihan juga memberatkan blog. Dan iklan yang terlalu banyak di homepage juga menyebabkan blog kita jadi slow. 

Terutama sekali iklan yang berbentuk video. Kerana iklan yang kita letak ini akan memberatkan javascript. 

Dan jenis dan posisi iklan yang tidak sesuai juga memberi kesan yang tidak baik kepada blog. 

Sebagai contoh, display ads untuk sidebar korang boleh pilih iklan jenis square dan vertical. Manakala untuk iklan di tengah artikel pula korang boleh pilih square dan horizontal. 

4. Perbaiki Issues di Google Search Console

Akhir sekali, korang tidak boleh elak benda ini. Tukarlah template macam mana sekalipun korang hendaklah rajin untuk perbaiki issues di google search console. 

Kena betul-betul faham lah apa itu First Contentful Paint (FCP), First Input Delay (FID), Cumulative Layout Shift (CLS) dan Largest Contentful Paint (LCP)

Aku sampai sekarang pun masih lagi cuba belajar untuk memahami semua ini. Tak perlu buat hari-hari. Sebulan sekali saja dah cukup.

Hal ini demikian kerana walau macam mana korang cuba selesaikan problem ini pun tetap juga akan muncul issues ini semua selagi kita masih update konten baharu dalam blog. 

At least kita kurangkan lah supaya dapat ranking yang lebih baik di search engine. 

Kesimpulannya

Senang sahaja nak pilih template sebenarnya. Cuma kadang ada beberapa masalah dalaman yang korang kena perbaiki sahaja. 

Tidak semestinya blog jadi slow sebab masalah template. Korang kena kenal pasti juga masalah-masalah lain sebelum nak tukar template.

Ada yang aku lihat template tiada masalah, tetapi disebabkan imej blog jadi berat. Apatah lagi yang buat konten tutorial. Memang banyak masukkan imej. 

Oleh sebab itu, sebelum orang request kat aku untuk tukar template aku akan check dahulu apa masalah blog. 

Aku tidak suka tukar template sesuka hati sebab memang banyak kerja nak buat. Nanti bila tukar template kena komplen pula blog tiada perubahan dan tetap slow. 

Sedangkan masalah tu bukan sebab template sahaja. Apatah lagi bila aku tahu masalah dia bukan pasal template lagilah aku tak cadangkan untuk tukar template haha. 

Kadang bukan tak nak tolong atau menolak rezeki. Aku cuma nak buat yang terbaik juga untuk klien aku. 

Apapun semoga info ini sedikit sebanyak membantu korang. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu. 


Tags

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !