Cara Dapatkan 10USD Google Adsense Setiap Hari

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah semuanya dengan izin-Nya aku berjaya dapatkan 10USD google adsense setiap hari. Akhirnya azam blogging 2021 untuk dapatkan 10USD google adsense dah berjaya dicapai. 
cara-dapatkan-10usd-google-adsense-setiap-hari

Happy sangat dan masih tidak percaya sebenarnya boleh dapat earning macam ini. Aku tahu tidak mustahil. Tetapi untuk dapat dalam masa yang singkat macam nie memang di luar jangkaan aku. 

Gembira dan rasa terharu sebenarnya. Tak sangka apa yang aku dah usaha selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Azam untuk dapatkan 10USD tu sebenarnya aku berharap dapat merasa sekali dua kali kira okaylah. Tak sangka Allah beri lebih. Bersyukur sangat-sangat!

Oleh itu, untuk menzahirkan perasaan gembira ini, aku kongsikan dengan korang apa yang aku buat untuk tingkatkan pendapatan adsense sehingga 10USD setiap hari?

Dia punya struggle nak maintain income adsense tu tak tahu macam mana nak luah. Nak jadi blogger sepenuh masa ini  memang kena betul-betul hati sado, rajin berganda-ganda dan konsisten tahap gaban lah orang sabah bilang.

cara-dapatkan-10usd-google-adsense-setiap-hari

Cara Dapatkan 10USD Google Adsense Setiap Hari

Baiklah, di bawah aku senaraikan apa yang aku perbaiki dalam blog untuk tingkatkan pendapatan google adsense :

1. Pemilihan Template Yang Sesuai

Pemilihan template yang sesuai dengan niche blog sangat mempengaruhi peningkatan dan penurunan pada trafik blog dan juga pendapatan adsense. Bukan senang sebenarnya nak pilih template blog ini. 

Ada pelbagai jenis template percuma dan berbayar yang korang boleh pilih. 

Korang boleh dapatkan template percuma di way2themes, gooyaabitemplates, dan oddthemes. Ada pelbagai lagi jenis template percuma tetapi itu adalah salah satunya.

Manakala untuk template berbayar pula, korang boleh dapatkan di etsy, dan themeforest.

Pastikan template yang dipilih adalah Mobile Friendly, Responsive, dan mempunyai ciri-ciri SEO. Macam mana nak tahu nak cari template yang mempunyai ciri-ciri di atas. Mudah sahaja.

Pertama sekali korang cari lah nak template percuma atau berbayar. Sebagai contoh aku pilih template percuma di way2themes.

Kemudian korang taip sahaja responsive template, maka semua template responsive akan terpapar. Kalau takda butang untuk search, korang cari sahaja template yang ada perkataan responsive, mobile friendly ataupun seo. 

Sekiranya takda juga, korang pilih sahaja mana-mana template. Pastikan korang baca desriptions untuk template beserta features yang disediakan. 

2. Kurangkan Berat Blog (Pagespeed Blog)

Selama ini aku sangat remehkan soal pagespeed blog dan juga berat blog. Rupa-rupanya inilah faktor utama kenapa pageview blog aku dan adsense meningkat.

Inilah kunci utama dia guys! Korang fokus untuk lajukan mobile view dan kurangkan widget yang tak penting. 

Aku tak pasti lah kalau orang lain. Antara widget yang paling penting bagi aku ialah profile, pageview, popular post, blog achieved, search blog, dan contact form. 

Dan widget tambahan pula seperti bloglist, followers, recent post, top commentators dan lain-lain. Bukan tak boleh letak cuma ianya memberatkan blog. Aku dah buat beberapa eksperimen di blog juga. Tetapi seperti yang korang lihat, aku masih letak juga widget tambahan ini. 

Jadi terpulang dengan korang. Ada yang letak widget top commentators sebab setiap bulan nak hadiahkan kepada blogger yang sering berkunjung ke blog. Sangat bagus sebenarnya kerana dapat mengeratkan hubungan sesama blogger dan menggalakkan orang untuk komen di blog kita. 

Bukan itu sahaja, nak ringkankan blog juga salah satunya adalah dengan compress imej sebelum upload di blog. 

3. Buang Broken Link

Amalkan untuk buang broken link sekurang-kurangnya sebulan sekali. Terutama sekali komen-komen daripada Anonymous beserta link yang mungkin spammer. 

Sebaik-baiknya korang settingkan komen yang perlu approval. So, kita boleh tapis komen-komen yang tak baik mahupun spammer. 

Jangan lupa juga untuk lihat mana-mana link yang dah expired. Sentiasalah kemaskini entri lama. 

4. Fix Error di Google Search Console

Sebelum ini aku dah terangkan kenapa pentingnya Google Search Console ini. Search Engine ini mempunyai 3 Fungsi iaitu Crawl, Index dan Rank. 

Jadi sebelum menempatkan website kita di carian. Semua konten atau website kita akan melalui 3 tahap ini dahulu.
 
Oleh sebab itulah penting kita pasang Google Search Console dalam blog. Ada banyak sangat fungsi Google Search Console ni. 

Kita dapat tengok keywords yang pembaca cari. Selain itu, kita juga dapat mengenalpasti artikel mana yang tidak di index dan dapat melakukan pembaikan di website.

Apabila berlakunya indexing error, ia akan mempengaruhi ranking di hasil pencarian sehingga menyebabkan terhentinya aktiviti crawling dan indexing dari mesin pencari.

Artikel tak dapat diindeks kesannya artikel kita tidak muncul bila dicari. Pageview jadi rendah, adsense pula tak jalan. Takat macam tu saja walaupun kita hari-hari update artikel. 

Bukan itu sahaja, apabila kita tak cuba fix error dalam google search console akan memberi kesan jangka masa panjang seperti blog semakin berat, mobile dan desktop view jadi slow dan sebagainya. 

Jadi memang kena rajin lah godek tu google search console ya. 

5. Susunan Iklan Adsense di Tempat Yang Betul

Iklan yang teratur dan tersusun juga memainkan peranan yang penting. Posisi untuk letak iklan yang paling sesuai adalah di atas atau bawah header, selepas tajuk artikel, sidebar dan di tengah artikel. 

Tidak perlu letak iklan terlalu banyak sebenarnya di bahagian page utama (homepage). Hal ini demikian, apabila pembaca klik 3 iklan di halaman yang sama, korang sebenarnya hanya dapat 1 klik sahaja. 

Cukup 3 iklan di setiap halaman sudah memadai. Selain itu, penggunaan auto ads dan manual ads juga penting. Korang kena kenal pasti sendiri posisi iklan yang mana mendapat earning yang tinggi.

Tidak semestinya korang letak matched content di blog, earning korang akan tinggi. Kena rajin buat analisis sendiri. Ada banyak faktor yang mempengaruhi earning adsense juga. Niche blog, CPC, jenis iklan yang terpapar dan sebagainya. 

Kesimpulannya

Apa yang aku sampaikan ini tidak semudah yang dibaca. Nak dapat 10USD tu memang struggle juga lah. Ambil masa berbulan-bulan dan banyak sangat habiskan masa bereksperimen dengan blog sendiri.

Kuncinya memang kena RAJIN, KONSISTEN dan APLIKASIKAN semua ilmu blog yang kita tahu di blog. Dan TIADA JALAN SINGKAT (Shortcut) kalau mahu capai apa yang kita mahu. Semuanya memerlukan kerja keras dan pengorbanan masa.

Dah capai apa yang kita azamkan, kena berusaha lagi untuk kekalkan momentum menulis, earning blog, kekal fokus. Memang susah tetapi tidak mustahil.

Alhamdulillah, kerana dengan izin-Nya juga semuanya jadi mudah. 

Last but not least, don't give up! Semoga Allah permudahkan urusan dan murahkan rezeki kita semua. InsyaAllah aamiin~