Main Game Online di Solitaire.org Tanpa Perlu Download Apps

Assalamualaikum
Bismillah

Siapa sini yang suka sangat main game tapi tak ada banyak pilihan? Hari ni aku nak kongsi tentang satu website yang memang terkenal dengan bermacam-macam jenis pilihan game. 

Pernah dengar pasal Solitaire.org? Kalau belum, mari teruskan baca perkongsian aku hari ini.

Sebenarnya aku pun tak tau sangat pasal website ni. Aku tau sebab kawan aku bagitau dekat aku. Benda baik mestilah nak kongsi kan? 

Lagi satu, main kat game ni percuma tau. Lepas tu tak ada ads pula tu. Kadang kalau main game yang korang download dari playstore, mesti keluar ads juga kan? Tapi kat sini, memang langsung tak ada!

Main Game Online di Solitaire.org Tanpa Perlu Download Apps

Solitaire.org

Pelbagai pilihan online games

Antara games yang ada termasuklah
  • Mahjong Games (https://www.solitaire.org/mahjong-games/)
  • Hidden Object Games (https://www.solitaire.org/hidden-object-games/)
  • Card Games (https://www.solitaire.org/card-games/)
  • Connect 3 Games (https://www.solitaire.org/match-3-games/)
  • Other Fun Online Games (https://www.solitaire.org/free-online-games/)

1. Mahjong Games

Kalau dulu-dulu, aku suka sangat main dengan mahjong ni. Sekarang tak berapa dah sebab busy dengan kerja. Tapi kalau off-day, memang akan main juga game macam ni. 

Kat Solitaire.org ni ada sediakan banyak jenis game. Korang boleh main tanpa perlu download. Kalau main kat telefon mesti download dulu kan? 

Kalau kat sini, tak perlu. Yang penting korang ada internet yang kuat dah boleh main sepuas hati. Kalau Mahjong game, aku paling suka main Daily Mahjong 





Ada beberapa pilihan disediakan macam yang korang nampak di gamabr kat atas. Korang pilih mana yang korang rasa nak main dan tekan butang.

Aku suka main ni, sebab ini yang paling senang bagi aku. Setiap games ni ada tunjukkan cara nak main ya, jadi tak perlu risau kalau tak tahu nak main macam mana. 

Masa dan skor ada dipaparkan di sebelah kanan. Kalau dah tak jumpa, korang cuma perlu tekan cermin magnifier tu.

Lepas dah jumpa semua pasangan, korang akan dapat jumpa skor korang. Bagi aku, ia agak mencabar juga sebab ada beberapa tiles tu nampak mengelirukan.

Game Mahjong ni ada lebih dari 10 pilihan, jadi korang boleh pilih mana satu yang korang nak main.

2. Hidden Object Games


Seterusnya, game Hidden Object ni, dia macam cari benda tersembunyi. Ada 9 pilihan yang korang boleh main. Aku akan bagi review pasal Play The Palace Hotel 




Dalam Hidden Object ni, korang hanya perlu cari gambar yang telah disediakan. Butang “Hint” ada di bawah dan korang boleh tekan kalau objek tu tak dapat dijumpa. 

Setiap kali korang tekan objek yang salah, masa akan ditolak sebanyak 5 saat. Jadi, korang mesti alert kalau nak main game ni.

Game ni ada banyak level. Jadi untuk masuk ke level seterusnya, korang perlu habiskan level- level yang disediakan. 

Game ni bagi aku dapat tingkatkan konsentrasi sebab nak cari objek-objek tersembunyi tu bukannya mudah. Mesti perhatikan dan fokus betul-betul dahulu.

3. Card Games


Seterusnya tentang Card Game. Card game ni pun ada banyak pilihan. Gambar kat atas ni aku letak game Thirty One Card Game. Cara untuk bermain ada disediakan di bahagian bawah jadi sebelum mula bermain, korang boleh baca dulu arahan dan cara untuk bermain.



4. Connect Three Games




Game ni aku rasa paling senang nak main. Cuma perlu cari dan gabungkan item yang sama dan korang dah boleh dapat skor. Tapi kadang mencabar juga kalau mata tu dah tak nampak mana satu yang sama.


Aku pilih game Treasures of Atlantis. Untuk game ni, korang perlu jatuhkan bahagian kad ke bahagian bawah sekali. Habiskan semua kad yang diperlukan dan level tu akan complete. Senang jer.

Other Fun Online Games

Selain 4 jenis game yang aku dah paparkan kat atas tu, Solitaire.org juga ada banyak lagi pilihan game yang lain. Pilihan yang ada termasuklah
  • Cookie Monster 
  • Daily Bridges 
  • Daily Crossword 
  • Daily Sokoban 
  • Daily Sudoku 
  • Daily Tracks
  • Daily Word Search 
  • Letter Scramble 
  • Tennis 
Semua pilihan game ni aku rasa mesra umur. Sebab aku rasa budak-budak pun boleh main juga. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa game yang dapat merangsang penggunaan otak dengan lebih baik. 

Yelah sebab mana nak fokus, mana nak fikir cari jawapan lagi. Ini kalau korang main game yang Daily Word Search tu. Hehe

Aku akan bagi tunjuk game Daily Word Search kat bawah ni.



Game word search ni memang perlu konsentrasi yang tinggi sebab nak cari ayat-ayat tersembunyi tu. game ni level untuk kerumitan. 



Korang boleh pilih 12x12, 14x14 ataupun 16x16. Yang aku tunjuk kat atas ni ialah 12x12. Itu pun aku rasa dah agak rumit nak main.

So, korang dah rasa berminat nak main tak? 

Main game kat website ni best dan sangat sesuai kalau nak buang boring. Sekarang kan masih ramai lagi yang Work From Home. Jadi masa rehat tu, boleh lah singgah sekejap ke dalam website ni.

Apapun, jangan terlalu leka main pula ya! Sambil-sambil main game, kena seimbangkan juga dengan gaya hidup sihat.

Baiklah sekian perkongsian hari ini!