Resepi Ayam Bakar Madu Guna Oven

Assalamualaikum
Bismillah

Pertama kali masak ayam bakar madu ni. Alhamdulillah menjadi jugalah walaupun ada kurang satu bahan. Resepi asal aku ambil dari Youtube Channel Buat Orang Lapo 

Aku bab memasak ini memang tak berapa. Alhamdulillah sekarang senang dah nak belajar masak sebab ramai yang kongsi resepi di blog dan youtube. Aku simpan resepi di sini untuk rujukan hehe.



Bahan-bahan
  • 1 mangkuk ayam (6 - 8 ketul ayam)
  • ¼ cawan sos cili
  • ¼ cawan sos tomato
  • ¼ cawan sos tiram
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula perang
  • ½ sudu besar garam
  • 1 sudu besar serbuk cili 
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 ulas bwg putih di tumbuk lumat
  • 2 sudu besar butter
  • Bakar 200ºc selama 40 minit
Cara-Cara Penyediaan

1.  Panaskan butter. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan madu.

2. Seterusnya, masukkan gula perang, garam, serbuk cili, serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul sebati.

3. Matikan api. Kemudian masukkan bahan tadi di mangkuk berisi ayam. Dan perapkan selama sejam. Lagi lama pera lagi sedap.

4. Setelah diperap, masukkan sedikit minyak masak.

5. Bakar di oven pada suhu  200ºc selama 40 minit. Boleh tambah sos perapan tadi supaya lebih sedap.

6. Bakar di oven sehingga masak. Siap dan sedia untuk dihidang.

ayam bakar madu oven

Bolehlah kan. Nampak juga sedap sikit-sikit. Hahaha~ Selamat mencuba.