Hadiah Istimewa Buat Blogger | Azie Zieya & Diana Rashid

13
Assalamualaikum
Bismillah

Sukacita, aku ingin sampaikan berita gembira buat blogger yang selalu blogwalking dan rajin komen blog ini. Aku ingin memberikan hadiah istimewa. Aku sebenarnya dah lama niat buat macam ini, tetapi ada sahaja halangan.

Alhamdulillah, ada rezeki lebih memang nak bagi hadiah buat kawan-kawan blog yang lain. Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa baik ini pun teringin sangat nak berkongsi rezeki dengan rakan blogger. Blogger yang terpilih untuk menerima hadiah istimewa ini ialah Atie Zieya dan Diana Rashid

Blogger Yang Komen Blog Sii Nurul

Sebenarnya aku dah agak lama juga perhatikan dua orang blogger yang bertuah ni. Hahaha~ Terima kasih sangat sebab selalu singgah dan rajin komen kat blog ini walaupun aku jarang blogwalking dan balas komen di blog korang huhu.

Kalau Atie Zieya ini jangan cakap lah memang ada ja nampak nama dia di ruangan komen blog haha. Manakala Kak Diana Rashid pula aku selalu juga baca blog dia. Memang santai dan seronok baca. 

Jadi aku rasa macam nak beri something untuk mereka kerana selalu menyokong dan bagi kata-kata semangat. Aku percaya bukan blog aku sahaja, blog orang lain pun pasti ada sahaja nampak nama dorang komen. 

Nanti email sahaja ya details di bawah ke nurulatikayunus23@gmail.com

1. Nama
2. Alamat 
3. Nombor Fon

Bagi yang tidak terpilih, jangan risau. InsyaAllah doakan semoga aku dapat rezeki lebih supaya dapat bagi hadiah dengan kawan-kawan blog yang lain juga. Kalau boleh nak juga bagi semua blogger haha, tapi apakan daya belum mampu lagi kan. Tapi tak mustahil kan kalau suatu hari nanti jadi kaya dapatlah belanja korang haha~

Apapun terima kasih sangat-sangat ya sebab selalu menyokong dan bagi kata-kata semangat sepanjang aku berblog. Korang memang baik sangat bah. Terharu ni. Apa yang aku kecapi sekarang ini berkat doa korang juga. 


Catat Ulasan

13Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. moga dimurahkan rezeki..atie memang rajin BW...hehe tahniah atie!

    BalasPadam
  2. Tahniah n semoga dimurahkan rezeki buat semua.

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada semua. atie memang blogger yang sentiasa support blogger hat len

    BalasPadam
  4. waa..tahniah to blogger Atie dan Diana

    BalasPadam
  5. aaaaaaa, pagi pagi bukak nak BW nampak this post with my name. Ya Rabbi.. tiba2 terasa diri ni famous hahaha .. thank you thank you... il email :)

    BalasPadam
  6. wahhh tahniah to both of them ! memang selalu jugak nampak atie punya comment haha

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !