Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Assalamualaikum
Bismillah

Hi guys, hari ini aku ingin kongsikan pengalaman temuduga daripada Cik Chipsmore yang dikongsikan di laman Facebooknya. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit bayangan dan persediaan tentang bagaimana mahu menghadapi soalan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.


Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29


1. Introduce yourself in English

2. Apa sumbangan kamu jika ditawarkan jawatan ini?

3. Apa kelebihan yang kamu ada dari calon yang lain? Macam mana kamu mahu pikat hati kami?

4. Apa kelemahan diri kamu?

5. Jika kamu berjaya temuduga kamu sanggupkah ditempatkan di mana-mana cawangan di seluruh Malaysia?

6. Berapa tahun pengalaman bekerja?

7. Sebelum ini kamu pernah berkhidmat di tempat lain? Di mana?

8. Ada apa-apa soalan?

a. Pada pandangan panel pengerusi apa kekurangan pada diri saya pada hari ini untuk saya perbaiki?

b. Adakah pegawai sedang berkhidmat mempunyai peluang untuk menjawat jawatan ini?


Tips Tambahan :

Sebelum hadirkan diri ke temuduga, pastikan anda membuat ersediaan rapi :

1. Kemaskini resume.

2. Kemaskan diri. Kalau lelaki pastikan memakai baju yang cerah, berambut pendek. (Gred S29 lebih baik memakai blazzer, tag nama jika ada). Manakala untuk perempuan pastikan rambut tidak bewarna (freehair) atau memakai tudung yang sesuai. Pemilihan baju yang sesuai tidak terlalu sendat dan bercorak.

3. Persiapan dari segi isu semasa di dalam dan luar negara. Dapatkan maklumat penting mengenai jabatan dan kementerian. Pastikan hafal. Boleh hadir ke organisasi untuk dapatkan kepastian maklumat.

4. Berdoa dan tawakal. Buat yang terbaik. Jangan terlalu berharap. Ada rezeki takkan ke mana.



5 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Good tips! Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy dah bookmark.. Later I will join.. T singgah ^^

      Padam
  2. semoga bermanfaat untuk semua. Thanks for sharing. ^^

    BalasPadam
  3. good sharing Nurul. lagi satu tips yang akak nak kongsikan, sebelum masuk ke bilik temuduga, baca bismillah dalam hati. masa jawab soalan tu, tawakal je. set dalam minda. Kalau dah tertulis tu rezeki kita, insyaallah memang akan jadi rezeki kita. Kalau sebaliknya, jangan sedih. cuba lagi.

    BalasPadam
  4. Terima kasih perkongsiannya kak Nurul 🥰 Ini bagus sangat utk mana-mana yang bakal diinterview buat persediaan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama