Dikuasakan oleh Blogger.

2020 Cuma Ada Januari & Februari. Yang Lainnya Latihan Akhir Zaman

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya kata-kata itu diambil daripada posting rakan aku di facebook. Dalam tak sedar tak sangka dalam berapa bulan lagi kita akan akhiri tahun 2020. Bercampur-baur juga perasaan sebenarnya. Banyak perkara yang dirancang terpaksa cancel atau ditangguhkan.

Apabila difikirkan hikmah disebalik semua ini tiada kata yang diungkap selain rasa syukur dan redha dengan ketentuan Allah. Bersyukur kerana sekurang-kurangnya masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi walaupun tengah menghadapi pandemik yang semakin teruk. 

Bersyukur kerana masih dapat bersama keluarga kerana aku sendiri tidak tahu sampai bila semua ini akan berakhir. Sementara masih hidup ini kena jalankan juga kehidupan seperti biasa walaupun aku tahu kalau boleh tak nak keluar rumah. Tapi apakan daya kerana rasa tanggungjawab terhadap keluarga, anak-anak, dan adik-adik-beradik kena kuatkan hati juga dan bersabar.

Bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih dapat makan & minum sementara mungkin ada orang diluar sana lagi yang mungkin dah berhari-hari tak makan. Kalau tengok posting Ustaz Ebit Lew memang betul-betul buat diri berasa insaf dan bersyukur bahawa nikmat yang Allah bagi selama ini terlalu banyak. Cuma hati sahaja yang tidak bersyukur.

Bersyukur kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga sedangkan frontliners tengah bertungkus-lumus memerangi wabak ini. Mungkin ada yang berbulan-bulan tak jumpa anak, isteri, suami atau keluarga. Bersyukurlah kerana andai kita berasa diri kita susah, ada lagi yang lebih susah dari kita.

Salah satu cara untuk menghadapi situasi sekarang ini adalah dengan memperbaiki amal dan ibadah. Kata Ustaz Adi Hidayat, apabila kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, maka Allah akan menjanjikan kepada kita beberapa perkara :

  • Jaminan orang yang bertakwa akan diberikan petunjuk oleh Allah (dipermudahkan urusan kehidupan)
  • Orang yang bertakwa kemuliaan akan melekat pada diri kita
  • Urusan yang sulit akan dimudahkan
  • Rezeki datang dari arah yang tak disangka-sangka (malah datang sendiri sebelum diminta)
  • Apapun yang dilakukan akan berjaya dan bahagia
  • Ditambahkan pengetahuan dan kefahaman 

Oleh itu, nasihat juga buat diri aku sendiri. Jangan pernah mengeluh kerana ujian ini jalan menuju ke Syurga Allah. Ketika dihimpit dengan persoalan hidup, maka tingkatkan ibadah dan jangan mengeluh. 

Ketika semua makhluk mengatakan bahawa sesuatu itu adalah mustahil, ini bermaksud Allah menyeru kita semua untuk tinggalkan mereka (dunia) dan segera bermunajat kepada Allah kerana hanya Allah sahaja tempat meminta. Semua ini adalah petanda bahawa Allah mahu kita kembali kepada-Nya.


6 ulasan:

  1. betul kan, Masuk March, semua jadi kalam kelibut... travelling cancel, kerja pun tak soft, financial problem a bit ( sama ada terlebih berlanja or kekurangan ) then sedap tak sedap, lagi dua bulan ja dah nak masuk 2021

    BalasPadam
  2. nice sharing Nurul. Bila pejam celik je dah nak habis 2020. Banyak habiskan masa di rumah saja, tak ada jugak perbezaannya. :)

    BalasPadam
  3. setuju... dalam tak sedar dah nak hujung tahun.. apa lah yang kita buat tahun ni

    BalasPadam
  4. no more 2020.. tak sanggup dah..

    BalasPadam
  5. Rasa sekejap aje 2020. Pejam celik rupanya dah nak habis tahun. Apa aje lah yang kita buat

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.