Assalamualaikum
Bismillah
BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)
Siapa di sini yang bujang ataupun baru berkahwin tetapi ada angan-angan nak beli rumah sendiri? Ada berita baik untuk golongan belia yang berumur antara 21 - 45 tahun korang boleh memohon BSN MyHome iaitu Skim Perumahan Belia
Skim ini adalah untuk membantu golongan belia yang masih bujang (macam aku) ataupun sudah berkahwin memiliki rumah pertama dengan mudah. Yang menariknya, kerajaan akan memberi abntuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.
Siapa yang layak memohon BSN MyHome ini?
Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon :
- Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan).
- Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
- Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
- Permohonan secara perseorangan atau bersama.
- Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
- Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.
Senarai dokumen yang perlu disediakan :
- Borang permohonan BSN.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Sijil perkahwinan yang sah.
- Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).
-
- Slip Gaji Terkini (asal dan salinan) untuk tempoh tiga (3) bulan.
- Nota: Jika bukan pemohon bersama, suami/ isteri pemohon perlu mengemukakan 1 bulan salinan terkini penyata gaji
- Penyata Bank Terkini untuk tempoh tiga (3) bulan
- Slip Gaji dan Penyata Bank Terkini untuk tempoh enam (6) bulan (bagi lain-lain pendapatan)
- Penyata KWSP
- Surat Pengesahan Majikan
Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja)
- Pendaftaran Perniagaan/Syarikat
- Borang B / BE + Resit LHDN
- Penyata Kewangan Syarikat
- Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan
- Lain-lain Dokumen (Cth. Laporan Lawatan Tapak)
- Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P), yang telah distem. Jika S&P belum selesai, resit deposit/ pesanan pembelian pro forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan
- Salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju) daripada panel penilai BSN
- Salinan Geran Induk / Individu (jika ada)
- Akaun berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
- Akuan berkanun perlu ditandatangani oleh pemohon dan pasangan.
Satu usaha yang baik
BalasPadambetul.. kena baca dulu lah t&C
Padammenarik jgk ni..
BalasPadammenarik.. yg penting kena baca terma & syarat dulu sebelum memohon
Padambagus juga ni. masih valid pulakan.
BalasPadam