Cara Mengetahui Anda Berisiko Menghidapi Jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19)

6
Assalamualaikum
Bismillah

Ini adalah ujian saringan awal sahaja. Sekiranya mempunyai simptom batuk, demam dan kesukaran bernafas, segera dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mempunyai gejala yang berlarutan. 

1. Pertama sekali pergi ke laman https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-online-test

2. Pilih BAHASA (Bahasa Melayu atau English)


3. Nyatakan umur korang berapa. Gerakkan ke kiri atau kanan.


Antara soalan yang ditanya ialah :
  • Adakah anda mengalami demam? Suhu badan melebihi 37.5 °C?
  • Adakah anda mengalami kesukaran bernafas kebelakangan ini?
  • Adakah anda mengalami masalah batuk kebelakangan ini?
  • Adakah anda mengalami masalah sakit tekak kebelakangan ini?
  • Dalam tempoh 2 minggu lepas, adakah anda telah berkunjung ke kawasan berisiko tinggi Coronavirus? Contohnya China, Hong Kong, Korea, Iran, Jepun atau Itali?
  • Pernahkah anda berhubung rapat dengan seseorang yang disuspek, tinggi risiko atau positif jangkitan Coronavirus ? Contohnya pekerja hospital atau pramugari / pramugara.

Setelah itu, korang isikan email di ruangan tersebut untuk dapatkan info terkini berkenaan Covid-19. Kalau nak skip pun boleh juga.


Hasilnya... Aku berisiko sederhana rendah untuk jangkitan Covid-19.


Sila pantau gejala anda dan mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan jika gejala ini berkekalan atau berlarutan. Anda diminta untuk mendapatkan nasihat dan ubat-ubatan daripada doktor pakar. 

Pada masa yang sama, ikuti langkah-langkah pencegahan yang telah disediakan untuk memastikan anda tidak menjangkiti orang sekeliling anda.

Langkah-langkah pencegahan untuk penyakit berjangkit


1. Pakai Topeng Muka

Sentiasa memakai topeng muka jika anda tidak boleh mengelak daripada kawasan tumpuan ramai.


2. Basuh Tangan

Basuh tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat dengan sabun atau 'hand sanitizer.'


3. Hindari Tempat Tumpuan Ramai

Duduk di rumah dan cuba sedaya mungkin untuk megelakkan kawasan tumpuan ramai.


4. Tutup Mulut Ketika Batuk

Bagi mengelakkan penyebaran kuman kepada orang sekeliling.


5. Hindari Sentuh Haiwan Liar

Hindari daripada sentuh haiwan liar dan makan produk-produk haiwan yang mentah.


6. Hindari Pesakit

Elakkan interaksi yang rapat secara fizikal dengan orang yang sakit.

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Semoga kita semua dilindungi daripada jangkitan wabak penyakit ni. Aamiin

    BalasPadam
  2. Semoga kita semua dipelihara dari penyakit berjangkit ni. ^^

    BalasPadam
  3. Nice info. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit berjangkit ini..Aamin

    BalasPadam
  4. tq for sharing.
    risau kan ! aduhai...
    aida more risaukan anak-anak yg bersekolah. syuhada tu dah la tak sihat sgt :(

    BalasPadam
  5. tq sharing awak.nice info.

    semoga kita semua terhindar dari penyakit ini.

    BalasPadam
  6. Tq untuk perkongsian ini.. memang elakkan keluar rumah kalau tak ada apa..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !