Cara Print Resit Pembayaran CIMB Clicks

Sii Nurul
9
Assalamualaikum
Bismillah

Pernah tak korang buat transaksi pembayaran secara online tetapi lupa nak print resit? Sebagai seorang pengguna yang bijak, kita digalakkan untuk mendapatkan resit selepas melakukan transaksi pembelian atau pembayaran dari mana-mana tempat.

Ini adalah bertujuan untuk merekod perbelanjaan dan merancang kewangan dengan lebih baik pada masa akan datang. Apatah lagi kalau korang suka berbelanja secara online ataupun menjalankan perniagaan online. Sudah semestinya memerlukan rekod kewangan yang teratur. 

Hari ini aku ingin berkongsi cara untuk mencetak resit pembayaran yang dilakukan secara online di CIMB Clicks. 

Aku selalu bayar PTPTN melalui CIMB Clicks. Jadi sekiranya aku lupa berapa jumlah amaun yang telah dibayar pada bulan-bulan sebelumnya, aku hanya perlu print resit pembayaran sahaja. Selain itu, ia juga penting sebagai bukti bahawa aku telah melakukan pembayaran. 

Cara Print Resit Pembayaran CIMB Clicks


1. Log masuk ke CIMB Clicks

2. Tekan "Pay & Transfer" dan pilih "Transaction History"


3. Setelah itu, akan terpapar semua rekod pembayaran dan pemindahan yang kita buat selama ini.

4. Pilih samada korang nak print rekod pembayaran ataupun pemindahan wang. Contohnya, aku nak print resit pembayaran PTPTN yang dilakukan melalui JOMPAY pada bulan Februari. 



5. Klik (...) sebelah kanan di atas. Korang boleh terus PRINT ataupun save as PDF



Panduan Untuk Berjimat Dalam Berbelanja

Kita cenderung untuk membeli barangan yang tiada dalam senarai keperluan. Oleh sebab itulah kita kadang berbelanja lebih daripada apa yang diperlukan. Terutama sekali kalau ternampak jualan murah. Rambang mata jadinya. 

Jadi bagaimana cara untuk kita bijak berbelanja?
  • Beli barang keperluan dahulu.
  • Buat semakan stok barang apa yang masih tersimpan. Beli barang yang dah habis.
  • Periksa peti ais dan ruang simpanan bahan kering untuk mengelakkan membeli barang yang masih ada terutama yang tidak tahan lama.
  • Sediakan senarai semak bagi memudahkan proses pembelian.
  • Lakukan perbandingan harga dan jenama kerana ada masanya produk berjenama jauh lebih murah terutama ketika promosi.
  • Semak juga tarikh luput produk kerana ada kemungkinan ia dijual pada harga sangat murah, namun jangka hayatnya hampir tamat.
  • Melakukan perbandingan harga di setiap pasar raya yang berbeza juga mampu membantu mendapatkan harga terbaik.
  • Apa yang lebih penting semak resit pembelian sebelum meninggalkan kaunter. 

Semoga bermanfaat.






Catat Ulasan

9Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Tips yang simple tapi sangat bermanfaat untuk orang ramai gunakan :) especially bagi first timer dalam online banking atau pun warga emas macam Mak Ayah Syaza :)

    BalasPadam
  2. Mama x berpa pandp gun cimb klik.. tq for info

    BalasPadam
  3. Mcm mana nk ceck baki dlm acc cimb bank

    BalasPadam
  4. thank you for the info

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write