Apa Kaitan Emosi Dengan Minda Bawah Sedar?

Assalamualaikum
Bismillah


Hari ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari tentang kognitif psikologi. Pernah dengar tak tentang Teori Freud iaitu "psychoanalytic theory"? Jadi hari ini ingin menjelaskan dengan lebih mudah berkenaan konsep "Unconscious Mind".

Cuba lihat gambar botol di atas. 
Aku akan terangkan konsep "minda separa sedar" berdasarkan botol tersebut. 

Botol sebelah kiri adalah tubuh badan (body) kita.

Manakala, botol di tengah pula adalah akal fikiran (mind) ataupun minda sedar kita. Segala pertimbangan, logik, analisis ada pada akal fikiran. 

Dan botol sebelah kanan pula adalah emosi kita. Kehendak, keinginan dan perasaan. Ini adalah minda bawah sedar (unconcious mind) yang mana menampung emosi negatif sejak dalam kandungan lagi.

Sekiranya wanita itu sedang hamil, suaminya selalu menyakitkan hatinya maka emosi negatif itu akan terpendam di minda bawah sedar. Memori semasa ibunya sedih dan menangis itu disedari oleh janin. 

Minda bawah sedar ini ibarat sebuah penyimpanan memori. Ia seperti hardisk yang ada dalam komputer kita. Kita sedia maklum bahawa hardisk ini mempunyai kapasiti kuota tertentu samada  100GB, 500GB dan seterusnya. Begitu juga dengan jiwa dan emosi manusia. Kita tidak tahu berapa banyak beban atau emosi negatif boleh menampung dalam minda bawah sedar ini. 

Emosi dan jiwa kita juga ada had limit tertentu dimana ketika ia sudah terlalu penuh ia akan menyebabkan kita :

  • menjadi pelupa
  • tidak dapat menumpukan perhatian (poor of concentration)
  • sukar untuk tidur (insomnia)
  • mudah atau sukar jatuh cinta
  • mudah marah dan emosi menjadi kurang stabil
  • migrain
  • halusinasi dan pelbagai lagi kesan yang kita tidak sedar akibat terlalu banyak memendam.

Seringkali yang membuat kita rasa okay itu adalah akal fikiran.

"Aku tidak apa-apa"
"I'm okay"
"Aku harus kuat"

Akal fikiran ini membuatkan kita kelihatan tidak mempunyai masalah, bahagia dan positif.

Jadi akal fikiran ini membantu kita untuk kekal berfikiran positif. Hal ini kerana kita sendiri tidak mahu terlihat sedih di hadapan orang lain. 

Oleh itu, ketika fikiran kita sudah mulai penat dan lelah, maka perasaan (unconscious mind) ini akan mengambil alih fikiran kita. Apabila perasaan telah mengambil alih fikiran ia akan mengganggu kesihatan jasmani kita.

Oleh sebab itulah ada sesetengah orang apabila fikirannya mula penat, emosi akan menguasai. Kita cenderung menjadi emosi, mudah marah dan tersinggung kerana akal fikiran kita sudah penat. 

Apabila seorang individu itu terlalu penat, elakkan untuk mendekati dia kerana emosi dia akan menjadi kurang stabil pada ketika itu. Fikiran kita tidak sedar dalam momen tertentu sahaja seperti rasa mengantuk dan kekenyangan. 

Namun ada orang yang pada ketika itu mengalami depresi, maka fikiran dia itu tidak sedar sama sekali, emosi sentiasa menguasai. Ketika minda bawah sedar itu semakin penuh, maka perasaan menjadi semakin kurang stabil kerana perasaan dan emosi itulah paling hampir dengan minda bawah sedar kita. 

Sekiranya gudang semakin penuh dengan emosi-emosi negatif yang paling kelihatan sekali adalah perasaan.  Sebab itulah apabila kita marah atau emosi, akal fikiran kita itu tidak hadir pada ketika itu. Akal fikiran inilah yang menapis segala perasaan kita, yang menjadi benteng pertahanan kita.

Sekali fikiran sudah mulai penat, maka perasaan akan menguasai dan kita mudah untuk menyakiti orang lain dengan perbuatan, dan lisan kita. Jadi untuk megelak minda bawah sedar kita ini penuh, apabila ada masalah wajib luahkan.

Tidak kiralah sama siapapun, keluarga, kawan-kawan mahupun adik-beradik. Kalau tidak percaya mahu meluah dengan siapa, setiap kita mempunyai pegangan agama masing-masing. Maka luahkan saja sama ALLAH. Solat dan berdoa meminta kepada ALLAH supaya diringankan beban masalah di hati. 

Ada juga individu yang jenis pendiam dan memendam. Dipendam semua masalah dan berharap agar perasaannya itu sembuh sendiri. Walaupun kamu menganggap bahawa beban itu tidak ada, sebenarnya beban itu tetap ada. Sama seperti laptop, kalau data semakin penuh pasti laptop itu akan hang (loading lambat). 

Sekiranya mahu meluah jangan whatsapp ataupun sms kerana cara paling efektif untuk meluah adalah melalui lisan dan percakapan. Komunikasi dua hala. Berdoa kepada Allah itu tidak semestinya harus meminta sesuatu kerana ALLAH itu Maha Mendengar apa sahaja masalah yang kita hadapi. 

Semoga bermanfaat.


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. alhamdulillah, thanks sharing sis,suka ayat ini : berdoa pada Allah tidak semestinya kerana kita ingin minta sesuatu- kadang2 kita hanya ingat nak berdoa bila kita ingin sesuatu dari Allah kann.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama