Umur Kronologi vs Umur Biologi

8
Assalamualaikum
Bismillah

Pernah tak korang tertanya-tanya kenapa ada orang yang secara fizikalnya nampak tua berbanding umurnya? ataupun orang tu walaupun fizikalnya muda tetapi umurnya agak tua?

Paling simple lah kan, cuba korang tengok antara Lee Kwang Soo dan Song Joong Ki. Walaupun mereka berdua mempunyai umur yang sama tetapi secara fizikalnya Kwang Soo nampak agak tua sedikit berbanding Joong Ki. Hehe~



Umur Kronologi vs Umur Biologi

Secara umumnya, manusia mempunyai 2 perbezaan umur, iaitu Umur Kronologi dan Umur Biologi. Umur kronologi adalah usia yang diukur dalam tahun sejak seseorang itu lahir. Umur kronologi yang mana kita tahu ialah tahun sekarang ditolak dengan tahun kelahiran kita. So, di sini kita dapat melihat bahawa umur kronologi aku adalah 23 tahun.

Sebagai contoh: Tahun sekarang (2018) - Tahun kelahiran (1995) = 23 tahun.


Manakala, umur biologi pula adalah usia yang diukur berdasarkan penampilan dan kemampuan fizikal seseorang. 


Adakah umur kronologi aku sesuai dengan umur biologi?


Cara mahu mengira umur biologi 

Biological-age adalah laman web dimana mengira umur biologi kita berdasarkan gaya hidup serta pemakanan yang diamalkan. Hanya perlu menjawab 25 soalan yang berbentuk kuiz pilihan dan korang akan dapat keputusan bagi umur biologi korang.

Semasa menjawab kuiz tersebut, part "Where do you live", korang just pilih China sahaja, kerana Malaysia tidak disenaraikan dalam pilihan jawapan. 

Keputusan akan jadi seperti gambar dibawah:


Tadaa~ secara biologinya, aku berumur 11 Tahun hahaha xD


My point is..“Age is just a number.”

Walaupun umur 23 Tahun (kronologi) tetapi kalau muda macam nie dah berpenyakit, sakit pinggang, cepat penat, asyik pergi klinik ja, menunjukkan kemampuan fizikal kita seperti orang yang berumur 70 tahun.

Nenek yang tua di kampung pun masih bertenaga nak bekerja. Malu lah kita~ Kita nie jalan 1km saja pun dah mengeluh penat. Oleh itu, pentingnya untuk menjaga pemakanan yang seimbang dan sihat, sentiasa bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.


Tags

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. betul...umur sekadar angka...biarpun umur saya 34 tahun tapi selalu orang cakap umur saya dalam 20 - 25...kadang2 rasa best tp kadang2 rasa macam tak logik...hehhehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha .. biasanya mcm tue lahr.. means Munirah nie awet muda :)

      Padam
  2. betul tu nurul, age is just a number hahaha

    BalasPadam
  3. Hahaha comel je 11 tahun. Mai dapat 23 tahun, wahh muda 2 tahun je dari umur skrg. Tepat jugaklah ni kiranya,haha.

    If you are feeling stressed or anxious most days, think about learning some techniques to relax and manage this. Regular exercise can be beneficial. As can a healthy diet.
    Try to exercise at least 3 times a week. This is great for the mind and the body.
    Try to incorporate some strength training into your exercise regime. This will also strengthen your bones!
    Try and see your dentist for checkups at least once a year. This will help you manage any issues that my arise. The earlier the detection, the easier it is to deal with.
    It is important to have friends around you that you can rely on. If you feel that you are alone, try making friends by joining a group or a club. Finding like-minded people can help you feel that you have a support network that can be there for you when you need them.
    Eating at least five servings of fruit and vegetables a day, everyday. This is essential for general health.
    Highly refined and deep fried foods are a 'sometimes' treat and should only be eaten occasionally.
    Try to stick to a mainly plant based diet with occasional lean meat, fish or chicken.
    Do a few push ups (or similar exercise) everyday
    Look around for other job opportunities that might interest you. Speak to a career councilor, research different jobs or talk to people that have jobs they enjoy. You might need to embark on more study to get the job you want, but it will be worth it when you are happily heading off to work each day.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !