Assalamualaikum
Bismillah
ALLAH SWT telah menjadikan bulan Muharam sebagai salah satu dari bulan-bulan haram seperti mana dalam firman-Nya yang bermaksud:
Justeru, marilah kita menjadikan hijrah kita lebih bermakna dengan meningkatkan semangat dan azam yang baik.
Bismillah
ALLAH SWT telah menjadikan bulan Muharam sebagai salah satu dari bulan-bulan haram seperti mana dalam firman-Nya yang bermaksud:
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi ALLAH adalah dua belas bulan, dalam ketetapan ALLAH di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (suci). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (QS. At-Taubah: 36)ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH, dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.” (QS. Al-Anfal:74)
Justeru, marilah kita menjadikan hijrah kita lebih bermakna dengan meningkatkan semangat dan azam yang baik.
Hijrah dari perbuatan buruk kepada perbuatan yang baik, hijrah dari iman yang rendah kepada iman yang lebih baik, hijrah dengan meletakkan harapan dan seluruh kepercayaan kepada ALLAH SWT sama ada semasa susah atau senang dan tidak hanya menyerahkan kepada takdir sahaja.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.