Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Sambal Kacang Ikan Bilis Paling Simple Pilihan Keluarga

Assalamualaikum
Bismillah

Untuk pengetahuan korang, aku tidak pernah tau masak sambal. Resepi ini aku olah daripada beberapa resepi ikut selera makan seisi keluarga. Sambal ini kurang pedas. Kalau korang suka pedas boleh tambah cili kering. 

Macam-macam jenis dah sambal aku buat tapi susah nak cari rasa yang semua orang suka makan. Haha~ Akhirnya terhasillah resepi ini. Simple sangat ikut selera family aku lah. Haha~

Resepi Sambal Kacang Ikan Bilis


Bahan-Bahan
  • 1 mangkuk Ikan Bilis
  • 1/2 mangkuk Kacang Tanah
  • 2 sudu besar gula putih
  • 3 sudu besar gula nisan/gula melaka
  • 1/3 cawan air asam jawa
  • 1/4 sudu kecil garam (optional tak letak pun boleh)
Bahan Kisar
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 Sudu Cili Giling (Cili kering pun boleh)
Cara Memasaknya 

1. Bersihkan ikan bilis dan rendam selama 10 minit. Kalau nak ikan bilik yang rangup, tak perlu rendam pun boleh. Dah cuci just toskan sahaja.

2. Cuci kacang tanah dan toskan.

3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga ranggup. Perlu kerap kacau. Angkat dan ketepikan.

4. Keluarkan sedikit minyak dan goreng kacang tanah sehingga sedikit keperangan. Angakat dan ketepikan.

5. Menggunakan baki minyak tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga masak dan pecah minyak. Guna kuali hitam guys. Aku suka masak sambal guna kuali hitam. Setelah itu masukkan cili giling. Gaul sehingga sambal menjadi pekat kemerahan. Kalau kering bleh tambah air sikit-sikit. 

6. Bila sambal sudah pekat, masukkan gula putih, gula nisan atau gula melaka, dan air asam jawa.

7. Masak sehingga sambal bertukar warna menjadi sedikit gelap dan pekat. Tabur garam secukup rasa (optional) tak letak pun boleh.

8. Masukkan kacang tanah dan ikan bilis. Gaul sebati. Kalau nak banyak kuah boleh tambah air. Bila kuah sedikit pekat matikan api. Kalau tak nak kuah tak perlu tambah air. Siap untuk dihidang!


Selamat mencuba~


7 ulasan:

  1. alalalala..aku lapar terus ne nurul. trbayang sambal nasi lemak dgn kacang dan bilis..

    BalasPadam
  2. Cili kering sekarang ada yang jenis pedas melampau

    BalasPadam
  3. Nasi lemak dan sambal ikan bilis gandingan yg mantap . Nak makan nasi lemak wajib letak sambal ikan bilis , kalau tak ada rasa macam tak cukup lengkap pulak

    BalasPadam
  4. yum yum sedap ni.. buat stok byk2 senang nak makan boleh terus ambil je kan

    BalasPadam
  5. Wah, sekali masak dengan kacang tanah. Nampak sedap. :)

    BalasPadam
  6. Sambal ni sedap tp lebih suka goreng ikan bilis dulu

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.