Dikuasakan oleh Blogger.

Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan 3.0 (RM500 untuk B40)

Assalamualaikum
Bismillah

Bantuan Zakat Kecemasan ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19. Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.


Makluman : Bantuan Zakat Kecemasan MCO 3.0 akan dibuka bermula 15 Jun 2021 (Selasa). Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman web rasmi MAIWP. Sekian, harap maklum.
Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan 3.0 RM500 untuk B40

Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan 3.0 (RM500 untuk B40)


1. Pergi ke laman ini PORTAL e-BAITULMAL

2. Klik Sistem eZ-Zakat untuk memohon.

Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan 3.0 RM500 untuk B40


3. Klik PENGGUNA BARU bagi yang baru mahu mendaftar.


4. Sila lengkapkan maklumat berikut :
  • NO. KAD PENGENALAN 
  • KATA LALUAN 
  • PENGESAHAN KATA LALUAN
  • NAMA PENUH
  • EMAIL
Pemohon perlu mengisi SEMUA butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses/daftar masuk sistem kelak.

Syarat kelayakan pemohon bantuan :
1. Warganegara Malaysia
2. Beragama Islam
3. Bermustautin Wilayah Persekutuan
4. BUKAN penerima bantuan kewangan bulanan

Macam aku dari Sabah memang tak layaklah. Dah daftar. Korang login balik di Sistem Permohonan ez-Zakat Halaman Utama sistem akan dipaparkan setelah pemohon berjaya Log Masuk.

5. Seterusnya, korang tekan pula ‘MAKLUMAT PEMOHON’ bagi melengkapkan butiran pemohon.

6. Sila lengkapkan butiran korang seperti :

  • MAKLUMAT PERIBADI
  • ALAMAT
  • MAKLUMAT PEKERJAAN
  • MAKLUMAT RUJUKAN UNTUK PENGESAHAN
  • MAKLUMAT AKAUN
  • MUAT NAIK DOKUMEN

Butiran yang mempunyai tanda * ini adalah WAJIB diisi oleh pemohon.


7. Pada bahagian MUAT NAIK DOKUMEN, pastikan korang memuat naik dokumen:

1. KAD PENGENALAN
2. BIL AIR/API
3. PENYATA BANK
4. SURAT DOKUMEN/LAIN-LAIN

di dalam format pdf/jpg/jpeg/gif. Maksimum saiz dibenarkan adalam 2mb untuk satu muat naik dokumen. Boleh guna CompressPJEP sekiranya file terlalu besar. Sekiranya nak convert file to PDF ataupun combine PDF pula boleh guna ilovepdf

8. Setelah semua butiran telah diisi, korang hendaklah menekan butang LANGKAH 1- KEMASKINI PEMOHON bagi menyimpan butiran tersebut.

9. Seterusnya, pada bahagian KEMASKINI TANGGUNGAN pula korang dikehendaki menekan butang TAMBAH TANGGUNGAN dengan mengisi maklumat yang diperlukan.

Korang hendaklah memenuhi setiap butiran seperti:

1. NO. KAD PENGENALAN
2. NAMA
3. TARIKH LAHIR
4. JANTINA
5. HUBUNGAN
6. PEKERJAAN

dan menekan butang HANTAR. Maklumat tanggungan yang telah diisi dan dihantar akan dipaparkan.

10. Setelah SELESAI mengemaskini maklumat tanggungan, korang dikehendaki menekan butang LANGKAH 3 - HANTAR PERMOHONAN BANTUAN.

11. Pemohon hendaklah menekan butang yang bertanda [/] bagi mengesahkan permohonan tersebut. Seterusnya, perlulah menekan butang LANGKAH 4 - HANTAR PERMOHONAN bagi menghantar permohonan yang telah dibuat.

12. Korang boleh membuat semakan diatas permohonan yang telah dibuat dengan menekan butang SEMAKAN BANTUAN.

TARIKH PERMOHONAN : Sekiranya tidak tersenarai dalam SEMAKAN PENERIMA BANTUAN COVID 3.0 permohonan boleh dibuat bermula 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021. 

Semoga dipermudahkan urusan korang semua. InsyaAllah aaminn~

6 ulasan:

  1. Semoga bantuan ni dapat meringankan mereka yang memerlukan dan harap mereka yang terkesan layak mendapat bantuan ni. Aaminnn...

    BalasPadam
  2. semoga dapat membantu mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
  3. Nice nya... thanks info.. nak share

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.