Dikuasakan oleh Blogger.

Jam Tangan Buruj Orion Untuk Solat & Penunjuk Arah Kiblat Memudahkan Muslim Untuk Jaga Waktu Solat

Assalamualaikum
Bismillah

Hidup kalau tiada masa boleh huru-hara tak tahu waktu rehat, waktu bekerja ataupun waktu untuk beribadah. Betapa pentingnya waktu dalam kehidupan harian kita. Cuma bagaimana kita menggunakan masa 24 jam yang Allah bagi tu untuk sesuatu yang bermanfaat. 

Pada masa kini jam tangan bukan sahaja menjadi keutamaan untuk melihat waktu tetapi juga menjadi aksesori tambahan kepada lelaki dan juga wanita. Kiranya kebanyakkan orang menggunakan jam tangan ini sebagai fesyen juga. Sekarang ni hampir semua orang ada smartphone, dan lihat waktu di dalam handphone saja. 

Jam Tangan Buruj Orian Untuk Solat & Penunjuk Arah Kiblat
Jam Tangan Buruj Orion beli di Muslim Store

Tetapi ada juga yang masih pakai tangan sebab dan terbiasa. Macam aku sendiri tak biasa pakai apa-apa aksesori seperti jam tangan, gelang dan sebagainya sebab mempunyai kulit yang sensitif. Setiap kali pakai jam mesti tanggalkan balik sebab gatal kat pergelangan tangan. 

Kalau korang nak tahu, sebelum ini aku tak pernah pakai jam tau. Salah satu sebabnya aku boleh tengok jam di smartphone sahaja. Tambahan pula di handphone pun sekarang dah boleh install aplikasi untuk waktu solat. Jadi bila-bila masa boleh tengok waktu solat. 


Sampailah satu hari aplikasi yang ada di handphone tu kan asyik nak kena update lah, kena reset lah. Dan paling lawak pula, boleh-boleh waktu solat di Sabah bertukar ikut waktu solat di Johor. Sedangkan waktu solat di Sabah dan Johor berbeza. Terpaksa aku install sampai dua aplikasi untuk waktu solat sahaja. Oleh sebab itulah aku yang tak suka pakai jam tangan ini pun akhirnya beli jam tangan juga. 

Jam Tangan Solat & Penunjuk Arah Kiblat

Korang pernah dengar tak tentang Jam Tangan Islamik Buruj. Aku baru tahu sebenarnya sekarang ni dah ada jam tangan khas untuk lihat waktu solat, azan digital dan juga kiblat. Jam Tangan Islamik mengetengahkan ciri-ciri istimewa sebuah jam tangan digital bagi memudahkan urusan solat seharian, carian kiblat walau dimana pun korang berada serta banyak lagi fungsi menarik termasuklah boleh SET NAMA pada paparan skrin jam. 

Keistimewaan dan Kelebihan Jam Tangan Buruj Orion

  • Boleh cari arah kiblat sepantas 1.51 saat tanpa data internet!
  • Waktu solat di seluruh dunia.
  • Penanda al-Quran digital.
  • Boleh set nama anda dalam jam, Maksima 7 huruf. Nama juga boleh diukir di tali jam.
  • Kalendar Hijri dan Masihi.
  • Mempunyai pilihan 3 bahasa - Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu & Arab
  • Ada alarm, stopwatch, Moon age
  • DAYLIGHT SAVING TIME ( DST ) Untuk negara 4 musim sahaja!
  • Takwim Malaysia
  • Water Resistant (Ini yang paling best!)

Spesikasi Jam Tangan Buruj Orion

  • Berat : 35g
  • Case Diameter : 3 cm
  • Case Thickness : 1 cm
  • Case Material : plastik
  • Band Material : Grain Leather
  • Screen : Plastik
  • Band Length (include case) : 24.5 cm
  •  Band width : 2 cm
  • Mempunyai 2 warna pilihan iaitu coklat dan hitam
Jam Tangan Buruj Orian Untuk Solat & Penunjuk Arah Kiblat

Jam Tangan Buruj Orian Untuk Solat & Penunjuk Arah Kiblat

Mengapa Aku Memilih Jam Tangan Islamik Daripada Jam Biasa?

1. Mudah Untuk Mencari Arah Kiblat

Bagi aku apa yang menarik sekali dengan jam tangan ini ialah mudah untuk cari arah kiblat dimana pun korang berada hatta di atas Gunung Kinabalu sekalipun. Tanpa data internet pun boleh cari arah kiblat, lepas ni tak perlu risau dah bila nak cari arah kiblat di tempat baru. Kalau dapat cari surau atau masjid tu beruntunglah. Tapi kalau time korang hiking di dalam hutan nie macam mana nak cari arah kiblat kan. 

2. Waktu Solat Yang Up-To-Date

Waktu solat jam tangan ini sentiasa up-to-date kan boleh set masa mengikut lokasi korang di seluruh dunia. Dan paling best jam ni boleh remind korang apabila nak masuk waktu dia akan bunyi bipp bipp (korang kena set sendiri, paling maksimum 59x). So walaupun korang mungkin terleka dengan kerja korang akan sentiasa ingat masuknya waktu solat. Selama ini kita mungkin selalu terlepas waktu solat, apa kata cuba upgrade kita yang selama ini yang sentiasa terlepas waktu solat.

Jam Tangan Buruj Orian Untuk Solat & Penunjuk Arah Kiblat

3. Berkualiti, Trendy dan Harga Yang Berpatutan

Ada orang dia suka pakai jam tangan kerana fesyen. Nak kelihatan lebih bergaya dan nampak profesional sehinggakan sanggup beli jam yang harga ribuan ringgit. Habiskan wang untuk beli produk original, sanggup beli Gred AAA tetapi jam tangan tu biasa sahaja. Yang menjadikan ia mahal adalah JENAMA. Why not kita sebagai Muslim tukar kepada Jam Tangan Buruj. Harga jam pun lebih kurang, berkualiti, dan trendy for us as a Muslim. Kadang kala kita ni terlupa apa sahaja rezeki yang kita dapat, bagaimana kita menggunakan rezeki tersebut. At least gunakanlah rezeki tersebut kepada sesuatu yang membuatkan kita dekat dengan Allah. 

4. 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐅𝐨𝐫 𝐄𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐃𝐚𝐲

Kalau ada yang tercari-cari hadiah hantaran yang super sweet dan rare kena try pakai jam Buruj. Sebab mesti nak pakai jam yang boleh berikan kita dan tersayang manfaat. Bukan itu sahaja, boleh set nama orang tersayang lagi. Dah pakai jam mestilah nak bagi tahu kan ini jam kita atau jam tu special untuk tersayang kita kan. Maksimum boleh masukkan 7 huruf sahaja. Tali jam boleh engrave nama/tarikh (warna brown sahaja) - perlukan masa 2 hari untuk engrave dan diposkan.

Dapatkan Jam Tangan Buruj Orion dari Muslim Store! 

MUSLIMSHOPPE.COM adalah kedai dalam talian yang menjual pelbagai produk islamik. EMME MARINA ENTERPRISE telah ditubuhkan dan ditubuhkan sejak 2013 dan syarikat ini berkembang setiap hari serta menjadi salah satu KEDAI ONLINE yang menjual barangan pengguna Muslim di seluruh Malaysia. Selain itu, produk yang boleh didapati di Muslim Store adalah Al-Quran Tagging, Al-Quran Radio, dan Al-Quran Digital.

Setiap pembelian Jam Tangan Buruj Orion akan menerima Paper Bag, Kupon RM10 & Thank You Note, Waranti 1 Tahun, Kotak Jam beserta FREEGIFT.

Jam Tangan Buruj Orian Untuk Solat & Penunjuk Arah Kiblat

Jam tangan ini terdapat banyak design yang boleh dipilih ikut citarasa korang iaitu Buruj Couple Adam Hawa, Buruj Arabic Classic, Buruj Lady Aysa, Buruj Orion , Buruj Qibla, Buruj Qibla Special Edition, Buruj Sport dan juga Buruj Tawaf Blackout Edition. Banyak jenis dan rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.















Jam tangan kini bukan lagi sekadar pelengkap gaya malah mempunyai fungsi pelbagai apabila ditambah aplikasi dengan kemudahan tertentu termasuk yang membantu Muslim terutama dalam memudahkan mereka melakukan ibadah. 

Jam tangan jenama Buruj umpamanya menyediakan maklumat waktu solat di seluruh dunia pastinya menarik minat khususnya golongan muda yang gilakan gajet. Andai ada yang menghadapi masalah dalam pengurusan masa, jam ini boleh menyelamatkan daripada terlepas waktu melaksanakan ibadah wajib. 

Jaga Waktu Solat Allah Akan Permudahkan Urusan Harian Kita

Cuba fikirkan, semua orang diberi Allah SWT 24 jam masa sehari tetapi mengapakah ada yang dapat solat tepat atau seawal waktu dan mengapakah ada yang melengah-lengahkan atau terus tidak sempat bersolat dengan alasan terlalu banyak kerja.

Apabila bekerja jadualkan aktiviti berdasarkan waktu solat. Ambil wuduk 15 minit sebelum waktu solat. Aturkan mesyuarat selepas waktu zuhur dan diselesaikan sebelum asar. Percayalah, jika kita menjaga waktu solat, kerja duniawi juga akan terencana dengan baik.

Peruntukan masa untuk Allah SWT dan utamakan urusan dengan-Nya terlebih dahulu. Ingatlah, jika kita menjaga akhirat, dunia akan mengikut kita. Jika kita mengejar dunia, akhirat akan tercicir. Setiap hari berdoa, "Ya Allah dapatkanlah aku keberkatan waktu dan ketenangan jiwa. Apabila aku perlukan masa, masa akan panjang."

Jom kita upgrade diri menjadi Muslim yang lebih baik dengan menjaga waktu solat. Berminat nak dapatkan jam tangan buruj ini boleh dapatkan di 

15 ulasan:

  1. Tak pernah jumpa lg brand jam ni. Nampak mudahkan org utk bersolat

    BalasPadam
  2. Ada banyak design yang lawa². Rambang mata nak pilih 🥰🥰

    BalasPadam
  3. Senang ada jam macam ni. Design Aysa tu lawa 😍😍

    BalasPadam
  4. mudah nak tentukan arah kiblat dengan jam ni walau tiada data, cepat pulak tu

    BalasPadam
  5. menarik ni, nurul. asben akak pernah cerita pasal jam gini kot. tapi akak tak brape amik peduli sebab masa tu baru je beli gshock.
    nice la bila baca details yg nurul explain. betul tu, kita Muslim, ini la sepatutnya pilihan kita, kan :)

    BalasPadam
  6. Smart betul jam ni kan. Kat tali jam ada nama dia la.feature jam dia unik.first time jumpa jam gini. Hihi

    BalasPadam
  7. menariklah jam buruj ni ada ciri-ciri azan, solat dan kiblat senang kalau bawa pergi mana-mana lepas tu ada set couplelah

    BalasPadam
  8. Cantiklah warna jam tgn Nurul. Lagi best bila senang nak tengok kiblat Ni. Haish, kalau pi mana2 mmg risau kiblat x tahu.

    BalasPadam
  9. Menarik betul feature jam ni. Memang bagus ada peringatan solat selalu sebab manusia ni kan cepat alpa. Hehe

    BalasPadam
  10. Dah lama usha jam tangan Buruj ni. Banyak juga kelebihannya. Siap boleh cetak nama sendiri tu 😍

    BalasPadam
  11. Dah lama usha jam tangan Buruj ni. Banyak juga kelebihannya. Siap boleh cetak nama sendiri tu..

    BalasPadam
  12. 1st time tau pasal jam ni.. Menarik betul dia punya features tu

    BalasPadam
  13. suka jam ni dah lama dah.. simpan impian nak ada jam ni yang pakej couple tu.. cantiknya bila pakai dan travel sama2..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.