Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari

61
Assalamualaikum
Bismillah

Terdetik di hati ini untuk berkongsi pengalaman sendiri bagaimana menaikkan trafik blog dalam masa sebulan tanpa perlu menulis setiap hari. 

Aku tahu ramai yang nak tips macam mana tingkatkan pageviews blog tetapi tak ramai yang ajar artikel yang macam mana sepatutnya kita tulis untuk meraih trafik beribu dalam masa yang singkat. 

300k pageviews bersamaan dengan 10k sehari

Jadi hari ini aku bongkar cara aku menulis artikel sehingga boleh mencecah 10k sehari. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri, apa yang aku buat untuk blog aku supaya dapat trafik tinggi.
 


Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari

1. Kenal Pasti Kekuatan Blog

Walaupun aku dah kongskikan perkara ini di entri sebelum ini, tapi tak apa mungkin masih yang tak faham kot. Kekuatan blog yang macam mana aku maksudkan? Aku tahu ramai yang nak direct to the point contoh entri macam mana kan. 

Kekuatan blog itu boleh dilihat melalui entri korang yang manakah paling banyak views? Adakah artikel yang berkaitan resepi, berita semasa, dekorasi, panduan dan tips dan lain-lain. 

Contoh untuk blog aku sendiri, antara artikel yang paling banyak views adalah tips dan tutorial. 


Mungkin ada yang tertanya atau mempersoalkan, korang pun tulis benda yang sama juga tetapi kenapa views tak banyak? Korang pun tulis benda yang sama juga macam aku tetapi tak dapat pun masuk halaman pertama google. 

Di mana silapnya artikel korang? Bila baca artikel aku pun taklah gempak sangat pun. Malah semuanya aku tulis direct takda berbunga-bunga. 

Meh sini aku kongsi, korang duduk catat nota okay. Kita belajar sama-sama. 


Kalau korang tengok kat google ramai yang share benda yang sama juga cuma apa yang membezakan antara artikel aku dengan blog yang lain ialah dalam tu aku tunjukkan CARA MACAM MANA NAK TENGOK KOD BIL ELEKTRIK

Entri tu aku tulis 2 tahun yang lalu. masa tu aku mempunyai kesukaran untuk bayar bil di kaunter SESB jadi aku cari di google ramai yang share juga pasal tips ini tetapi tak ajar pun macam mana nak tengok kod bil elektrik tu. 

Kenapa dorang tak ajar? Sebab tutorial tu dorang buat berdasarkan perkongsian daripada orang. Maksudnya mereka hanya copy dan tulis balik berdasarkan apa yang orang lain kongsi bukan daripada pengalaman dorang sendiri. 


Jadi itulah yang membezakan artikel aku dengan orang lain. Semua entri berkaitan dengan tutorial adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri bayar sambil tu screenshot dan edit untuk dijadikan tutorial. 

Begitu juga dengan entri korang, cuba semak dan bandingkan artikel yang ditulis dengan blog lain. Mungkin apa yang korang kongsi tu orang lain pun dah cerita juga. Cari apa yang orang lain belum mention lagi di blog dorang. 

Pembaca ini dia cari sebab nak info. Kalau dia buka sampai 2 - 3 blog tetapi semua pun tulis benda yang sama juga, so dia tak jumpa lah jawapan kepada soalan dia. 

KALAU NAK KEJAR TRAFIK, KITA KENA PIKAT PEMBACA DENGAN INFO YANG MEREKA NAK. 

2. Tulis Mengikut Gaya Penulisan Sendiri

Dah tahu apa kekuatan blog, seterusnya korang tulislah artikel mengikut gaya penulisan sendiri. Tak perlu tiru cara orang tulis macam mana. Kita bina sendiri identiti kita dalam penulisan. Bagi aku benda ini sangat penting. Pembaca boleh tahu cara penyampaian kita macam mana. 

Apabila aku menulis berdasarkan pengalaman sendiri, apabila pembaca tanya maka senang nak jawab soalan. Sebab kita tulis berdasarkan apa yang kita faham dan alami sendiri.

Katakanlah korang nak tulis topik blog yang banyak orang baca supaya boleh sumbang trafik yang tinggi dalam blog. Contoh artikel yang boleh menyumbang banyak trafik ialah :
  • Tanda awal kehamilan
  • Resepi ayam goreng berempah
  • Set menu berbuka
  • Cara tukar alamat pusat mengundi
Itu adalah contoh artikel evergreen yang tak lapek dek zaman. Tak kira tahun 2020 ke atau 5 tahun kemudian ke orang tetap akan cari topik tu. Korang nak tulis artikel tu tetapi korang tak pernah alami pun sendiri. Tulis tanda kehamilan tetapi masih single. Tulis tukar alamat pusat mengundi tetapi tak pernah buat. 

Sebenarnya bukan tak boleh buat artikel macam tu, cuma apabila kita sendiri yang pernah alami benda tu kita boleh cerita banyak benda. Pengalaman setiap orang tak sama. Korang copy cara tukar alamat pusat mengundi tahun 2015 sedangkan tahun 2020 dah tak sama cara tu. Mungkin ada penambahbaikan ataupun perubahan. 

Jadi pembaca nak cari topik tu, bila baca "eh ini kan cara lama punya". So pembaca hanya buka blog korang tak sampai 5 saat dah lari cari info kat blog orang lain. Sebab tu bounce rate asyik tinggi ja. 

Contohlah aku ambil pula entri berkaitan resepi. Semua orang boleh je buat entri resepi tetapi kena bersaing dengan banyak blog sebab entri berkaitan resepi ini sebenarnya hampir sama saja, mungkin blog ini tak letak rempah, blog yang itu pula ada halia dan sebagainya. 

Jadi macam mana pula nak tingkatkan trafik untuk entri resepi ini? Jawapannya adalah KEYWORD.

Contoh kita nak tulis resepi sosej. Kalau taip kat google korang boleh nampak ada banyak keyword resepi sesej ini. 
  • resepi sosej telur
  • resepi sosej masak black pepper
  • resepi sosej roll
  • resepi sosej cheese
  • resepi hotdog
  • resepi sosej cocktail
  • resepi telur
  • resepi sosej grill
Jadi korang just pilih saja resepi mana yang korang nak buat. Boleh tiru resepi orang lain tetapi pastikan GAMBAR dan VIDEO adalah sendiri. Kalau kita ambil semua samalah macam kita plagiat hak orang lain. 

Sebaiknya entri berkaitan resepi kita letak gambar masakan sendiri. 

3. Tajuk dan Konten Memainkan Peranan Penting

Bagi aku tajuk dan konten artikel sangat penting untuk tingkatkan pageviews blog. Tulis tajuk gempak tetapi isi pula tidak kena mengena pun dengan tajuk. Pembaca ini kan ada banyak kategori. 
  • Ada pembaca dalam kalangan blogger dan followers. 
  • Ada pembaca yang hanya datang blog untuk cari info penting sahaja. 
  • Ada pembaca yang baca sebab nak maklumat. 
  • Ada pembaca yang baca blog kita sebab nak inspirasi.

Jadi konten kita adalah bergantung dengan siapa yang baca blog kita. 

Bagaimana cara aku buat tajuk dan penyampaian isi? 

1. Heading (Tajuk artikel) - H1

Contohnya Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari. Tajuk inilah yang menjadi kata kunci yang paling penting kerana ia dianggap mewakili isi dari konten website. 

Begitu juga dengan topik yang aku tulis sekarang ini adalah tentang perkongsian cara aku menulis artikel dalam blog yang boleh membantu korang meningkatkan pageviews sehingga 10k sehari. Biasanya aku hanya gunakan Tag Heading ini sekali je dalam entri. 

2. Subheading (Pecahan tajuk/point penting) - H2

Sama macam kita buat karangan ada pendahuluan, isi-isi penting dan kesimpulan. Subheading bagi tajuk Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari ialah :
  • Kenal pasti kekuatan blog
  • Tulis mengikut gaya penulisan sendiri
  • Tajuk dan konten memainkan peranan penting

3. Minor Heading (pecahan point subheading) - H3

"Tajuk dan konten memainkan peranan penting" adalah subheading ataupun point penting bagi tajuk blog. (h2) "Bagaimana cara aku buat tajuk dan penyampaian isi?" (h3) pula adalah pecahan point lagi kepada point Tajuk dan konten memainkan peranan penting. 

Faham juga bah kan? haha~ Kalau masih keliru boleh baca penggunaan umum heading tag di bawah. 
Sumber : pandagila.com

Aku sebenarnya tak berapa tahu juga pasal heading ini. Tetapi itulah apa yang aku faham dan selalu buat setiap kali nak buat entri baru dalam blog. Sekiranya apa yang aku kongsi dan pemahaman aku selama ini salah korang bagitau ja ya. 


Kesimpulannya...

Sejujurnya itu sahaja yang aku buat untuk naikkan pageviews blog aku. Bagi aku point pertama itu yang paling penting. Hanya diri kita sahaja yang tahu apa kepakaran kita dalam menulis macam mana. Kalau korang tengok semua entri aku kebanyakkan berdasarkan apa yang aku pernah alami sendiri. 

Aku jarang buat artikel ulasan atau pendapat berkenaan isu semasa yang terjadi sebab bagi aku setiap pendapat orang berkenaan isu semasa seperti pandemik covid-19, isu orang tak puas hati dengan PKP fasa 4, isu tentang artis yang tak puas hati dan sebagainya adalah berbeza. 

Ada orang suka ada yang tak suka. Ada yang setuju ada juga yang tak setuju. So benda tu subjektif takda betul dan salah. Walaupun aku tahu konten seperti begitu boleh meraih trafik yang tinggi. Bergantung dengan koranglah nak tulis pasal apapun. Blog korang kan.

Tips Tambahan Tingkatkan Pageviews

Jenis Artikel Yang Korang Perlu Tahu

Kalau korang nak trafik tinggi tetapi terhad jangka masanya. Korang boleh tulis artikel berkenaan isu semasa, politik, sukan, jenayah, hiburan dan gosip. 

Selain itu, korang boleh buat entri bermusim. Misalnya tentang perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Ramadan, dan tahun baru. Biasanya entri seperti ini tinggi pageview tetapi apabila masuk musim tersebut sahaja. So sentiasalah kemaskini konten mengikut trend semasa. 

Kalau nak trafik yang berterusan boleh tulis entri yang berbentuk evergreen. Contohnya seperti resepi dan masakan, ia tidak mengundang pageviews mendadak tetapi berterusan. Entri berkenaan travel, percutian, tips percutian dan entri berilmiah serta keagamaan. 




Akhir sekali..

aku nak kongsi dengan korang antara keyword atau tajuk blog yang insyaAllah boleh meningkatkan trafik yang tinggi. Korang boleh cuba tulis di blog sekiranya berminat. Ini adalah himpunan blog idea yang aku simpan. 
  • Tanda awal kehamilan
  • Aiskrim Malaysia
  • Resepi ayam goreng berempah
  • Sambal belacan
  • Nasi tomato
  • Rendang ayam
  • Buat rumah terbuka hari raya
  • Set menu berbuka/ menu raya
  • Resepi kuah kacang
  • Masalah gastrik
  • Doa awal tahun
  • Kek batik sukatan cawan
Fuh.. Panjang nak menaip ni. Aku berharap sangat-sangat perkongsian ini dapat menaikkan semangat rakan-rakan blogger untuk menulis sekaligus dapat tingkatkan pageviews beribu-ribu. Tak best kan kalau sendiri saja semakin hari naik tetapi kawan-kawan pula struggle juga nak jadi macam kita. 

Ada banyak lagi aku nak kongsi pasal blogging tentang pengalaman sendiri macam mana nak tingkatkan pendapatan adsense, berapa kali sehari nak post entri, dan macam-macam lagi. InsyaAllah, akan datang aku akan kongsi dengan korang. 

Kalau korang ada soalan lain berkenaan blog atau nak tips lain pula boleh komen di bawah ya. 


Catat Ulasan

61Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Banyak info yang saya faham lebih2 lagi cara penggunaan heading.
    Terima kasih sis. Saya akan cuba terapkan di dalam blog saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga b'manfaat.. InsyaAllah mudah-mudahan blog semakin maju..

      Padam
  2. tekun ray baca dri atas sampai bawah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tq ray..
      Semoga blog ray juga semakin maju... Keep it up!

      Padam
  3. terima kasih dgn perkongsian.sgt inspirasi bgi blog sy yg hny suam2 kuku

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kita belajar ilmu blogging sama2 😊

      Padam
  4. Banyak info dan tips dalam entry ni. Akak pun tengah cuba perbetulkan entry-entry lama dan masukkan keyword² yang perlu.. Thanks for the tutorial

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak.. Semoga dapat membantu tingkatkan pv blog.. InsyaAllah semoga sentiasa d'murahkan rezeki,,

      Padam
  5. Terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  6. tulis artikel based on pengalaman sendiri lagi seronok untuk dibaca daripada copy paste ayat orang.

    BalasPadam
  7. Tahniah atas perkongsian yg mantap ini,saya setuju dengan statement menulis tentang perkara yang kita alami sendiri lebih mudah meningkatkan pv blog berbanding kita copy paste je..semoga terus maju dalam berblog:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog Cik Matahariku pun byak membantu sy juga ^^
      Terima kasih juga atas ilmu akak~

      Padam
  8. Banyak tips ni Marsha akan cuba hadamkan betul-betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga sedikit sebanyak membantu rakan2 yg lain ^^ Keep it up sis!

      Padam
  9. Kena pebetulkan balik penulisan.. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bonde punya penulisan pun semuanya menarik.. sy suka resepi2 bonde juga ^^ .. Semoga entri ini bermanfaat ~

      Padam
  10. Tk tipsnya
    Semoga terus maju dalam berblog

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah semoga membantu..
      Semoga dimurahkan rezeki buat WP juga..
      Salam Ramadan

      Padam
  11. betul tu pengalaman sendiri tu membuatkan penulisan kita lebih real..tips yg bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak .. Alahmdulillah.. semoga terus diberikan ilham utk berkongsi ilmu yg baik.. Salam Ramadan kak

      Padam
  12. Gud tips... Terbaik betul 10k pageview per day

    BalasPadam
  13. Terima kasih sharing tip..sangat-sangat berguna.. dalam proses nak kenal blog juga dan asah skill kenal pasti keyword yang bagus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semoga membantu...
      Semoga terus maju dlm berblog..

      Padam
  14. tag tu pyh simit KG nk hadam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe samalah kak.. sy pun ambil masa juga nak hadam

      Padam
  15. Rindunya nk taip entry panjang macam ni... Haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. lama juga nak taip nie sebenarnya hehe
      Apapun semoga membantu.. sy pun selalu jadikan blog akak sebagai rujukan

      Padam
  16. Seriously entri you ni mmg best. I tekun membaca padahal i tak suka yg pjg2 ni.. Hahhahaa but great info. Za harap za boleh belajar byk dari Nurul 😊👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. terima kasih zaza.. semoga diberikan ilham utk tulis lebih baik lagi buat rakan2 blogger.. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan maju dlm berblog ^^

      Padam
  17. Ruby nak letak blog nurul dalam bloglist Ruby ya. Senang nk jengah ke blog nurul akan datang. Klik je kat bloglist sedia ada. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you Ruby.. sy pun dah letak blog Ruby di bloglist juga ^^

      Padam
  18. Thank you share info ni. Bagus ilmu ni

    BalasPadam
  19. Wahhh terbaik ni. Suka baca . Pasnih nak baca artikel lain.

    BalasPadam
  20. Terima kasih sudi berkongsi tips. Terus rasa bertambah semangat ni nak berblog.

    BalasPadam
  21. Terima kasih di atas tips yang dikongsikan.
    Tak reti sangat nak tulis artikel macamni.
    Biasa ikut dan ja tulis apa pun haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha takpe setiap org lain cara dia nak tulis kan..
      just sharing je..

      Padam
  22. tq for da tips..nak kena tengok, entry apa yang paling hit & selalu orang baca..

    BalasPadam
  23. tulisan panjang.. baca tak sedar dah habis.. thanks banyak kongis tip.. sy blog baru nk penuhkan content..

    BalasPadam
  24. Tulis based on pengalaman dengan gaya tersendiri tu paling penting, kalau bab heading tu boleh dianggap sebagai tambah rasa. Nak bagi entri blog nampak lagi tersusun and senang nak paham, ye dok?

    Kalau blog saya, tak lain tak bukan bab skincare review je la penyumbang trafik 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Heading penambah rasa je.. Tp kalau pandai optimumkan penggunaan heading lbih baik.. Mija pandai tulis pasal review.. Tu yg pembaca suka

      Padam
  25. Perkongsian yang bagus. Memang kena banyak belajar untuk ubah cara penulisan. Lagi panjang lagi bagus. Ramai otai otai blog pun cakap cara yang sama.

    BalasPadam
  26. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini

    BalasPadam
  27. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat.

    BalasPadam
  28. Thanks a lot Nurul. Mmg byk tips yg ada. Abe kie bookmark dulu entri ni utk dibaca kendia.. Keep it up the good work!

    BalasPadam
  29. wahh info yang sangat berguna terutamanya saya yang baru dalam dunia blogging ni. terima kasih

    BalasPadam
  30. ya Allah. entry yang sangat berguna untuk blog sendu macam kaella. thankyouuu ❤

    BalasPadam
  31. alamak best pulak artikel ni... x sempat nk habiskan baca sbb dh nk balik ni... nnt kakmim lepak sini lg.. tq nurul!!!

    BalasPadam
  32. Wah perkongsian yang bagus..! Banyak yang Cik TK perlu belajar dan perbaiki mengenai penulisan ni. Terima kasih untuk perkongsian tips ya!!

    BalasPadam
  33. Ilmu bermanfaat..subahanallah..rezeki bertambah2

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !