Dikuasakan oleh Blogger.

Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Hai kalian. Dah nak hujung bulan ni, jangan lupa bayar bil air dan elektrik rumah. Jangan biarkan bil-bil tersebut tertunggak berbulan-bulan nanti diri sendiri yang penat membayar tau. Kadang-kadang dalam kesibukan kita bekerja, kita lupa nak bayar bil. Nak bayar di kaunter pembayaran pula, kena berbaris dan menunggu giliran.



Panas, sesak, ramai orang lagi, buang masa, tenaga dan minyak kereta ulang-alik bayar bil. Tetapi dengan kemudahan teknologi moden sekarang, dah ramai yang bayar bil secara online kerana ianya lebih mudah dan cepat. Semuanya di hujung jari. 

Baiklah, di sini aku ingin berkongsi Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks. Ikuti langkah yang berikut ya~



Langkah 1: Masukkan User ID CIMB Clicks korang dan kata laluan dengan betul


Langkah 2: Selepas log masuk ke akaun, korang akan dibawa ke muka hadapan CIMB Clicks. Klik pada menu "Pay Bills"


Langkah 3: Untuk pembayaran bil elektrik taip SESB untuk SABAH ELECTRICITY SDN BHD. Maukkan no akaun bil yang tertera pada bil. 

(Maaf yg nie bil bulan lepas, korang hanya rujuk KOD STESEN  & NO AKAUN sahaja)

Langkah 4: Masukkan nombor KOD STESEN dahulu, diikuti dengan nombor AKAUN. Contoh : 310110196905. Masukkan amaun yang ingin dibayar.


Langkah 5: Pastikan nama bil tersebut adalah betul iaitu merujuk kepada "Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB)" serta nombor akaun untuk bil juga tepat. Klik "Make Payment" untuk confirm pembayaran.


DONE! Pembayaran Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks telah berjaya. 

Alhamdulillah, aku sekarang memang bayar bil elektrik secara online ja. Hopefully post ini sedikit sebanyak membantu korang. Kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kita. :)

Sekiranya korang ada masalah dengan tutorial ini, sila komen di bawah ya ^^ 



37 ulasan:

  1. liez pun byr bill utiliti atau yg mana boleh buat online.mudah dan semua dekat hujung jari. tak perlu kluar rumah atau beratur panjang

    BalasPadam
  2. ..nurul..murah juga kmu punya bil letrik kan. Dlm rumah ada guna petisejuk 2 pintu? Berapa org stay rumah? Dan kamu guna barang elektrik mcmna? Hihi..sory byk tanya. Coz sy baru start sewa rumah.no idea utk bill letrik nnt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha it's okay.. d rumah kami guna peti sejuk 1 pintu ja, kami ada 7 orang yg stay dlm rumah. Dr segi penggunaan barangan elektrik kami ada hair dryer, cerek elektrik, rice cooker, mesin basuh, iron.. selain itu kami juga kerap guna laptop dan cas hp.. setakat ini bil kami yg paling tinggi dalam RM50-70 setiap bulan..

      Padam
  3. Tq share info.. sbb skrg dh kena guna aplikasi.. sbelum ni tak pon.. nasib baik ada yg sudi beri tunjuk ajar.. 😁

    BalasPadam
  4. Very helpful. Thank you!

    BalasPadam
  5. Thank you so much for your help! First time nk bayar bil elektrik di sabah. I searched for JomPay symbol at the bill, tp xjumpa. Luckily I found your blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome.. Alhamdulillah, sy happy dapat m'bantu..

      Padam
  6. Kalai dah bayar tu kan, bapa hari masa untuk dia tolak dalam sistem sesb tu eh? Sbb saya dah bayar tp taktolak lagi kat bill sesb tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kamu bayar bil 3 hari sblum bil elektrik keluar.. Don't worry, biarpun bil baru belum d'tolak.. Nti lepas kamu bayar bil yg baru nie automatik dorg akan tolak pembayaran yg kamu dah bayar.. Dorg cuma belum update saja.. Sy suggest kalau bayar 3-5 hari awal..

      Padam
  7. Bulika pakai credit card? Tu apa mcm ya

    BalasPadam
  8. articel ini sgt membantu sy untuk melihat no akaun. rupanya nak kena gabungkan kod stesen dan nombor akaun. terim kasih

    BalasPadam
  9. terima kasih atas tunjuk ajar..

    BalasPadam
  10. thanks Nurul... dah try masuk semua nombor yang ada kat bill tapi tak jadi jugak. nasib jumpa blog awak... rupanya kena masuk sekali sambung dengan kod stesen.

    BalasPadam
  11. Memang normal ke dia lambat tolak pada bill yang latest. kalau pada bill yang latest ada termasuk tunggakan (sedangkan kita dah bayar) so, kita patut proceed pada bill semasa je lah kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sblum ini sy bayar agak lewat drp tarikh bil elektrik keluar, so apabila keluar bil baru pembayaran yg bulan lepas punya belum ditolak.. walaupun belum ditolak sy hanya bayar bil semasa saja sebab takkan nak bayar dua kali pula kan,, hehe .. Alhamdulillah next month punya bil semuanya telah ditolak termasuk dgn tunggakan.. Sebaiknya keluar saja bil terus bayar..

      Padam
  12. hello ,nak tau cara payt SESB guna credit card ?harus pergi ke counter ? tq

    BalasPadam
  13. Klu dah merah blh tak lg bayar guna online

    BalasPadam
  14. Sy sda bye online bil elektrik bulan lepas yg berjumlah 54.80
    .. Knapa bila smpai bil bulan ne masuk balik jumlah tu sbg tunggakan?
    Sy check nama biller Dan no akaun biller mmg betul pun ..mcm mana ne?
    Takkan LA mau by balik jumlah tu yg d nyatakan sbg tunggakan byr balik dgn bil bukan ne?
    Cimbclicks atau sesb yg bermasalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu bayar 2 kali.. Kalau mmg betul ikut tutorial nie masukkn kod stesen dan no akaun yg ada pada bil elektrik kita insyaAllah xda masalah juga..

      Biasanya dorg hanya lambat update ja.. Sebaiknya bayar bil sesb 1-2 minggu lebih awal supaya x t'tunggak.. Tp jgan risau utk bil lepas hanya perlu bukti resit yg kita dah bayar.. Ataupun screenshot dan print..hanya perlu bayar bil semasa tuk bulan nie ja..

      Kalau next month punya bil belum d'tolak semuanya maklumkan dgn sy d'komen ya.. Sy nak tau just in case kamu salah step masa ikut tutorial nie..

      Padam
  15. Terima kasih.. sangat membantu terutamanya waktu waktu PKPB sekarang nie.. ndak perlu pergi beratur membayar..

    BalasPadam
  16. Skrg dh xde num kod stesen.. Xdpt bt

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.