Biskut Raya Kacang Hijau Mudah & Sedap

Assalamualaikum
Bismillah

Walaupun tahun ini tidak dapat beraya, tetapi mood beraya dengan keluarga itu masih ada. So, sepanjang bulan Ramadan ini aku cuba buat pula Biskut Raya Kacang Hijau

Tetiba rasa macam nak makan biskut raya gitu. Kalau nak tahu macam mana nak buat teruskan membaca okay. 


Bahan-Bahan A :

  • 100g tepung kacang hijau
  • 100g tepung gandum
  • 50g gula aising
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 biji kuning telur

Bahan-Bahan B :
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • Minyak secukupnya

Cara-cara membuatnya :

1. Masukkan bahan-bahan A dan sebatikan.

2. Masukkan serbuk penaik dan gaul rata.

3. Masukkan minyak masak dan uli sehingga jadi doh yang lembut.

4. Uli adunan dengan plastik. Terapkan acuan biskut dan sapukan kuning telur di atas permukaan biskut.

5. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 30 minit atau sehingga masak.



Selamat mencuba~