Bisnes Sambal Dari Rumah – Modal Kecil, Untung Lumayan!

Sii Nurul
By -
1
Kadang kita tak perlu cari peluang jauh-jauh. Sebenarnya, rezeki boleh bermula dari dapur sendiri. Serius, tak tipu. Asalkan ada ilmu, keberanian nak cuba, dan sikit ja modal — korang dah boleh mula satu bisnes makanan yang mudah tapi hasilnya boleh bikin bayar bil api elektrik.

“Aku Suri Rumah, Tapi Aku Nak Bantu Suami Cari Duit Lebih…”

Pernah tak korang terfikir macam ni:
  • "Nak berniaga dari rumah, tapi tak tahu nak mula dari mana…"
  • "Teringin nak jual makanan, tapi takut tak laku..."
  • "Dah biasa masak sambal kat rumah, tapi tak tahu nak jadikan duit..."

Kalau ya, artikel ni memang untuk korang. Satu bisnes yang sangat sesuai untuk suri rumah, ibu bekerja, student, atau sesiapa saja yang nak mula bisnes kecil dari rumah, tanpa pening kepala fikir nak cari produk yang susah-susah.

bisnes sambal modal kecil

Kenapa Bisnes Sambal?

Sebab orang Malaysia ni memang hantu sambal. Dari sarapan sampai ke makan malam, sambal tu wajib ada. Sambal nasi lemak, sambal ikan bilis, sambal ayam, sambal tumis – semuanya sedap dan wajib.

Dan bila kita dah jumpa sambal yang sedap, tahan lama, dan mudah nak guna — orang akan cari, dan orang akan ulang beli. Tengoklah sambal Khairul Aming tu, asyik habis stok saja. Aku pun tak menyempat nak beli. 

Even kalau korang tengok jualan sambal di shopee, banyak ya.

jual sambal di shopee

Apa Itu Ibu Sambal?

Kalau korang belum tahu, ibu sambal ni sebenarnya pes sambal pekat yang dah siap dimasak, dan boleh disimpan lama dalam peti. Bila nak guna, korang cuma cedok sikit – campur dalam masakan macam:
  • Sambal ayam
  • Sambal sotong
  • Sambal tempe
  • Spaghetti sambal
  • Mee goreng pedas
  • Nasi goreng kampung
Dan banyak lagi…

Korang tak perlu dah fikir nak potong bawang sampai menangis, blend cili setiap kali nak masak atau tumis lama-lama atas dapur.

Selain itu, kerja dapur jadi pantas, bersih, dan mudah, tapi rasa masakan tetap meletop!

Kenapa Ibu Sambal Ada Permintaan Tinggi?

✅ Majoriti rakyat Malaysia suka pedas
✅ Boleh disimpan lama (tahan sebulan lebih dalam peti)
✅ Sangat jimat masa untuk ibu bekerja atau student
✅ Modal sangat rendah, tapi untung boleh berganda
✅ Boleh jual online — Shopee, Instagram, TikTok pun boleh

Kalau korang pandai masak, tapi belum guna bakat tu untuk buat duit — inilah masanya.


Macam Mana Nak Mula Jual Sambal?

Ramai orang pandai masak, tapi stuck bila fikir soal:
  • Nak guna botol apa?
  • Sambal tahan berapa lama?
  • Nak letak harga macam mana?
  • Cara nak pos sambal?
  • Nak jual kat mana?
Jangan risau — semua ni boleh dipelajari, dan ada cara mudah nak mulakan.

Panduan Bisnes Sambal Dari Rumah

Panduan Bisnes Sambal Dari Rumah

Kalau korang serius nak mula, tapi tak tahu jalan — Ebook ni bukan sekadar resepi, tapi:
  • Ajar resepi sambal yang padu – rahsia resepi orang berniaga
  • Siap step-by-step cara nak mula bisnes dari dapur sendiri
  • Sesuai untuk korang yang takde pengalaman pun boleh follow
  • Ada tips packaging, harga, cara pos & jual online
  • Siap bonus 33 resepi yang boleh korang boleh guna untuk pelbagaikan menu!

👉 [Klik sini kalau korang nak baca lebih lanjut atau dapatkan ebook – https://bukulali2.onpay.my/order/form/ISID/siinuruldotcom]

Jangan tunggu modal besar, jangan tunggu semua sempurna. Mulakan dari dapur. Dari satu botol sambal. Dari satu pelanggan pertama.

InsyaAllah, kalau buat dengan niat yang betul dan ikut panduan, korang akan nampak hasilnya – dari dapur, hingga ke poket.

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. bumi Nusantara ni memang tak boleh dipisahkan dengan sambal....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!