Amalkan Bacaan Doa Selepas Azan Doa Akan Dikabulkan

0

Amalan doa selepas azan tsabit dengan hadith Nabi SAW, dimana Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa ''Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat". (Sahih Bukhari: 614)


Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

Daripada Abi Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda:


إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّنُ

Maksudnya: “Apabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. [Riwayat al-Bukhari (576)]

 
Adab selepas mendengar azan ialah berdoa dengan lafaz:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

(Allahumma rabba hazihid da' watittamah wassolatil qaimah ati Muhammadanil wasilata wal fadhilah wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah)


Orang yang berdoa dengan doa diatas selepas azan, akan memperoleh syafaat Rasulullah. Berdoa selepas azan antara waktu mustajab doa.
 

Rasulullah SAW bersabda:

قُلْ كَمَا يَقُولُونَ فَإِذَا انْتَهَيْتَ فَسَلْ تُعْطَهْ

“Ucapkanlah sebagaimana disebutkan oleh muazin. Lalu jika sudah selesai dikumandangkan azan, berdoalah, nescaya doanya akan dikabulkan.” (HR. Abu Daud: No. 524) Status: Hadis Hasan

Marilah kita merebut peluang mendapat syafaat Rasulullah SAW dengan berdoa selepas azan.

    



RUJUKAN :
  • IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-239: SELAWAT KEPADA NABI SAW SELEPAS DARIPADA AZAN

  • AL-KAFI #767: ADAKAH ADA DOA SELEPAS IQAMAH SEBAGAIMANA DOA SELEPAS AZAN?



Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !