Menyesal Guna Oven Cleaner Ganso Ecoshop Ingatkan Jimat Rupanya...

Sii Nurul
By -
2
Baru-baru ni aku tertarik nak cuba satu produk viral — Oven Cleaner Ganso dari EcoShop. Ramai yang kongsi review positif, siap tunjuk gambar oven berkilat lepas guna. 

Lagipun harga dia murah sangat, cuma sekitar RM2.60 ja. Aku pun pergilah bawa husband shopping ke Ecoshop cari pembersih oven nie. Sebelum beli memang baca label dulu. Nampak okay terus grab.

Oven kat rumah aku dah nak masuk 3 tahun guna. Memang banyak kesan minyak degil yang susah nak hilang. Excited punya pasal, aku tunggu suami balik dan minta tolong dia bersihkan oven tu. Yelah, kerja-kerja pembersihan heavy macam ni aku kurang mahir.

Lepas baca instruction atas botol, suami pun mula bersihkan oven tu guna spray Ganso. Mula-mula nampak ok, tak ada apa-apa masalah. Tapi bila aku nak guna oven tu keesokan harinya… tiba-tiba rumah blackout! Bukan sekali, tapi 2-3 kali juga. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Bila check dengan teliti, rupanya oven kami dah rosak. 

Produk pembersih dari EcoShop

Bila Baca Balik Label Produk… Rupanya Salah Guna!

Lepas kejadian tu, aku semak semula botol produk ni. Masa ni baru aku betul-betul baca label dengan teliti. Dan ya, aku terkejut… sebab bukan semua jenis oven sesuai guna oven cleaner ni!

Aku dah banyak kali baca label tau, even sebelum guna husband pun dah baca berkali-kali tetapi ada juga yang terlepas pandang.

Apa Yang Aku Terlepas Pandang

✅ Sesuai Digunakan Pada:
  • Permukaan Porcelain
  • Enamel (yang tak retak)
  • Iron / Steel / Ceramic / Glass

❌ TIDAK Sesuai Digunakan Pada:
  • Bahagian luar oven
  • Oven self-cleaning / continuous-cleaning
  • Komponen elektrik seperti: Heating element, Thermostat, Suis, mentol, dan lain-lain

Bahan Kimia Yang Digunakan

Kandungan Kimia Kuat: Sodium Hydroxide (Lye)
Produk ni mengandungi bahan aktif Sodium Hydroxide (Lye) — sejenis bahan kimia kuat yang boleh menyebabkan kulit melecur, mata pedih, atau kesan serius jika terkena kulit atau tersedut. Bahan tidak sesuai untuk semua jenis oven.

Oven Cleaner EcoShop

Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil:

  • Pakai sarung tangan getah panjang dan pelindung mata
  • Elakkan daripada terkena kulit, mata, pakaian
  • Jangan sembur dalam oven yang sedang panas
  • Elakkan terkena komponen elektrik dalam oven

Kesilapan Aku: Tak Baca Betul-Betul & Tak Kenal Jenis Oven

Aku akui, silap besar aku sebab:
  • Tak semak jenis material oven
  • Tak tahu oven tu kategori self-cleaning atau tidak
  • Tak asingkan komponen elektrik sebelum sembur
  • Terlalu ikut review orang tanpa semak label dulu (walaupun dah semak still ada yang terlepas pandang huhu)

Sekarang oven aku dah rosak terus dan tak boleh dibaiki. Terpaksa beli oven baru… dari situ aku belajar, murah tak semestinya jimat kalau kita tak baca betul-betul.

Aku tak pasti macam mana orang lain boleh guna produk ni untuk bersihkan kipas atau peralatan dapur lain… Sebab bagi aku, produk ni tak sesuai langsung untuk permukaan terbuka — bau dia kuat, sangat berkimia, dan kalau tersedut boleh pening kepala. Kena hati-hati sangat!

Berhati-Hati Guna Produk Pembersih!

Produk macam Ganso Oven Cleaner memang nampak berkesan, TAPI hanya jika digunakan dengan betul dan pada permukaan yang sesuai.

Jadi, sebelum guna sebarang produk:
  • Baca label produk dengan teliti
  • Kenal pasti jenis oven/material
  • Lindungi diri – pakai perlindungan lengkap
  • Jangan sembur sebarangan, terutama komponen elektrik
Aku tulis pengalaman ni bukan nak salahkan produk. Tapi nak ingatkan korang semua supaya tak ulang kesilapan yang sama. Kadang-kadang jangan terlalu percaya sangat dengan review viral…

Kalau korang pernah guna produk ni atau ada pengalaman lain, boleh share kat ruangan komen. 

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Saya jujur takut pakai cleaner berbahan kimia aktif macam nih kak. Apalagi ke oven atau komponen yg ada listriknya. Memang kuatir korsleting. Malah rusak pula. Dan yg saya takut, Krn bahan ini mudah terbakar kan. Takutnya kena ke oven, meledak 😂. Saya memang paling seraam bab oven, gas atau bahan kimia. Makanya bersihkan oven pun pakai lap basah biasa 🤣. Saking tak berani

    Tapi agree. Kalo nak pakai begini, wajiblah baca sampai detil. Sehingga tak salah pemakaian

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!