Cara Menulis Artikel SEO Berkualiti di Blog Yang Anda Perlu Tahu

13
Assalamualaikum
Bismillah

Aku dah lama nak kongsikan tentang cara menulis artikel seo berkualiti. Ada beberapa rakan blog yang mengadu mereka tak pandai menulis artikel seo. 

Sejujurnya aku sendiri tidak mahir. Apa yang aku selalu buat adalah aku selalu praktikkan apa yang aku baca secara langsung di blog aku. 


Dan aku buat analisis sendiri adakah teknik tersebut berkesan digunakan di blog aku atau tidak. 

Banyak info tentang seo cuma dari kita sahaja kena usaha lebih sikit untuk rajin menulis. Tiada idea? Kekangan masa? Semua tu bukan penghalang. 

Aku terima banyak pertanyaan tentang bagaimana mahu menulis artikel seo? Oleh itu, dalam artikel ini aku membahaskan 13 cara menulis artikel seo yang di blog beserta contoh yang lengkap. 



Cara Menulis Artikel SEO Berkualiti di Blog Yang Anda Perlu Tahu

1. Tentukan Topik 

Tentukan topik ini bukan 'Judul Artikel' tetapi tema seperti parenting, pendidikan, kesihatan, isu semasa ataupun kewangan. Ikut suka korang nak pilih topik apa sahaja. 

Korang boleh tentukan topik melalui Google Trends dengan membuat perbandingan. 

google trends

Aku dah pernah kongsikan di artikel sebelum ini tentang Tips Mudah Tengok Keywords Blog

Sebagai contoh gambar di bawah, kebanyakkan topik yang sering dicari pembaca di blog ini ialah tentang tips dan review. 

google search console

Selain menentukan topik blog melalui Google Search Console, korang juga boleh menentukan topik melalui keywords blog

search keyword blog

Cara lain pula korang juga boleh :
  • Blogwalking untuk mendapatkan idea
  • Membaca topik yang trending di media sosial
  • Menulis konten review, tips, atau tutorial.

Kenapa perlu tentukan topik sesuatu artikel? 

Apabila kita sudah ada topik dalam fikiran lebih mudah untuk buat draf dan mengarang isi konten. Bukan itu sahaja, penyampaian kita pun nampak lebih tersusun dan tidak lari topik. 


2. Kenali Pembaca (Audience)

Bagi aku penting sangat untuk mengenali siapa pembaca blog kita. Hal ini demikian kerana setiap topik yang kita tulis mempunyai pembaca yang berbeza-beza.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah menganggap topik yang kita pilih tersebut dibaca oleh semua orang. 

Misalnya topik tentang 'artikel seo', pembaca dia tentu dalam kalangan blogger, content writer atau digital marketing. 

Manakala topik parenting sudah tentu yang baca pun dalam kalangan mereka yang bergelar ibu bapa ataupun bakal parents. 

Dalam erti kata lain, tidak semua topik yang kita tulis dibaca oleh semua lingkungan umur.

google analytic


Oleh sebab itu, lebih baik kita tulis artikel mengikut siapa pembaca kita. 

Ini tidak bermaksud aku suruh korang fokus satu audience sahaja. Dalam blog korang kenal pastilah sendiri siapa yang paling banyak baca blog korang. 

Adakah pembaca ramai dalam kalangan wanita atau lelaki? Umur ?
Dari negeri mana? Mereka sukakan blog yang macam mana? 
Adakah pembaca dalam kalangan blogger? Pelajar? Suri rumah? 

google analytic

Korang boleh tahu sebenarnya daripada topik yang paling popular di blog dan komen-komen pembaca. 

Jadi kena rajin godek lagi Google Analytics tu ya. Banyak kegunaannya tau. Bukan setakat untuk tengok pageview sahaja. 


3. Gunakan Kata Kunci Yang Tepat

Ramai dalam kalangan blogger yang menulis topik yang trending, tetapi sayangnya ramai juga yang salah dalam penggunaan kata kunci. 

Ini menyebabkan artikel kita tidak mendapat tempat dalam carian.

Korang boleh gunakan tools online seperti Google Keywords Online, KWFinder, Ubersuggest, Keyword Tool, Moz Pro, atau Semrush.

Keywords ini apa sebenarnya? Keywords ialah kata kunci apabila kita mencari sesuatu dalam carian. 

Semrush keyword
Sumber : Semrush


Sebagai contoh, korang nak buat artikel "buat duit dengan blog". 

Adakah kata kunci "buat duit dengan blog" ini mempunyai volume pencarian yang besar dan kurang persaingan? 

Macam mana dengan keyword difficulty? Adakah kata kunci ini mudah untuk dicari? 

Apabila kita menggunakan kata kunci yang jarang digunakan dan rumit. Hal ini akan menyebabkan artikel kita susah untuk berada dalam carian. 

Tapi kena ingat, jangan main ‘sumbat’ keyword tu. Itu dipanggil ‘Keyword Stuffing’. Google tak suka. 

keyword stuffing

4. Judul Yang Menarik

Tajuk artikel memainkan peranan yang sangat penting. Artikel korang mungkin berada di halaman pertama carian tetapi kena bersaing lagi dengan artikel yang lain.

Sebagai contoh, artikel "buat duit dengan blog". Dalam senarai di bawah yang manakah menarik korang untuk klik?

Kalau aku sudah tentulah cara buat duit dengan blog menjana RM30,000 sebulan. Korang pun mesti curious kan?


judul artikel

The purpose of your SEO title is to make people click on it, visit your website and read your post or buy your product. If your title is not good enough, people will ignore it and move on to other results. - yoast.com

Oleh itu, sebaiknya artikel korang hendaklah mempunyai judul yang jelas. Tipsnya adalah dengan meletakkan kata kunci pada judul artikel.

Selain itu, judul artikel juga hendaklah menggambarkan konten.

So it’s not just about those clicks, you also need to make sure that your page title reflects the topic being discussed on your page and the keyword that you’re focusing on. - yoast.com

Kalau boleh judul artikel tidak terlalu panjang. Macam mana nak tahu panjang atau tidak? Contoh artikel aku tulis Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Menulis Dengan Konsisten

Tetapi bila kita taip tajuk kat google, dia terpotong. Jadi rasa sayang kat situ. Sedangkan point sebenar dalam artikel itu ialah "Tips Menulis Dengan Konsisten"


Untuk membuatkan judul yang lebih manarik, korang boleh masukkan :
  • Nombor 
  • Menggunakan kata adjektif (sifat)
  • Judul padat, ringkas dan menggambarkan isi konten
  • Judul yang lebih spesifik

5. Konten yang Menarik dan Engaging

Kalau boleh tulis sesuatu yang belum pernah dikatakan oleh orang lain. Tipsnya adalah dengan banyakkan membaca blog lain. 

Sebagai contoh, cara menulis artikel seo berkualiti ini. Dalam banyak point yang aku tulis, adakah info terbaru yang korang baru tahu dalam artikel ini? Yang mungkin korang tak pernah baca ataupun tahu?

Konten yang menarik dan engaging juga apabila kita mampu memberikan pengetahuan baharu kepada pembaca, memberi manfaat serta menginspirasikan. 

Hal ini demikian kerana search engine menilai bahawa artikel ini mempunyai engagement dengan pengunjung serta mempunyai reaksi positif.

Macam mana nak tahu konten kita menarik dan engaging?

a. Bounce rate - Berapa lama masa yang diambil oleh pembaca untuk berada di blog kita? Semakin lama, maka semakin baik. 

b. Respon membaca melalui komen. Korang kalau dapat komen panjang macam nie suka tak? Of course lah suka kan! Nampak ada engagement kat situ antara penulis dengan pembaca. 


c. CTA (Call to action) - Contohnya klik "Baca Sini", "Beli Sekarang", email dan sebagainya. Dan paling best kalau dapat offer job menulis ataupun brand yang cari kita. 



6. Gunakan link internal dan external

Internal dan external link merupakan elemen yang sangat penting dalam seo. Apa perbezaan antara internal link dengan external link?

Internal link - Internal links connect pages and posts on your own website
External link - Connect your pages to other websites.

Sumber : Yoast
internal and external link

Penggunaan internal link dalam artikel membantu pembaca untuk kekal lebih lama lagi di blog kita. Manakala penggunaan external link pula kita dapat memberikan sumber yang berkaitan kepada pembaca. 

Ini akan menambah lagi kepercayaan dan ketepatan dalam artikel kita. Beerti konten yang mempunyai sumber tertentu lebih nampak meyakinkan dan dipercayai oleh pembaca. 

Cara menggunakan internal link dan external link dalam artikel. 
internal link dan external link

7. Artikel Yang Panjang dan Efektif

Artikel yang panjang boleh mengoptimasikan penggunaan seo yang baik. Sekiranya artikel korang terlalu pendek, penggunaan internal dan external link juga menjadi terhad. 

Sebagai contoh artikel ini, sekiranya aku hanya tulis 300 - 500 patah perkataan, aku mungkin tidak dapat menjelaskan dengan pembaca dengan lebih terperinci tentang bagaimana nak menulis artikel seo yang berkualiti di blog. 

Kalau aku just senaraikan sahaja point 1 - 10 misalnya, agaknya korang puas hati ka ya dengan infomasi macam tu? Sudah tentu pembaca inginkan jawapan yang terbaik kan. 

Enjin carian seperti Google melihat kandungan artikel yang panjang adalah lebih relevan kerana ia beranggapan itu adalah lebih terperinci - inchenaim.com

Korang perasan tak? Kadang status facebook yang viral kebanyakkan panjang berjela. Pembaca suka akan jawapan kepada persoalan yang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Dan selalunya kandungan seperti ini adalah panjang.

Artikel yang panjang juga selalunya lebih banyak mendapat link daripada laman web lain, share di media sosial, dan mendapat lebih banyak komen. 

Contoh artikel di blog yang aku tulis beserta jumlah pageviews. 
Dalam tak sedar sebenarnya kita suka dan share sesuatu artikel tersebut jika rasa ia bermanfaat. Betul tak? Kita tak tengok pun jumlah perkataan kandungan tersebut. 

Cara menulis artikel yang panjang? Praktis adalah jawapannya. Sekiranya korang mampu menjelaskan sesuatu dalam 500 patah perkataan, jadi usah risau. Tak perlu pun tulis panjang boleh saja. 

Jika sebelum ini korang menulis 300 patah perkataan sahaja. Korang up sedikit kepada 500 patah perkataan.

Ini kerana enjin carian Google akan menyangka posting korang merupakan posting yang “less informative” berbanding dengan posting yang lebih banyak jumlah perkataan.

8. Optimasi Gambar

Seterusnya, optimasikan gambar dalam blog. Imej yang terlalu berat akan menjejaskan kecepatan (loading) blog.

Gambar dan video sebenarnya akan membantu pembaca untuk lebih cepat faham apa yang kita nak sampaikan.

a. Optimasi alternate text (untuk SEO) - dengan alt text ini, maka imej itu berpeluang untuk muncul di Google Images jika dianggap sesuai dengan apa yang dicari oleh pengguna.

conttoh alt text

Cara optimasi alternate text

1. alt text hendaklah menggambarkan apa yang ada pada imej dengan tepat. 
2. Letak tajuk (gunakan keyword)
4. Gunakan saiz original supaya imej pada blog tidak pecah. 

Apabila kita optimasikan imej dengan betul, maka gambar tersebut mudah untuk dicari di Google Images.



b. Optimasi saiz file imej (untuk kelajuan) - Mengubah saiz mengikut kelebaran blog, compress imej kepada saiz yang lebih kecil, dan gunakan format yang betul (.gif, .png, .jpg)

Semakin kecil saiz fail imej, masa loading akan menjadi semakin pantas. Korang boleh gunakan iloveimg


9. URL Permalink 

Elakkan menggunakan url permalink yang terlalu panjang. Permalink yang baik memudahkan google untuk mengindeks blog kita. Sekaligus memperkuatkan seo blog.

permalink blog

Contoh :
  • Automatic permalink - https://www.siinurul.com/2017/07/permohonan-google-adsense-telah.html (Sekiranya judul artikel kita terlalu panjang, url permalink ini akan terpotong) 

  • Custom permalink - https://www.siinurul.com/2020/02/cara-dapatkan-1usd-adsense-setiap-hari.html
Permalink yang baik adalah permalink yang ditulis sesuai dengan keyword yang sudah ditentukan. Selain itu, ia juga dipisahkan dengan tanda " - " dan menggunakan huruf kecil. 

10. Tulis Dengan Paragraf Yang Ringkas dan Padat

Pada mula awal berblog aku juga suka tulis ayat yang panjang dalam satu paragraf. Tetapi sekarang aku usaha untuk tulis seringkas yang boleh.

Hal ini kerana desktop view dan mobile view mempunyai layout yang berbeza.

blog paragraph


blog paragraph

Kita rasa apa yang ditulis itu sudah cukup ringkas. Tetapi apabila pembaca baca melalui mobile,  kelihatan lebih panjang daripada desktop view. 

Bayangkan kalau korang taip 5 - 8 baris ayat setiap perenggan. Pasti nampak lagi panjang. 

Penulisan paragraf yang terlalu panjang akan membuat pembaca menjadi bosan dan malas untuk membaca.

11. Struktur Penulisan

Penulisan yang nampak berstruktur sangat disukai google kerana ia kelihatan rapi dan senang untuk dibaca. 

Korang boleh menggunakan bullet point dan numbering untuk menjelaskan point penting.

Penggunaan bold, italic dan underline juga membantu untuk highlight kata kunci tertentu.

Untuk menghasilkan konten yang mesra seo, penggunaan “heading” dengan betul sangat penting. Untuk tajuk utama pastikan korang menggunakan H1 tag, seterusnya H2 untuk “sub-heading” pula.

Boleh tengok contoh pada gambar dibawah. 


Artikel yang terlalu panjang tanpa header dan sub-header akan membuatkan pembaca tercari-cari objektif tulisan. Rangka penulisan membantu kita untuk menulis dengan lebih tersusun.

Jangan lupa tambah meta description pada artikel anda. Meta description ialah teks yang akan muncul pada halaman carian. Ia menerangkan tentang artikel secara ringkas.

mata description

Cara menulis meta description di blogspot

1. Klik pada New Post. Pada bahagian kanan, klik pada Search Description. 

2. Taip meta description yang korang nak. Maksimun 150 patah perkataan. 

Selain itu, meletakkan label pada artikel dapat memudahkan pembaca anda untuk mencari apa yang mereka perlukan. Menurut Georgia Lou Studios, cara menyusun label dan kategori topik blog adalah seperti berikut :
  • Tidak lebih dari 20 label bagi setiap blog
  • Maksimun 3 label bagi setiap artikel
  • Jangan lebih dari 3 Perkataan bagi setiap Label
  • Jangan pernah ada artikel tanpa label


12. Lupakan SEO & Tulis Untuk Pembaca

Tadi sibuk bagitau tulis artikel seo. Eh sekarang nak kita lupakan pula. Kadang kala bila menulis artikel seo ini, kita terlalu fokus menulis untuk mesin pencari bukannya untuk pembaca. 

Walaupun seo itu penting, tetapi konten yang bermanfaat pasti akan mendapat tempat di carian google. 

Cuba korang baca komen dalam blog, email atau mungkin sebelum ini pernah terima mesej melalui media sosial. Apa masalah yang pembaca korang sering alami? Cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik kepada persoalan mereka.

Cuba untuk fahami apakah yang dikehendaki oleh para pembaca blog korang dan selesaikan masalah mereka dengan membuat posting tersebut. Mungkin persoalan yang ditanya belum ada jawapannya di google. 

Secara ringkasnya, tulis dahulu artikel. Kemudian baru semak seo serta perbaiki konten. 

Korang kena ingat, sesuatu yang mendapat ranking tertinggi tu ialah sesuatu yang sangat berinformasi dan sangat berguna kepada orang lain. 

Jadi teruskan mencipta konten yang para pembaca suka dan di akhir nanti enjin carian juga akan suka. InsyaAllah. 

13. Konsisten Update & Mempromosikan Blog

Akhir sekali, seperti yang aku pernah katakan sebelum ini. Rajin dan konsisten adalah kunci paling penting dalam blogging. 

Ramai blogger boleh menulis artikel dengan baik. Malah ada yang mahir dalam menulis artikel seo. Tetapi ada berapa ramai yang masih aktif menulis blog sehingga kini?

Apabila kekurangan idea, kita pun jadi malas nak tulis kan. Korang tidak perlu pun buat artikel yang baru. Cuma perlu kemaskini artikel lama sahaja.

Luangkan masa juga untuk mempromosikan artikel di media sosial untuk pendedahan semaksimumnya.


Kesimpulan

Alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung berkenaan cara menulis artikel seo berkualiti.

Mungkin apa yang aku kongsikan ini korang dah tahu. Aku berharap korang dapat belajar sesuatu daripada artikel ini. 

Aku juga masih dalam proses belajar untuk praktikkan apa yang aku tulis ini. Bukan mudah sebenarnya mahu menulis artikel berkualiti dengan teknik seo.

Untuk menulis artikel lebih dari 2300 patah kata ini sahaja pun aku habiskan masa lebih dari 2 minggu. Dalam blog aku sendiri tidak semua konten dalam blog aku gunakan seo. Ada ketika aku lebih suka tulis ikut suka sahaja.

Cuma untuk kali ini aku ingin menyumbangkan sesuatu kepada mereka yang memerlukan info sebegini. Akhir kata, maaf atas kekurangan dalam penulisan aku. InsyaAllah artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Sekiranya korang ada pertanyaan, nak tambah point pada artikel, 
sila tinggalkan komen ya.  


Catat Ulasan

13Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Terima kasih atas perkongsian. Kadang tu tajuk merangkap satu cerita, terlalu terjebak dengan "caption" .

    BalasPadam
  2. Tq Nurul untuk perkongsian ni. Sangat2 bermanfaat.

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian, Nurul. Saya sangat setuju dengan point 12. Kena utamakan apa yang pembaca inginkan terlebih dahulu.

    BalasPadam
  4. Ilmu yg bermanfaat. Sgt detail. Nanti abe kie dtg baca lg. Save la dulu post ini, ok?

    BalasPadam
  5. thanks Nurul. Banyak info yang boleh dipraktikkan.

    BalasPadam
  6. Terima kasih Nurul, share ilmu ni. best sangat

    BalasPadam
  7. Wah terima kasih kak nurul.. perkongsian ni betul2 lengkap dan berguna..

    BalasPadam
  8. terima kasih nurul.. perkongsian yang betul betul best dan menarik minat untuk membaca

    BalasPadam
  9. untuk menulis artikel begini pasti ambil ,masa yang panjang juga..

    tahniah kerana kefahaman Nurul tentang SEO cukup baik.

    memang berbaloi adaptasi SEO dalam artikel untuk dapat trafik yang tinggi

    BalasPadam
  10. Ada cara tak nak buang keywords yang berlambak tu?hehe

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !