Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Sii Nurul Capai 6 Juta Pageviews & Tips Mudah Tengok Keywords Blog

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah akhirnya blog ini telah capai 6 juta pageviews. Sebenarnya target nak capai 6 juta pageviews tu pada bulan Mei. Tetapi tidak apalah. At least awal bulan Mei dah berjaya capai juga. 

Ada banyak cara sebenarnya mahu tengok keywords di blog kita. Salah satunya adalah dengan menggunakan Google Search Console. So yang belum sign up Google Search Console, sila daftar dengan segera ya. Banyak sangat manfaat kalau pandai baca GSC ni.

Tips Mudah Tengok Keywords di Google Search Console

Jadi aku kongsikan kat koranglah ya caranya. Pertama sekali login dulu Google Search Console.

Setelah itu, korang klik pada bahagian performance (Rujuk gambar). Tetapkan tarikh. Macam aku nak tengok keywords apa yang orang banyak cari hari ini.

Blog Sii Nurul Capai 6 Juta Pageviews & Tips Mudah Tengok Keywords Blog

Skrol sedikit di bahagian bawah ada disenaraikan keywords apa yang paling banyak orang cari di blog aku untuk hari ini.

Jadi untuk hari ini sahaja, pembaca banyak cari keywords resepi, kursus kahwin, produk mamadil, SPA9 dan PTPTN. 

Blog Sii Nurul Capai 6 Juta Pageviews & Tips Mudah Tengok Keywords Blog

Lepas dah tahu keywords apalah nak buat? 

Korang kena faham, keywords inilah orang cari di blog kita. Jadi untuk menarik lebih ramai pembaca ataupun supaya pembaca stay lama di blog kita lagi. Korang boleh buat artikel yang berkaitan dengan keywords tersebut.

Contohnya banyakkan artikel tentang resepi. Selain itu, kembangkan idea lagi dengan keywords yang sedia ada. Aku bagi contohlah kan, dalam blog korang banyak keluar artikel pasal "Cara Refund Shopee". Jadi korang boleh buat artikel yang related dengan keywords tu.

Contoh :

1. "Cara withdraw duit shopee ke akaun bank"
2. "Pengalaman return barang shopee guna poslaju"

Mudah saja kan. Korang cubalah cara ini, InsyaAllah akan nampak perubahan sedikit demi sedikit. Kita belajar langkah demi langkah. Tak perlu rushing nak trafik meroket. Bagi aku apa yang paling penting sekali proses belajar. 

Bila dapat trafik yang tinggi Alhamdulillah syukur tetapi dalam masa yang sama cuba buat analisis kenapa trafik korang tiba-tiba naik? Pasti ada caranya. Kalau menurun pula sebab apa? Apabila dah tahu sebabnya cuba perbaiki lagi. 

Begitulah cara aku. Blogging ni adalah proses belajar. Memang betul kita nak pageview tinggi, nak income adsense sentiasa masyuk dan nak job menulis tak henti-henti tetapi kita juga kena sentiasa belajar untuk tahu kekuatan dan kelemahan blog masing-masing.

Okaylah itu sahaja buat masa ini. InsyaAllah tips lain akan aku kongsi dari semasa ke semasa. Nak tahu lebih banyak tips lagi, boleh baca entri lain di bawah ya.
Semoga bermanfaat. Terima kasih sangat yang sentiasa support blog ini.


19 ulasan:

  1. tips berguna sangatt 💛💛💛 thankyouuu

    BalasPadam
  2. tahniah... thanks for sharing

    BalasPadam
  3. tahniah
    info yg bagus
    tqqq dik share

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..tahniah sis :)

    BalasPadam
  5. Tahniah dan terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  6. tahniah nurul, tq sharing tips yang bagus

    BalasPadam
  7. Thanks Nurul.. berguna sangat

    BalasPadam
  8. Nice sharing nurul :)
    Nanti nak try buat lagi post entri based on keyword. Thank youuu! <3

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah Tahniah nurul! awak hebat!

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah tahniah...nice sharing...nanti nak cuba la...

    BalasPadam
  11. thank you for the tips =D

    BalasPadam
  12. Saya baru nak mencuba dalam dunia blog. Doakan saya !

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.