Tips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa hari yang lepas aku ada post kat personal facebook if anyone nak tanya apa-apa pasal blog. Aku dapat banyak soalan daripada blogger yang mempunyai masalah macam mana nak tengok keywords.

Tips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords

Kebanyakkan bagitau tidak faham macam mana nak tengok keywords dan buat artikel berdasarkan keywords tu. Sebelum ini aku dah kongsikan cara nak tengok keywords melalui Google Search Console. Boleh baca di entri Blog Sii Nurul Capai 6 Juta Pageviews & Tips Mudah Tengok Keywords Blog



Ada banyak cara juga sebenarnya dan paling senang sekali tengok keywords di blog kita sendiri. I'm not sure bagi pengguna wordpress ya. Cara ini aku tunjukkan khas untuk pengguna blogspot. 

Tips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords

Paling senang kalau kongsi teruslah macam mana aku buat entri berdasarkan keywords ni ya. Pertama sekali korang pergi bahagian stats (Rujuk gambar di bawah ya). Klik More About This Blog

Tips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords

Di sini korang boleh pilih samada nak tengok keywords untuk hari ini, 7 hari lepas, ataupun 30 days ke. Pilih saja. Macam aku pilih 7 hari lepas punya ya. 

Tips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords

Jadi boleh nampaklah ada beberapa keywords yang dicari dalam blog ini. 
  • cara dapatkan barcode astro
  • istighfar lil mukminina
  • qunut nazilah
  • cara dapatkan barcod astro
  • cara pujuk lelaki untuk kembali
  • hiking di sabah
  • https://www.siinurul.com/2020/06/pg-mall-online-shopping-terbaik-malaysia.html
  • keutamaan astagpirullahaladim lilmukminin wal mukminat

Tips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords

So bila dah dapat keywords ini nak buat artikel berdasarkan keywords tu macam mana pula? Sama macam tips keywords google search tu juga. Semua keywords tu masuk dalam kategori label apa? 

So macam blog aku ini semua keywords ini masuk dalam kategori label Tips Cinta, Islam & Doa, Infomasi. Jadi korang just banyakkan buat entri berdasarkan label itu sahaja. 

Contohnya keywords pasal "cara pujuk lelaki untuk kembali". Lepas ini aku boleh buat Cara Nak Pujuk Wanita Untuk Kembali lagi. Mudah saja kan. Korang cuba kembangkan idea berdasarkan keywords saja. 

Tetapi ramai blogger dia silap pasal keywords sebab dia ingatkan kena tulis keywords yang trending atau popular saja. Tidak semestinya macam tu. 

Ada juga blogger yang blog dia penuh dengan keywords pasal review. So ramai yang menganggap kena banyak dapat job review dulu. Tetapi sebenarnya bukan macam tu tau. Actually itu merupakan satu kelebihan juga bila blog kita ada banyak keywords review. 

Korang sebenarnya boleh saja buat review apa-apa sahaja barang kat rumah. Tak perlu pun dapat job review. Sekarang semua barang pun beli kat shopee saja kan. So korang boleh buat review tau pasal barang yang dibeli. Lepas tu kaitkan dengan artikel review yang lain.

Tak kisahlah nak review senduk ka, selipar jepun ka. Percayalah ada sahaja yang mencari barang-barang tu. Sambil tu boleh promote sekali link Shopee kan. At least adalah komisen sikit. 

Selain itu, tips mudah tengok keywords blog juga boleh dilihat melalui Top 10 Artikel korang. 

Tips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords

Fokus konten yang berkaitan dengan artikel korang. Kenapa penting tulis artikel yang berkaitan? Korang perasan tak setiap kali aku tulis artikel aku selalu selitkan dengan artikel lama? Contohnya macam Berapakah Income Blogger Sepenuh Masa?

Tips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords


Benda simple saja guys cuma ramai juga yang lupa dan terlepas pandang. So bagi blogger yang dah tulis beribu-ribu artikel tu kan, korang cuma perlu kemaskini dan tambah info sahaja. 

Tak kisah artikel tu lama-lama punya ka, yang zaman korang baru mula blog ka. Kalau ada keluar dalam search keywords, ini bermakna artikel tu evergreen, konten tu mempunyai keywords yang ramai pembaca cari. 

Jangan biarkan macam tu ja tau. Korang cuma perbaiki saja penulisan dan masukkan info terkini kalau ada. 


Hmm nak bagitau apa lagi ya pasal keywords

InsyaAllah nanti aku tulis pasal keywords lagi di entri ini. Ada banyak cara lain lagi yang aku guna untuk tengok keywords ini. Tetapi cara ini paling mudah sekali. Semua orang pun boleh buat.

Aku cuma nak pesan, kalau korang ikut cara ini dia tak terus buat hari ini terus menjadi tau. It takes time. InsyaAllah menjadi sebab aku memang selalu buat macam ini saja. 

Aku harap sangat artikel ini membantu korang yang mempunyai masalah untuk kenal pasti keywords. Aku doakan semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu menaikkan pageview korang, memberi semangat dalam blogging. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan buat korang semua. InsyaAllah aamiin.. 

Doakan supaya aku diberi ilham untuk menulis lebih banyak lagi info tentang blog. Terima kasih ya sudi baca.