Cara Mudah Buat Blog Versi 2021

15
Assalamualaikum
Bismillah

Pada mulanya aku memang tak pernah bercadang pun nak buat tutorial macam mana nak buat blog sebab di google dah ramai yang berkongsi. Maksud aku info tentang cara nak buat blog ini ada di mana-mana dah. 

Tetapi sejak belakangan ini, ramai yang tanya macam mana nak buat blog. Apa yang aku dapati cara mendaftar blog tidak sama seperti yang aku mula-mula daftar dulu. Banyak yang dah kena update. So here I'm sharing version 2021 punya. 

Cara Mudah Buat Blog Versi 2021

Sebelum nak buat blog, korang kena tahu tujuan apa korang buat blog. Sekiranya korang berhasrat untuk menjadikan blog ini jangka masa panjang ataupun untuk tujuan bisnes. 



Basically korang memang seriuslah menulis blog. Aku cadangkan korang beli domain. Tetapi sebelum beli domain, kena buat blog dulu lah. Buat blog menerusi platform blogspot adalah percuma, yang penting mempunyai akaun dengan Google (Gmail). Sebaik-baiknya create Gmail dulu ya. 

Cara Mudah Buat Blog Versi 2021


1. Pertama sekali, korang pergi kat link blogger.com

2. Seterusnya korang Create Your Blog (Rujuk gambar)

cara buat blog

3. Pilih email yang hendak digunakan untuk blog. Sekiranya belum ada email, boleh buat email baru ya. 

Cara Mudah Buat Blog Versi 2021

4. Pada bahagian ini korang boleh pilih nama blog. Sebagai contoh nama blog aku 'Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi' 

Tips pilih nama blog :
  • Buat nama yang senang untuk kita ingat.
  • Kalau boleh jangan letak nama yang panjang sangat. 
  • Boleh gunakan nama daripada media sosial kita. 
Tapi kalau nak skip bahagian ini pun boleh. Nak random tulis nama pun boleh sebab nama blog ini boleh edit kemudian atau ubah bila-bila masa sahaja. Jadi jangan risau okay!

Cara Mudah Buat Blog Versi 2021

5. Seterusnya, pada bahagian URL blog pula. Yang ini perlu diingat ya korang tak boleh ubah alamat URL melainkan korang tukar domain. So pilih nama URL baik-baik. 

Contoh alamat URL :
  • ciknurul23blogspot.com
  • gincumerah.blogspot.com
  • pencintaanime.blogspot.com
  • aliff.blogspot.com
Pilih URL yang mencerminkan diri korang. Elakkan letak url yang susah dan rumit ataupun yang banyak nombor. Contohnya seperti :
  • kitewbudaxbarubelajar2021.blogspot.com
  • akkuusukaasukkii1995.blogspot.com
Cari alamat URL yang mesra pengguna dan mudah nak ingat. 

Tidak semua alamat tu available. Ada alamat yang sudah dimiliki orang. Jadi korang kena cari alamat url yang orang lain belum pernah guna lagi ya. 

Cara Mudah Buat Blog Versi 2021

6. Pada bahagian ini pula 'Display Name'. Display name ini ialah 'Nama Penulis'. Sebagai contoh display name blog aku ialah Sii Nurul (Nurulatika). 

Display name ini korang boleh nampak setiap kali komen kat blog orang dan ada di setiap artikel yang telah di post di blog. 

Cara Mudah Buat Blog Versi 2021

7. Klik Finish dan korang dah boleh mula berblog. Tak tahu nak tulis apa? Boleh baca Tips Nak Naikkan PV Blog ataupun boleh join cabaran ini Cabaran 15 Hari Menulis Blog

Cara Mudah Buat Blog Versi 2021

Pilih Jenis Template Blog

Untuk permulaan korang boleh gunakan template yang sedia ada di blog. Ada beberapa jenis template yang disediakan antaranya ialah :
  • Contempo
  • Soho
  • Emporio
  • Notable
  • Essential
  • Simple
  • Dynamic Views
  • Picture Window
  • Awesome Inc.
  • Watermark
  • Ethereal
  • Travel

Cara Pilih Template Blog


1. Korang pilih Theme (Rujuk gambar)

2. Pilih template yang diingini (yang aku dah listkan di atas).

3. Korang boleh customize layout, widget, warna template dan sebagainya. Then boleh terus Apply ke blog. 
Cara Mudah Buat Blog Versi 2021

Tips Buat Blogger Baru 

1. Untuk permulaan, aku cadangkan korang untuk banyakkan konten dahulu. Sebab biasanya blogger baru ramai yang tak tahu lagi. Dan artikel susah nak tembus dalam carian google.

2. Tulis at least 10 artikel dengan 500 patah perkataan.

3. Kena rajin blogwalking. Kalau tak tahu mana nak cari senarai blogger, boleh masukkan blog korang di Sila Tinggalkan Link Blog, Nak Add di Bloglist Sii Nurul

4. Ada beberapa widget penting yang kena ada dalam blog. Kalau boleh jangan lupa letakkan widget Popular posts, Followers, Blog Achieved, Komen, About Me (Profile), Bloglists, dan Labels. 


Itu sahaja rasanya perkongsian dari aku. 

Ada apa-apa pertanyaan tentang blog boleh tinggalkan komen korang atau email di nurulatikayunus23@gmail.com. InsyaAllah, dari semasa ke semasa aku akan kongsikan lebih banyak lagi tentang tips blogging

Semoga bermanfaat! Selamat berblog.


Catat Ulasan

15Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Terima kasih perkongsian. Dah siap semua barulah pilih template yang memenuhi citarasa. bab ni pun kadang memeningkan juga.

    BalasPadam
  2. Tutorial yang sangat memudahkan untuk new beginning yang terjebak dalam dunia blogging

    BalasPadam
  3. Betul x sama dgn zaman dlu2 interface nk buat blog tu kn? Tq for sharing.. nice sgt

    BalasPadam
  4. tutorial yg senang nak faham untuk yang baru nak berjinak dengan blog..welcome to blogging.

    BalasPadam
  5. Moga moga tutorial ni dapat bantu new blogger yang baru berjinak jinak dalam dunia blogging.

    BalasPadam
  6. Dah lain interface blog ni dari dulu, mmg sentiasa berubah..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah.. ada tutorial camni dpt bantu org ramai nk buat blog..
    tahniah! perkongsian yg baik.. =)

    BalasPadam
  8. dah lupa. mcmna. akak blh terjebak buat blog ni
    ada yg tanya pun x blh jawab daaa je hee
    tqq Nurul

    BalasPadam
  9. terima kasih perkongsian nanti nak buat sec blog boleh rujuk sini.. versi 2021 nampak sangat mudah

    BalasPadam
  10. teringat pulak time mula² buat blog dulu, selalu cari tutorial

    BalasPadam
  11. Info yang begitu berguna sekali terutama pada sesiapa yang ingin buat blog..Teringat dulu² masa mula² buat blog...

    BalasPadam
  12. NICE SHARING
    Rabia kongsikan tutorial ni dalam group belajar buat blog dgn rabia tau
    thank you moga murah rezeki kak nurul sentiasa kongsi ilmu

    BalasPadam
  13. good share nurul.. betul tu bykkan content baru fikir nak hias blog kan

    BalasPadam
  14. Perkongsian yg baik utk blogger2 baru..nice sharing.

    BalasPadam
  15. terima kasih blog Sii Nurul atas perkongsian yang bermanfaat untuk blogger baru seperti kami. Boleh juga jenguk blog kongsitips.com untuk dapatkan maklumat lanjut

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !