McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Sokongan & Penghargaan

11
Sejak dari awal berlaku pandemik di negara ini, kita dapat melihat sebenarnya petugas barisan hadapan sudah penat, tetapi mereka masih gagahi demi menyelamatkan nyawa pesakit yang dijangkiti Covid-19 

Menyedari kesukaran yang dihadapi barisan petugas hospital ketika ini, lebih daripada 10,000 pek makanan telah ditaja ke Hospital Sungai Buloh sejak pandemik melanda negara Malaysia. Sebagai tanda sokongan dan penghargaan dari McDonald's Malaysia kepada petugas barisan hadapan kesihatan dalam memastikan warga Malaysia selamat sewaktu pandemik.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

Restoran khidmat segera atau quick service restaurant itu terus menerus menyalurkan tajaan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan kesihatan di Hospital Sungai Buloh. McDonald’s Malaysia bergiat aktif menyumbang makanan sejak daripada awal PKP pada Mac tahun lau.

Hospital Sungai Buloh dapat tajaan makanan McDonald’s

Hospital Sungai Buloh merupakan pusat rawatan utama pesakit-pesakit yang dijangkiti Covid-19. Petugas-petugasnya juga amat sibuk dalam menjaga dan merawat pesakit Covid-19 yang semakin hari semakin bertambah.

Menjadi antara hospital pertama yang menerima tajaan daripada McDonald's sejak pandemik melanda negara, Hospital Sungai Buloh telah menerima lebih daripada 10,000 tajaan makanan kepada petugas-petugasnya.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

McDonald's Malaysia hantar makanan ke Hospital Sungai Buloh.

Kesinambungan daripada kempen sebelum ini yang telah disambung semula pada awal bulan Mei, baru-baru ini McDonald's telah menaja 300 pek makanan sekerap tiga kali seminggu di samping memastikan standard operating procedure (SOP) dipatuhi sepanjang penghantaran makanan ke hospital itu.

Dengan lebih daripada 70 buah hospital telah mendapat manfaat daripada tajaan ini, McDonald's Malaysia terus komited memainkan peranan dalam menyokong usaha pemulihan negara daripada pandemik Covid-19.

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur berkata, "Sebagai pusat rawatan utama pesakit Covid-19, petugas kesihatan kami di Hospital Sungai Buloh menjalankan tugas tanpa mengira masa dalam menjaga dan memenuhi keperluan pesakit-pesakit kami".

Sebagai wakil hospital, Dr Kuldip Kaur telah menerima bekalan makanan yang telah ditaja oleh pihak McDonald's. "Kami bersyukur atas usaha bermakna daripada pihak McDonald's Malaysia sejak dari PKP pertama pada Mac tahun lalu. Usaha ini telah membantu ringankan beban para petugas kesihatan kami dan membangkitkan semangat serta menceriakan hari-hari mereka". tambah beliau.

McDonald's Malaysia hargai frontliners Hospital Sungai Buloh

Hospital Sungai Buloh merupakan hospital pertama menerima sumbangan daripada McDonald's sejak awal pandemik Covid-19 melanda Malaysia. Ketika negara menghadapi waktu yang sukar, kami terus berterima kasih kepada hero kita para petugas barisan hadapan yang sentiasa memastikan keselematan kita semua. Kami akan terus menyokong melalui inisiatif ini sepanjang situasi pandemik  agar kami dapat santuni lebih ramai lagi petugas barisan hadapan". kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

#KitaBoleh

McDonald's Malaysia adalah salah sebuah syarikat di Malaysia yang aktif dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Kempen #KitaBoleh merupakan salah satu usaha mereka dalam mengajak rakyat Malaysia berganding bahu dalam melawan penularan wabak Covid-19. 

Inisiatif #KitaBoleh ini juga adalah kesinambungan daripada inisiatif #KitaBoleh sebelum ini yang telah dimulakan sejak PKP yang pertama lagi pada Mac tahun yang lalu.

Konsep #KitaBoleh yang telah dimulakan oleh pihak McDonald's Malaysia sendiri melalui platform sosial media mereka. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan semangat seluruh Malaysia agar bersatu padu dan terus kuat dalam menghadapi waktu yang sukar ini. 

#KitaBoleh juga merupakan panggilan buat seluruh rakyat Malaysia dalam mengkhabarkan keberanian para petugas barisan hadapan yang tanpa mengenal erti lelah terus melawan penularan pandemik Covid-19.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

Pada ketika ini, ramai yang terkesan disebabkan oleh PKP dan kes Covid-19 yang meningkat saban hari. Dengan kes yang meningkat pastinya frontliner kita dah penat dan tak cukup tangan.

Kita perlu mengambil berat dan mempunyai kesedaran tentang risiko jangkitan Covid-19 ini. Hal ini bukan sahaja bantu meringankan beban frontliners malah membantu negara kita untuk turunkan angka kes harian. Doakan agar frontliners kita dilindungi dan dikurniakan kekuatan oleh Allah Subhana
Wa Ta’ala dalam melaksanakan tugasan mereka

Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia, boleh layari Facebook
McDonald's Malaysia di www.facebook.com/My.McDonalds/

Catat Ulasan

11Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Alhamdulillah.. Tahniah buat McDonald's Malaysia atas inisiatif ini.. Moga ia dpat diteruskan lagi agar lebih ramai yg mendpat manfaat darinya..

    BalasPadam
  2. Tahniah mekdi. Mesti suka frontliners perubatan tu semua bila ada yang menghargai kan.

    BalasPadam
  3. Tahniah sekali lagi McDonalds atas usaha murni ini menceriakan frontliners kita dengan tajaan makanan McDonald;s

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...tahniah McDonald's Malaysia

    BalasPadam
  5. makin suka kami makan mcd bila nampak diorang lagi suka buat amal. macam ni.. tq mcd

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah! terbaik MCdonald Malaysia :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. seronok dengar ada inisiatif macam ni dari Mekdi.

    BalasPadam
  8. Tahniah mcdonalds Malaysia. Satu usaha yang murni

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, inisiatif yg mcm ni mmg bagus. Good job McDonalds Malaysia.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !