Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
  • Home
  • About
  • Contact
  • Sitemap
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Assalamualaikum
Bismillah

Sedar tak sedar, kalau kita nak buat business tapi tak ada aplikasi mudah ahli yang khusus, mesti susah kan? Dengan aplikasi mudah ahli yang kita ada, petik jari jer dah boleh selesai urusan yang kita nak buat tu. Pernah dengar tentang Ariyes Online tak? 

Ha, kalau nak tahu, dorang ni merupakan It Company di Malaysia yang menawarkan penyelesaian Digital untuk hampir semua jenis industri. Selain dapat menjalankan perniagaan dengan sokongan teknologi, ia dapat menjamin keselamatan imej jenama anda dan melindunginya dari ancaman siber.

Nak tahu faedah-faedah yang kita boleh dapat untuk perniagaan di Malaysia kalau kita ada aplikasi mudah ahli? Jom baca artikel ni sampai habis. 

1. Meningkatkan Kecekapan dalam Perniagaan 
Banyak aplikasi yang dihasilkan untuk tujuan pemerhatian dan memudahkan proses perniagaan anda. Sebagai contoh, jika anda ingin mebuat poster untuk perniagaan anda, anda boleh menggunakan aplikasi Canva, PicsArt dan lain-lain. Aplikasi ini juga sesuai kerana, bukan sahaja memudahkan tugas anda, tetapi dapat meningkatkan semangat untuk bekerja. Namun, pemilihan aplikasi adalah sangat penting. Ia akan menjadi lebih baik jika anda menggunakan aplikasi yang boleh dipercayai atau mengunakan aplikasi khusus untuk perniagaan. 

2. Menawarkan Skalabiliti yang Tinggi
Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu pastikan anda mengunakan aplikasi yang berkualiti tinggi. Lazimnya, ada pembayaran yang perlu dibuat untuk mendapat akses yang lebih banyak dengan aplikasi yang anda gunakan. Aplikasi khas yang berkualiti tinggi dapat memberikan kepuasan yang lebih tinggi selain memastikan aplikasi ini dapat menampung semua maklumat perniagaan anda.

3. Menjaga Data Aplikasi 
Terdapat pelbagai aplikasi yang wujud, namun hanya sebahagian yang benar-benar boleh dipercayai. Jika anda memiliki aplikasi mudah ahli yang khusus untuk perniagaan, ia dapat menjamin keselamatan data yang anda simpan di dalam aplikasi tersebut. Oleh itu, pemilihan aplikasi mudah ahli ini sangat penting dalam perniagaan anda untuk mengelakkan hal seperti kehilangan data berlaku.

4. Bergabung dengan Perisian yang Ada
Setiap aplikasi mempunyai peranan masing-masing. Namun, penggunaan aplikasi mudah ahli yang khusus dapat memudahkan anda untuk mengambil kira perisian perniagaan semasa anda selain dapat menggabungkan data yang diperlukan tanpa ada masalah. 

5. Mudah untuk Dikekalkan 
Ia akan menjadi lebih mudah jika anda mempunyai aplikasi perniagaan khusus untuk perniagaan berbanding menggunakan aplikasi am yang ada. Menggunakan aplikasi am bermaksud anda akan bergantung sepenuhnya kepada aplikasi tersebut. Jika terjadi sesuatu dengan aplikasi tersebut, perniagaan anda mungkin terjejas. Oleh itu, lebih baik jika mempunyai aplikasi khas sendiri. 

Ok, sebelum kita teruskan, nak sentuh sikit pasal Ariyes Online ni lagi. Kalau nak tahu, sektor yang website ni sediakan ada banyak termasuklah: 

  • CRM Sistem 
  • Pengubahsuaian & Pelaksanaan ERP 
  • Pemasangan Infrastruktur Rangkaian 
  • Pemulihan dari sebarang kerosakan 
  • Siber Sekuriti 
  • Pusat Panggilan Automasi 
  • Sokongan Teknikal, dan lain-lain 

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh masuk ke dalam website Ariyes Online. 



6. Meningkatkan Hubungan dengan Pelanggan 
Dengan menggunakan aplikasi khas untuk perniagaan, anda dapat memastikan semua maklumat atau data yang disimpan terjaga dengan baik. Selain itu, dapat memudahkan pelanggan apabila mereka menggunakannya. Hubungan yang baik dapat dijana antara pelanggan dan mereka pasti akan rasa puas hati dengan perkhidmatan yang anda sediakan. 

7. Memudahkan Pengambilan Data Pelanggan Baru 
Pengambilan data baru daripada pelanggan akan menjadi mudah jika anda mempunyai aplikasi khusus sendiri. Anda boleh menambah ruang baru dalam aplikasi anda untuk tujuan meninjau dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Cara ini lebih mudah berbanding membuat tinjauan secara manual atau kertas. 

8. Menyediakan Masa Sebenar Akses Projek 
Ini sangat penting terutama jika anda sedang melancong atau bercuti. Dengan hanya masuk ke dalam aplikasi khusus anda, anda dapat akses sepenuhnya untuk maklumat yang diinginkan. Selain itu, anda dapat menyusun dari telefon ke computer atau i-pad untuk smeua jenis dokumen. 

9. Mudah untuk Mengurus Projek 
Aplikasi khusus memudahkan anda untuk mengurus projek dari masa ke semasa, Anda dapat melihat perkembangan secara automatik tentang perniagaan anda. Semuanya hanya akan berada di hujung jari dari menyiapkan, menghantar, dan menerima dokumen. 

10. Merekod Fail Digital untuk Akauntabiliti 
Akan menjadi lebih mudah untuk menyimpan idea baru untuk perniagaan anda jika anda mempunya aplikasi khusus. Semuanya boleh dirakam dan disimpan dengan selamat dan hanya boleh diakses oleh kakitangan yang dibenarkan. Sebagai hasilnya, dapat meningkatkan akauntabiliti dan dapat menjaga hubungan baik dengan pelanggan. 


Selesai sudah senarai faedah yang boleh diperolehi jika kita menggunakan aplikasi khusus untuk perniagaan kita. Banyak bukan? Sekiranya anda memerlukan servis untuk membuat website yang bagus, atau memerlukan servis dari agensi Digital Marketing di Malaysia, anda boleh saja menggunakan khidmat Go Get Space! 




Kita boleh kemukakan idea perniagaan kita dan boleh dapatkan penyelesaian teknologi yang sesuai untuk perniagaan kita di Ariyes Online. Memandangkan mereka mempunyai pakar sendiri, ia akan menjadi lebih mudah untuk mengurus perniagaan anda! 

Anda boleh baca maklumat seterusnya melalui link di atas tentang khidmat Go Get Space yang menyediakan servis App Development Malaysia, pemasaran secara digital, mencipta web, dan banyak lagi.

Assalamualaikum
Bismillah

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Kriteria dan kelayakan untuk memohon i-Sinar terbahagi kepada 2 kategori seperti di bawah:

Bila dan bagaimanakah cara untuk memohon i-Sinar?

  • Kategori 1, boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
  • Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Baca Sini : Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP

Sebelum memohon i-Sinar Online, Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
  • Masih aktif
  • Milik anda
  • Bukan Akaun Bersama (Joint Account)

Cara Memohon i-Sinar Online KWSP Bagi Permohonan Kategori 1


1. Pertama sekali korang pergi ke web https://isinar.kwsp.gov.my/

2. Masukkan NO IC dan No Telefon. KOD TAC / OTP akan dihantar ke nombor telefon korang. So pastikan daftar i-akaun dulu ya.


3. Masukkan kod OTP tersebut. 

Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1). Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000. 

Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki bayaran bulan terakhir dengan amaun bayaran minimum RM50) dan dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.


4. Pada bahagian AMAUN PILIHAN (RM) korang boleh gerakkan ke kiri atau ke kanan untuk pilih akaun berapa korang nak keluarkan. Minimun adalah sebanyak RM50 sehingga RM 10,000 (maksimum).

5. Pada bahagian MAKLUMAT PEMOHON sila isi details di bawah (Ada yang dah terisi, so korang kena semak betul-betul adakah maklumat tersebut betul atau tidak).


Maklumat yang diperlukan adalah :

1. Nama penuh
2. No IC / MyKAD / MyPR
3. Alamat email (contoh : bloginspirasi@gmail.com) - Untuk pengesahan permohonan
4. No Telefon (Aktif)
5. Alamat surat menyurat
6. Amaun pilihan
7. Nama bank & Nombor Akaun Bank 


6. Pada bahagian PENGESAHAN PERMOHONAN, semak kembali maklumat korang ya. Jangan ada yang tercicir atau tersalah isi pula.


7. Jangan lupa baca perakuan pemohon. Tandakan petak kecil ( / ) untuk pengesahan dan recapcha tersebut. Then klik HANTAR. 

Alhamdulillah, pemohonan telah diterima. Boleh semak pada 4 Januari 2021. 


Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar akan dibuat?

  • Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

  • Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

  • Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Adakah perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?

  • Anda tidak perlu membayar semula.

Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah memohon i-Sinar?

  • Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.

Semoga bermanfaat~
Salam sebagai pembuka kata. Jangan lupa sentiasa ikut SOP semasa Covid 19 ni tau! Okay, hari ni saya nak cerita tentang Matcha. Pernah dengar tentang Matcha tak? Untuk pengetahuan semua, Matcha ni dulu pernah terkenal di Indonesia. Matcha selalu ada dalam pelbagai bentuk makanan dan minuman di Indonesia. 

Kalau nak tahu, Matcha ni sebenarnya adalah teh hijau bubuk dari Jepun yang dibuat dari teh khusus dan diolah menggunakan method khusus. Baiklah, nak tahu mana nak dapatkan rasa matcha yang enak ini? Jom baca artikel ni sampai habis. 

1. Niko Neko Matcha

Kalau korang tinggal di KL dan peminat matcha, tempat ni adalah tempat yang korang mesti pergi! Tempat ni dapat banyak review dari orang ramai. Kalau tak percaya, cuba buka Trip Advisor. Bukan sahaja sedap, tapi tempat ni memang specialize dalam membuat minuman jenis matcha, dari jenis sejuk ke panas, semuanya menyelerakan. Tempat ni juga ada buat matcha dessert yang sangat sesuai minum dengan minuman. Jadi, korang boleh lawat tempat ni kalau korang pergi Kuala Lumpur.

Niko Neko Matcha

Alamat: 82A , Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur

2. Oh Cha Matcha

Ini tempat kedua untuk dilawat kalau nak rasa keenakan matcha yang sebenar. Tempat ni menyediakan pelbagai jenis minuman matcha termasuklah Ceremonial Matcha, yang dibuat hanya dengan air tau, Genmaicha, dibuat dengan roasted rice, dan Hojicha, dbuat dengan roasted green tea. Kalau korang minat dengan gaya estetik, boleh pergi tempat ni. Selain nak minum matcha, boleh ambik gambar lawa-lawa. 

Oh Cha Matcha

Alamat: 130, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

3. 108 Matcha Sero

Kalau kat tempat ni, dorang sediakan minuman dan dessert matcha yang sangat berkualiti tinggi. Nak tau kenapa? Sebab bahan-bahan yang dorang guna datang daripada Kyoto, Japan. Korang mesti beli dan rasa Obanyaki yang ada kat tempat ni, soft serve ice cream dan Matcha Parfait dorang. Kalau dah rasa, conform korang nak datang lagi next time.

Matcha Sero

Alamat: Lot 251, Level 2, Suria KLCC, 50088 Kuala Lumpur

4. Mei by Fat Spoon

Kalau korang minat pergi café, korang boleh try pergi dekat café ni yang ada Japan minimalis vibe. Sangat sesuai untuk ambik gambar lawa ataupun untuk lepak dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Kalau kat sini, mesti cuba Mei by Fat Spoon yang dihidang dengan homemad green tea butter. Kalau dah cuba, mesti nak lagi!

Mei by Fat Spoon

Alamat: Hartamas: 22-G, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur


5. Green Tea McFlurry @ Mc Donald

McDonald pun ada sediakan Ice Cream Matcha. Kalau tak minat minuman matcha, mungkin boleh try ice creamnya dulu. Green Tea McFlurry dari McDonald ni akan beri rasa manis dan sedap dari vanilla dengan green tea favorite korang. McDonald ni banyak cawangan, jadi kalau korang singgah McDonald, boleh try ice cream ni. Mesti nak lagi lepas tu. 

Green Tea McFlurry @ Mc Donald


6. Matcha Green Tea @Starbuck

Kat Starbuck pun, korang boleh rasa minuman Mactha yang penuh dengan khasiat ni. Kalau nak tahu, Matcha ni ada lebih banyak natural caffeine yang boleh orang rasa lebih bertenaga tanpa ada side effect. Korang boleh cuba menu Matcha Green Tea Latte, Matcha Lemonade, Iced Matcha Green Tea Latte, dan Matcha Green Tea Crème Frappuccino. Belum cuba belum tau rasanya. 

Matcha Green Tea @Starbuck

Baiklah, selesai sudah cerita tentang antara tempat yang korang boleh pergi untuk dapatkan rasa Matcha yang enak. Kalau takda masa nak pergi ke sana, jangan risau, Online Food Delivery kat Foodpanda. 

Hanya perlu download apps Foodpanda dan cari tempat kat atas untuk dapatkan Matcha anda. Kalau bukan sekarang bila lagi? Order dari Foodpanda dan stay jer kat rumah. Memandangkan musim Covid-19 belum selesai, mari sama-sama duduk rumah dan kurangkan penularan penyakit ni. Stay safe guys!

Assalamualaikum
Bismillah





Tulisan tangan kita melambangkan personaliti kita. Kalau dinilai secara kasar, orang yang mempunyai tulisan cakar ayam ni selalunya dikategorikan sebagai orang yang selekeh, jenis tak ambil kisah dan lebih menjurus ke arah personaliti yang negatif.

Namun, tanggapan ini tak boleh diguna pakai sepenuhnya kerana penganalisa tulisan ada membuat kajian mendalam tentang ini dan majoriti keputusan yang diperoleh agak bertentangan dengan apa yang kita sangkakan.


Pictures of my handwriting

Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

8 Jenis Tulisan Tangan Yang Melambangkan Personaliti Seseorang.

  • Huruf besar-besar - Seorang yang mudah bergaul dan senang mempunyai ramai kawan.

  • Huruf kecil-kecil - Seorang yang pemalu dan tak suka terlalu menonjol.

  • Tulisan kecil atau terlalu rapat - Seorang yang mempunyai pemikiran logik yang tinggi.

  • Tulisan jarak-jarak - Mempunyai gerak hati atau instinct yang bagus.

  • Tulisan terlalu mengiring (ke kiri atau kanan) - Seorang yang penyayang!

  • Tulisan tegak, tak mengiring - Seorang yang tak suka terlalu mengikut perasaan.

  • Tulisan terlalu rapat dengan margin - Seorang yang suka berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan.

  • Tulisan jarak dengan margin - Seorang yang pemurah.

Boleh baca  Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah tentang Kenali Personaliti Melalui Tulisan Tangan
Assalamualaikum
Bismillah

Ya Allah, baru hari kedua terasa susahnya menulis ikut jadual ni hahaha. Hari ini cabaran hari ke-2 menulis blog dengan tajuk sumber inspirasi ketika berblog. Aku berfikir agak lama sebenarnya mahu tulis tentang perkara ini.



Sumber inspirasi ketika berblog

Sebenarnya salah satu sumber inspirasi aku ketika berblog adalah berpegang dengan matlamat atau motto aku sendiri "Menulis Untuk Berkongsi". Diri sendiri adalah sumber inspirasi untuk aku terus berblog. Aku jadikan blog aku sendiri sebagai inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan.

Setiap kali aku belajar sesuatu yang baru yang aku rasakan bermanfaat untuk orang lain aku terus kongsikan di blog. Terutama sekali hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan aku sendiri seperti pengalaman aku temuduga, pengalaman semasa belajar psikologi kanak-kanak & keluarga di UMS, macam mana aku boleh jadi blogger sepenuh masa dan banyak lagi. 

Basically aku menulis apa yang aku sendiri alami, apa yang aku dengar daripada orang sekeliling dan apa yang aku lihat berdasarkan pemerhatian. Dari situlah tercetusnya idea untuk terus menulis. Ada ramai blogger yang aku jadikan inspirasi juga untuk menulis. 

Cuma ada beberapa blogger yang mempunyai passion yang sama seperti aku. Aiihh susahnya nak explain macam mana. Agaknya korang faham ka ya maksud aku? hahaha~ Kadang-kala tu boleh dikatakan aku jatuh cinta dengan blog sendiri gitu. 

Susahnya tajuk kali ni hahaha sampai tak terluah.

Apapun itulah aku. Terlalu suka berblog dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menambah ilmu supaya aku dapat berkongsi dengan korang sesuatu yang memberi manfaat.


Assalamualaikum
Bismillah


Cabaran 15 Hari | Gambar Terbaru & Fakta Tentang Anda

Mulanya plan nak start tulis esok saja cabaran ni. Sementara ada mood ni baik tulis sekarang kan. Tiba-tiba saja ada idea nak menulis di blog. Nak tahu secara ringkas tentang aku boleh baca kat SINI Nak tanya apa-apa soalan tentang aku boleh juga email dan follow facebook dan instagram aku. 

My latest photo

Fakta Tentang Sii Nurul


1. Ramai yang tahu aku minat menulis. Yang mungkin kebanyakkan orang tak tahu selain menulis blog aku sangat suka tengok anime. Tetapi belum sampai tahap OTAKU lagi lah. 

2. Aku suka minuman yang berkafein dan aku ambil sehari lebih dari 3 gelas which is not good for your health. But I'm really addicted to it! Susah nak berhenti minum. 

3. Sehari tak makan ais tak sah. Selain ketagihan minuman berkafein aku juga sangat suka minum sejuk yang berais. Nescafe ais, milo ping, ais lemon teh dan segala bentuk minuman yang sejuk. Jangan ikut tabiat macam aku. 

4. Aku mempunyai alergik yang teruk dari segi deria rasa dan bau. Aku sangat sensitif dengan makanan yang kuat baunya seperti durian, ketam & any seafood. Aku sanggup tak makan sehari semata-mata mahu mengelak terhidu makanan seafood. 

Pernah paksa makan tetapi aku muntah. Pernah cuba masak tetapi pening-pening lalat dan seminggu bau tu melekat di hidung aku. Sangatlah tidak selesa. Disebabkan itu juga aku tidak pakai sebarang minyak wangi atau deodoran. 

5. Aku juga alergik dari segi kulit muka dan badan. Tak boleh kena gigit nyamuk, sensitif dengan tempat yang berhabuk walaupun nampak kemas. Aku tak boleh pakai perhiasan seperti jam tangan, subang, anting-anting, rantai apatah lagi barang-barang kemas. 

Aku pernah kena jarum di telinga bengkak disebabkan oleh anting-anting melekat di telinga aku tak boleh tanggal. Hahaha trauma sampai sekarang. 

6. Aku fobia dengan darah. Memang tak boleh luka atau tengok darah. Pernah sekali aku potong kentang dan jari terluka. Terus muka aku pucat dan pengsan. Hahahaha

7. Aku tidak pernah makan pizza dan McDonald Hahaha... Aku makan KFC saja. 

8. Percaya tak aku tak tengok pun TV kecuali berita saja. Setiap hari aku akan sambungkan hardisk ke TV tengok anime, Running man dan dengan lagu sahaja. Aku tak pernah tengok mana-mana drama tak kira melayu atau korea. 

9. Aku suka tengok Anime dan KPOP reaction di youtube. Aku suka lagu KPOP dari YG Entertainment. Bigbang is my favourite one and my latest fav boy band from YG is TREASURE. 

10. Aku cepat mabuk perjalanan. Mabuk jalan jauh. Mabuk naik flight. Mabuk naik feri. Hahaha 


Cukuplah itu saja. Ada yang mempunyai persamaan dengan aku ka? hehe~



Assalamualaikum
Bismillah 

Aku betul-betul dalam kebuntuan mahu menulis apa sekarang ni. Dalam hati meronta-ronta mahu menulis tetapi idea tak kunjung tiba. Semangat dan motivasi berblog entah hilang ke mana sudah. Dari tadi duduk menghadap laptop tetapi fikiran melayang. Haha~

Teringat pula besok ada orang ajak pergi hiking. Mungkin apabila dah keluar rumah dan tengok dunia baru ilham datang kot. Nervous juga ni mahu pergi hiking walaupun tidak pernah hiking haha. Habislah aku, stamina pun takda tetiba mood nak hiking pula. 

Cabaran 15 Hari Menulis Blog

Memandangkan aku tiada idea nak tulis apa, aku pun cubalah buat Cabaran 15 Hari Menulis Blog. Ada sesetengah topik yang aku dapat dari Pinterest dan setiap topik direka mengikut kesesuaian dengan diri aku. Yang tiada idea bolehlah ikut cabaran ini. 

Antara topik dalam Cabaran 15 Hari Menulis Blog ini ialah :
  1. Gambar Terbaru & Fakta Tentang Anda
  2. Sumber inspirasi ketika berblog
  3. Pictures of my handwriting
  4. Sebelum tidur anda buat apa?
  5. Kalau kaya apa yang anda ingin buat?
  6. Difficult time in my life
  7. Obssession / Hobi / Passion
  8. Cara anda berfesyen
  9. Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda
  10. Gambar bilik idaman anda
  11. Favourite quotes
  12. Genre buku kegemaran anda
  13. 5 things I hope to have in future
  14. Sejauh mana anda berubah dalam masa 2 tahun?
  15. Dimanakah anda pada 10 tahun kemudian?

Semoga semangat berblog kembali pulih. Rindu mahu menulis. Rindu blog. Huhu~


Assalamualaikum
Bismillah

Dah lama sebenarnya aku tak join segmen giveaway ni. Untuk memenuhi azam nak menulis entri sebanyak 200 untuk tahun ini aku kena banyak join giveawaylah haha. Selain itu juga aku tertarik dengan hadiah dia. 

Mini Giveaway Acrylic Painting by Ema
klik banner untuk join

Marilah sama-sama memeriahkan giveaway ini. Support blogger yang lain. Syarat dia pun tak banyak hanya perlu tepek banner ni di blog korang je. So simple and easy.

Selamat bersegmen guys!


Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya dah beberapa kali juga aku terima email dari pembaca tentang macam mana nak hentikan penghantaran penyata bank (estatement) ke alamat korang. Ada sesetengah bank seperti Hong Leong bank dah mansuhkan penyata bank fizikal. 

Aku pun tak tahu juga pasal penyata bank fizikal ni. Mujurlah ada pembaca yang komen dan bertanya macam mana nak hentikan penghantaran penyata bank fizikal ini ke alamat rumah. Seganlah kan kalau orang nampak aliran tunai keluar masuk akaun kita. Lagipun maklumat peribadi kot. 

Alhamdulillah yang mempunyai masalah seperti ini korang boleh ikut langkah di bawah ya.

Cara Hentikan Penghantaran eStatement CIMB Bank

Cara Hentikan Penghantaran eStatement CIMB Bank 


1. Korang login CIMBClicks macam biasa.

2. Pilih SERVICES dan klik STOP / RESUME PAPER STATEMENT (Rujuk gambar di bawah ya)

Cara Hentikan Penghantaran eStatement CIMB Bank

3. Pada bahagian Manage eStatement korang pilih penyata akaun yang mana korang mahu hentikan penghantaran ke alamat. 


Cara Hentikan Penghantaran eStatement CIMB Bank

Jangan lupa baca dulu tau declaration tersebut sebelum bersetuju. Pastikan korang faham betul-betul. 

  • Saya/Kami bersetuju untuk melihat dan memuat turun e-Penyata di pautan CIMB Clicks sedia ada : http://www.cimbclicks.com.my

  • Saya/Kami menentusahkan dan bersetuju bahawa akaun yang telah dipilih bagi perkhidmatan ini adalah untuk dilihat dan dimuat turun sebagai e-Penyata dan pihak CIMB berhak untuk memberhentikan penyata fizikal milik saya/kami. Walaubagaimanapun, jika saya/kami memilih untuk menerima penyata fizikal semula , saya / kami menentusahkan untuk mengaktifkan semula permintaan penyata fizikal.

  • Saya/Kami bersetuju sebarang penukaran ke atas kaedah penyata hanya akan berkuatkuasa mulai tarikh penyata akaun seterusnya. 

4. Klik Accept untuk terma dan syarat. Dan klik I Agree & Confirm.


Semoga entri ini bermanfaat. Aku doakan semoga urusan korang dipermudahkan selalu. InsyaAllah, aamiin.


Artikel yang berkaitan :
  • Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks
  • Cara Print Resit Pembayaran CIMB Clicks
  • Cara Dapatkan Bank Statement RHB Bank Secara Online

Assalamualaikum
Bismillah

Women Love Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran Wanita-min

Hai semua, hari ini aku sangat berbesar hati ingin berkongsi dengan korang tentang produk kecantikan dari Mamadil, iaitu Women Love. Korang pernah dengar tak? Kalau tanya aku sendiri, jujurlah ya aku memang pernah dengar tapi tak pernah ambil tahu sangat pun tentang brand Mamadil ni haha. 

Aku dari dulu lagi selalu amalkan makan makanan tambahan bukan sahaja untuk kecantikan luaran wanita tetapi juga kecantikan dalaman. Semakin dewasa kita kenalah sentiasa jaga penampilan diri apatah lagi kalau dah berkahwin. Ada sesetengah wanita yang bergelar ibu kadang kasihan tau jaga anak sampai diri sendiri tak terurus. Begitulah besar pengorbanan seorang wanita. 

Buat para lelaki atau suami tu, jagalah isteri anda dengan baik, paling tidak pun belikan produk dari Mamadil Women Love ini pun dah cukup tau. Nak cantik luar dan dalaman tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Selain daripada bersenam, memastikan tidur yang cukup dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang, korang juga boleh mengambil produk makanan tambahan.

Mamadil Women Love Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran Wanita-min
Ada sijil HALAL & MESTI

Mamadil Women Love (WL)

Pertama sekali WOMEN LOVE bukan produk pemutih ya, ianya cuma menggantikan fungsi KOLAGEN yang ada pada kulit. Women Love adalah hasil gabungan formulasi yang baik untuk dalaman khususnya wanita yang terdiri daripada herba semulajadi yang terkenal & terpilih serta diperkaya dengan bahan aktif. Suplemen kecantikan untuk mengekalkan awet muda dan kulit berseri. Kaya dengan kandungan profil Asid Amino daripada kolagen ikan (ikan air tawar) dan ramuan herba yang lain. 

Selain itu, Women Love ini juga ada sijil HALAL diklasifikasi sebagai makanan tambahan. Bukan ubat-ubatan atau skincare jadi tidak memerlukan nombor notifikasi atau MAL / NOT. 

Produk makanan yang lulus KKM akan diselia melalui kilang pengeluar. Kilang yang telah diluluskan oleh KKM akan dapat sijil MESTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri). Produk mamadil mempunyai sijil MESTI kerana pengeluar produk mamadil adalah team farmasi yang bertauliah (MEDIKEL) yang mempunyai kilang bertaraf gmp. Jadi, untuk pastikan supplemen betul-betul selamat wajib ada MESTI

Kandungan Bahan

Kolagen Peptida, Manjakani (Quercus Infectoria) , Kwao Krua (Pueraria Mirifica), Kacip Fatimah (Labisa Pumila)

Kebaikan Women Love 

Dirumus khas bagi golongan wanita berumur 18 tahun ke atas, Women Love merupakan produk makanan tambahan kecantikan yang semestinya lain dari yang lain. Ini disebabkan Woman Love hanya mengandungi khasiat bahan terbaik dan penting seperti;

1. Kolagen
Kaya dengan kolagen laut, Women Love mengandungi lebih 97% kandungan protein dan profil asid amino yang tinggi. Kedua-dua bahan ini amatlah penting bagi mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.

2. Vitamin C
Siapa sahaja tidak tahu akan kebaikan vitamin C yang bersifat antioksidan dan boleh mengurangkan kerosakan sel dan membantu pembentukan sel baru dalam badan dan secara tidak langsung mencegah tanda-tanda awal penuaan seperti pigmentasi dan kedutan awal.

3. Pueraria Mirifica, Kacip Fatima dan Manjakani
Bagi yang tertanya-tanya, gabungan ketiga-tiga herba di atas yang mampu memulihkan kesihatan dalaman dan luaran ‘Miss V’ kita, termasuklah melancarkan kitaran haid, menguatkan sistem peranakan, meningkatkan sistem reproduktif dan hubungan bersama. Ini sangatlah penting bagi mereka yang mempunyai masalah dalam hal ini dan ingin menyelesaikannya secepat mungkin!

Pembungkusan & Tekstur

Dari segi packaging, masa mula-mula terima parcel Mamadil Women Love (WL) ini aku agak terkejut juga sebab kotaknya agak besar. Dalam kotak disertakan sekali pamplet senarai produk Mamadil yang lain seperti Sabun Mamadil Collaloe, Anggoon Haircare, Medil Skincare, Wash for Ladies, Slim Love (SL), Susu Rizqi, & Compact Powder. Memang lengkap lah. 

Mamadil Women Love Untuk Wanita

Mamadil Women Love Untuk Wanita

Pembungkusan pun lawa dan menarik berwarna unggu keemasan gitu. Terdapat 30 sachet di dalamnya dengan berat sebanyak 5gram. Senang dibawah ke mana sahaja. Boleh makan bila-bila masa korang perlu.

Walaupun begitu, Women Love tidaklah sesuai digunakan bagi ibu yang mengandung sebagai langkah berjaga-jaga. Jadi, kepada bakal ibu, sila bersabar dahulu ya!


Seperti yang korang lihat dalam gambar di atas, Women Love itu berbentuk serbuk berwarna putih . Mudah larut apabila dimakan. Rasanya pun sedap. Masam manis. Senang untuk dimakan dan sesuai untuk tekak kita.

Cara Pengambilan Women Love 

Tidak cukup dengan itu, cara pengambilan produk Women Love ini pula tidaklah rumit malah cukup memahami keperluan gaya hidup yang sibuk bagi golongan wanita pada masa kini. Korang hanya perlu memakannya 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

Mamadil Women Love

Nak makan pun mudah je hanya  perlu mengoyakkan sachet dan menuangkan terus ke dalam mulut. Dari segi rasa pula, Women Love rasanya adalah perisa oren, menjadikan ia mudah untuk dimakan oleh hampir semua orang, berbanding produk lain di pasaran. 

Jangan lupa juga untuk minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air setiap hari dan mengekalkan rutin penjagaan diri yang lain secara konsisten untuk kesan yang lebih baik. 

Mamadil Women Love Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran Wanita

Apa yang aku suka sangat tentang produk Mamadil Women Love ini ialah rasanya sangat sedap dan rasa nak makan banyak-banyak. Mungkin disebabkan aku memang penggemar lemon dan limau. Boleh diambil 1 sachet sehari dan digalakkan untuk ambil 2 sachet untuk lebih berkesan. 

Aku minum setiap pagi selepas bangun dari tidur. Minum segelas air dan ambil 1 sachet women love. Kadang sebelum nak sarapan baru aku ambil WL. Selain itu, aku juga ambil 1 sachet pada waktu malam sebelum tidur. 

Untuk permulaan disarankan ambil 2 sachet sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Seeloknya aturan begini sampai nampak perubahan pada kulit, baru konsisten sekali sehari untuk maintain seterusnya. 

Korang nak tahu dalam banyak produk supplemen yang aku pernah makan, produk mamadil Women Love inilah satu-satunya yang buat aku rasa ketagih. Susah nak express sebab memang sedap. Biasanya aku selalu tau lupa nak makan, tetapi dengan Women Love setiap hari tidak pernah skip makan. Sehari tak ambil rasa tak best!

Alhamdulillah, dalam masa 3 - 5 hari dah boleh nampak kesan pengambilan Women Love. Antara kesan yang ketara aku boleh rasakan ialah dari segi keputihan yang semakin berkurang. Aku memang mempunyai masalah keputihan sehingga menyebabkan aku jadi tidak selesa. 

Kelebihan WL berbanding produk lain adalah dengan adanya kacip fatimah dapat menambah nilai kesihatan dalaman rahim wanita. Oleh sebab itu, wanita hamil dilarang makan kerana adanya unsur ini.

Sebelum & Selepas Pengambilan Mamadil Women Love
Sebelum & selepas pengambilan Mamadil Women Love (Tanpa sebarang mekap)

Selain itu kulit wajah juga semakin lembap, berseri dan agak sedikit cerah berbanding sebelum ini. Kulit aku sangat sensitif, even duduk di rumah pun boleh terkena sunburn, so memang kena pakai sunscreen (kadang boleh lupa juga pakai). Orang lain duduk rumah semakin cerah, aku pula duduk di rumah pun boleh sunburn haha.

Sejak amalkan Women Love, kulit wajah aku semakin cerah dan nampak fresh. Part paling seronok sekali, liang pori pada wajah aku juga semakin kecil. Muka pun jadi halus dan jerawat semakin berkurang. 

Perubahan ini boleh nampak hari demi hari. So, aku percaya kalau amalkan produk Women Love ini secara konsisten dan mengikut garis panduan yang telah disarankan pasti korang lihat perubahan yang ketara. 

Kulit bukan sahaja akan menjadi lebih cantik dan kelihatan muda tanpa tanda-tanda penuaan, malah badan juga akan menjadi ringan dan lebih bertenaga. InsyaAllah akan diteruskan pengambilan Women Love. 

Jadi, tunggu apa lagi? Jom, sama-sama kita sayangi diri dengan Women Love, produk keluaran Mamadil. Cubalah hari ini, korang pasti tidak akan mahu menjadi diri orang lain lagi selepas menggunakan produk Woman Love.


Dapatkan WOMEN LOVE (WL) dengan harga RM 148.00 RM 140.00
Klik → https://mamadil.com.my/product/mamadil-wl/


Untuk maklumat lanjut :

Website : https://mamadil.com.my/
Instagram : Mamadil Official Store
Facebook : https://www.facebook.com/MamadilMy


Assalamualaikum
Bismillah

klik banner untuk join

Sebab ingin disenarai dalam bloglist Eza :

1. Pertama sekali of course nak support Eza sebagai seorang blogger. If I'm not mistaken Eza ni pun dah lama juga berblog cuma tak aktif dan kini nak aktif kembali dengan wajah blog yang baru. 

2. Nak jadikan bahan untuk buat entri sebab kebelakangan ini tiada idea sangat nak tulis apa kat blog hehe. Nak capai target 200 entri tahun ni haha~

3. Eza ni boleh dikatakan sangat rajin bertanya. Jadi aku memang suka sangat dengan semangat Eza. Lagipun memang tak rugi tau follow sebab setiap entri yang Eza tulis sangat menarik. Aku memang suka sangat.

Marilah kita sama-sama support blog Eza ya~



Lirik Lagu Pasrah - Damia

Berapa lama harusku menderita
Sedangkan engkau disirami bahagia
Sukarnya untukmu setia padaku

Mudahnya engkau melupakan semua
Semua janji waktu kita bersama
Tibalah masanya aku mengalah

Puisi indah kini tinggal kenangan
Ikatan cinta yang penuh kedukaan
Sayunya hatiku melepaskanmu

Berat bagiku untuk melupakanmu
Apakan daya takkanku nak merayu
Inilah masanya ku nokhtahkan nya

Aku berserah
Jika ditakdir untuk tidak bersama
Kerana ku mahu dirimu bahagia
Bersama dirinya

Dan aku pasrah
Jika diriku untuk tidak bahagia
Pergilah kau sayangku
Pergilah kau kasihku bersamanya

Aku berserah
Jika ditakdir untuk tidak bersama
Kerana ku mahu dirimu bahagia
Bersama dirinya

Dan aku pasrah
Jika diriku untuk tidak bahagia
Pergilah kau sayangku
Pergilah kau kasihku bersamanya


Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku dan Akim telah membuat aktiviti yang sangat mudah iaitu aktiviti mewarna. Aktiviti mewarna merupakan salah satu aktiviti yang sangat disukai oleh semua kanak-kanak kerana ia dapat memberi ketenangan dan aura yang harmoni untuk kanak-kanak berimaginasi. 


Ibu bapa boleh dapatkan beberapa buku lukisan yang dijual di pasaran. Untuk menjimatkan masa dan wang, sekarang ibu bapa boleh dapatkan lukisan di internet. Antara website yang menyediakan lukisan mewarna serta worksheet yang lain adalah seperti :

1. http://www.coloring.ws/coloring.html
2. http://activities.raisingourkids.com
3. https://www.surfnetkids.com

Antara beberapa manfaat yang diperoleh dengan melakukan aktiviti ini :

Kemahiran Motor Halus
Aktiviti mewarna dapat membantu kanak-kanak dalam genggaman (finger grip) kerana ia memberi latihan secara tidak langsung supaya kanak-kanak dapat memegang pensel warna atau berus warna dengan betul. 

Meningkatkan Fokus Anak
Aktiviti mewarna juga mampu membuatkan anak kita lebih fokus kerana sewaktu mewarna anak-anak akan berfikir warna apa yang ingin digunakan, padanan warna, cantik ke tidak. Ini akan menggalakan anak-anak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Tahap konsentrasi anak berkembang secara berperingkat dengan sentiasa melakukan aktiviti ini.


Mengenal Warna 
Aktivti mewarna dapat membantu dalam proses kanak-kanak mengenal jenis-jenis warna. Penggunaan warna yang pelbagai juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar kombinasi warna serta perubahan warna. Sebagai contoh, warna biru dicampur dengan warna kuning akan berubah menjadi warna hijau.


Koordinasi Tangan dan Mata
Pada usia awal kanak-kanak, amat sukar untuk mereka mewarna mengikut garisan. Pasti ada sahaja warna yang terkeluar daripada lukisan. It's okay. Mewarna dapat meningkatkan tahap koordinasi tangan dan mata apabila kanak-kanak berjaya mewarna di bahagian dalam lukisan. Staying inside the lines takes considerable skill and when they master it they gain a sense of pride and achievement.

Kreatif dan Imaginatif
Mewarna melibatkan aktiviti berfikir secara lebih kreatif dan imaginatif. Ini kerana kanak-kanak akan berfikir apa warna yang sepatutnya digunakan untuk warna pelangi? Adakah warna ini sesuai dengan lukisan tersebut dan sebagainya. Biarkan mereka memilih warna yang disukai. Tidak semestinya pokok kena sentiasa warna hijau kerana pada tahap ini kanak-kanak lebih berfikir secara abstrak bukan logik. 



Apapun semoga aktiviti ini memberi bermanfaat dan mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak anda. Mungkin korang boleh kongsikan aktiviti yang sering dilakukan bersama anak di ruangan komen. Aku pun berminat nak tahu juga :D



Lirik Lagu Ku Tak Rela - Danial Zaini (OST Ryan Aralyn)

Musnah sudah akhir cinta kita 
Tak sangggup ku bayangkan 
Berat ku melepas dirimu 

Ku ikhlaskan engkau pergi 
Bersama dirinya kerana orang tuamu 
Tak ingin kita bersatu 

Walaupun sakit sungguh sakit 
Hatiku melepaskanmu 

Yang tak ku relakan kau tak bahagia
Bersama dirinya kau jadi sengsara 
Ku yang memujamu tak pernah 
Terfikir tuk menyakitimu 

Dan aku sesalkan kau bersamanya 
Tapi tak bahagia dan penuh kecewa 
Ku yang mencintaimu merintih 
Menangis rasakan pedihmu

KU TAK RELA

Ku ikhlaskan engkau pergi 
Bersama dirinya kerana orang tuamu 
Tak ingin kita bersatu 

Walaupun sakit sungguh sakit 
Hatiku melepaskanmu 

Yang tak ku relakan kau tak bahagia
Bersama dirinya kau jadi sengsara 
Ku yang memujamu tak pernah 
Terfikir tuk menyakitimu 

Dan aku sesalkan kau bersamanya 
Tapi tak bahagia dan penuh kecewa 
Ku yang mencintaimu merintih 
Menangis rasakan pedihmu

KU TAK RELA



Assalamualaikum
Bismillah

Segmen Digital Arts Giveaway

Klik banner untuk join. 


Anda suka sekiranya gambar anda dilukis dan menjadi digital?
Tak tahu mana nak cari orang untuk lukis?
Nah...jom order dengan cik Cuya kita.
Harga serendah RM6 sahaja untuk seorang!

Whatsapp ke www.wasap.my/60135800776 



Giveaway berlangsung dari 5 DIS 2020 - 5 JAN 2021

Assalamualaikum
Bismillah

Allah hantarkan seseorang pasti bersebab bukan kebetulan

Hari ini kita cerita santai sedikit ya. Teringin nak berkongsi cerita apa yang jadi hari ini. InsyaAllah boleh dijadikan pengajaran juga. 

Nak tanya korang lah kan. Pernah tak niat atau terfikir nak buat sesuatu. Contohnya bulan ni nak sedekah lebih sikit. Ataupun hari ini aku nak tolong orang. Mungkin juga terfikir nak bagi makanan kat jiran. Tetapi apa yang korang niatkan itu tak pernah dilaksanakan.

Akhirnya apa yang korang nak buat tu korang tangguh atau tak terbuat langsung. Dipendekkan cerita, hari ini ada seorang nenek ini datang ke rumah bawa plastik yang besar berisi nescafe paket. Katanya dia jual nescafe RM2.00 untuk 5 paket. 

Korang nak tahu, masa tu kan tiba-tiba saja terlintas di fikiran aku "Di rumah ini dah ada nescafe pun, buat apa nak beli". Maksud aku, bukan tak perlu, tetapi dah cukup juga. 

Entah macam mana dalam masa beberapa saat teringat "Allah hantarkan seseorang pasti bersebab". Aku imbas kembali post aku di facebook hari tu. 

Tiada yang kebetulan dalam hidup

Pangg! terasa terpukul di pipi apabila teringat dengan post sendiri. Aku pun belilah nescafe tu since aku pun memang suka minum nescafe juga. 

Dan sebab lain juga mungkin nenek tu betul-betul perlukan duit atau dalam kesusahan, kalau tak dia takkan datang rumah ke rumah semata-mata nak jual nescafe. Dan ada banyak sebab lagi aku belajar daripada pertemuan aku dengan nenek tu. 

Pengajaran daripada perkongsian ini adalah :

1. Jangan pernah bertangguh kalau nak buat sesuatu kebaikan. 

ALLAH hadirkan nenek itu mungkin untuk beri peluang kepada aku untuk laksanakan apa yang pernah aku niatkan sebelum ini. Peluang dah ada depan mata, nak atau tak nak saja. Andai saja aku tangguhkan aku pasti akan menyesal dan serba salah. 

Jangan pernah bertangguh kalau nak buat sesuatu kebaikan.

Bukan senang sebenarnya Allah nak bagi peluang buat baik. Lagi pula Allah yang izin untuk tunjuk pada aku, ada orang dalam kesulitan. Bukan kebetulan untuk tiba-tiba dapat pandang situasi tersebut. Ya, peluang yang bukan saja-saja Allah bagi. 

2. Kita akan diuji dengan apa yang kita tulis atau tuturkan. 

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (As-Saf: 2-3)

Bukan sekali tapi sebenarnya dah berkali-kali aku rasakan perkara ni. Apabila aku menyarankan satu-satu perkara baik melalui tulisan, terasa Allah semacam uji aku sama ada aku sendiri mampu buat perkara itu atau tidak. 

Kita akan diuji dengan apa yang kita tulis atau tuturkan.

Oleh sebab itulah aku terlalu berhati-hati untuk menulis atau berkata-kata. Sebaiknya tulislah yang baik-baik agar yang baik-baik itu juga akan berbalik kepada kita. 

3. Setiap saat manusia akan diuji dengan hawa nafsu & bisikan syaitan. 

Jangan pernah main-main dengan bisikan hati kita seperti sangkaan buruk, riak, takbur, sombong dan lain-lain. Sifat mazmumah inilah yang suatu hari nanti akan menjerumuskan diri ke dalam api neraka. 

Setiap saat manusia akan diuji dengan hawa nafsu & bisikan syaitan


Dalam Surah Al-Israa', ayat 63 -64. Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

Sampai begitu sekali syaitan mengoda manusia. Oleh sebab itulah apabila kita dihasut oleh hasutan syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Seiring dengan peredaran zaman, iblis dan syaitan juga semakin maju guys dalam usaha untuk menyesatkan manusia. Banyak kaedah licik yang digunakan sehingga kadang kita tidak sedar pun kita berada dalam kesesatan.

Kadang sengaja mengambil masa yang lama, sedikit demi sedikit sehingga akhirnya kita menyangkakan apa yang kita fikirkan adalah benar dan bukannya dari syaitan. 

Alhamdulillaahil-ladzii bini’matihi tatimmush-saalihaat. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh  menjadi sempurna. Semoga perkongsian kecil ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. 

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman Utama

VIEWS BLOG SINCE 2015

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Catatan

  • ►  2021 (11)
    • ►  Januari 2021 (11)
  • ▼  2020 (162)
    • ▼  Disember 2020 (19)
      • 10 Faedah untuk Perniagaan anda di Malaysia Jika P...
      • Cara Memohon i-Sinar Online KWSP Bagi Permohonan K...
      • Kenali apa itu Matcha dan Di Mana Boleh Dapatkannya!
      • Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting
      • Cabaran 15 Hari | Sumber inspirasi ketika berblog
      • Cabaran 15 Hari | Gambar Terbaru & Fakta Tentang Anda
      • Cabaran 15 Hari Menulis Blog
      • Jom Join "Mini Giveaway Acrylic Painting by Ema"
      • Cara Hentikan Penghantaran eStatement CIMB Bank ke...
      • Mamadil Women Love Untuk Kesihatan Dalaman & Luara...
      • SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM
      • Lirik Lagu Pasrah - Damia
      • Aktiviti Mewarna Merangsang Kreativiti Anak
      • Lirik Lagu Ku Tak Rela - Danial Zaini (OST Ryan Ar...
      • Segmen Digital Arts Giveaway
      • ALLAH Hantarkan Seseorang Pasti Bersebab Bukan Keb...
      • Cara Dapatkan Bank Statement RHB Bank Secara Online
      • Cara Renew Domain Blog Di NetKL | siinurul.com
      • Resepi Kuih Piang Inti Kacang Hitam
    • ►  November 2020 (16)
    • ►  Oktober 2020 (15)
    • ►  September 2020 (8)
    • ►  Ogos 2020 (8)
    • ►  Julai 2020 (6)
    • ►  Jun 2020 (11)
    • ►  Mei 2020 (26)
    • ►  April 2020 (21)
    • ►  Mac 2020 (16)
    • ►  Februari 2020 (7)
    • ►  Januari 2020 (9)
  • ►  2019 (121)
    • ►  Disember 2019 (11)
    • ►  November 2019 (10)
    • ►  Oktober 2019 (16)
    • ►  September 2019 (10)
    • ►  Ogos 2019 (16)
    • ►  Julai 2019 (20)
    • ►  Jun 2019 (11)
    • ►  Mei 2019 (13)
    • ►  April 2019 (3)
    • ►  Mac 2019 (6)
    • ►  Februari 2019 (4)
    • ►  Januari 2019 (1)
  • ►  2018 (78)
    • ►  Disember 2018 (2)
    • ►  Oktober 2018 (6)
    • ►  September 2018 (7)
    • ►  Ogos 2018 (2)
    • ►  Julai 2018 (7)
    • ►  Jun 2018 (5)
    • ►  Mei 2018 (9)
    • ►  April 2018 (12)
    • ►  Mac 2018 (10)
    • ►  Februari 2018 (7)
    • ►  Januari 2018 (11)
  • ►  2017 (49)
    • ►  Disember 2017 (5)
    • ►  November 2017 (2)
    • ►  Oktober 2017 (4)
    • ►  September 2017 (6)
    • ►  Ogos 2017 (9)
    • ►  Julai 2017 (4)
    • ►  Jun 2017 (10)
    • ►  Mei 2017 (2)
    • ►  April 2017 (4)
    • ►  Mac 2017 (1)
    • ►  Februari 2017 (1)
    • ►  Januari 2017 (1)

Followers

Labels

Advertorial Aktiviti Bermain Al-Quran & Surah Aplikasi Buat Duit ASB Berita Blogging Blogging Challenge Buku Cimb Clicks Covid-19 DIY Facebook Foodpanda Google Adsense Infomasi Innity Inspirasi Islam & Doa JOMPAY K-Clique Kecantikan kerjaya Kesihatan Kolaborasi KWSP Lagu Nasyid Lagu Sabahan Lirik Lagu Personal Poem & Quotes Printcious Psikologi PTPTN Resepi Resepi Biskut Raya Review Review Blog Sample Percuma Segmen & Giveaway Semakan Online SESB SGShop SPA8 SPA9 SPP Study SushiVid Tempat Makan Best Tempat Menarik di Malaysia Tempat Menarik di Sabah Tips & Tutorial Tips Cinta Tips Kahwin Tips Temuduga Traveloka
Dikuasakan oleh Blogger.

Follow by Email

POPULAR POSTS

  • Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks
  • Resepi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan
  • Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP
  • Blog Bertukar Domain | siinurul.com
  • Cara Semak Bil Elektrik (SESB) Paling Mudah Masukkan Kod Sahaja

SPONSOR

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template