Aktiviti Mewarna Merangsang Kreativiti Anak

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku dan Akim telah membuat aktiviti yang sangat mudah iaitu aktiviti mewarna. Aktiviti mewarna merupakan salah satu aktiviti yang sangat disukai oleh semua kanak-kanak.

Aktiviti mewarna dapat memberi ketenangan dan aura yang harmoni untuk kanak-kanak berimaginasi. 

Aktiviti Mewarna Merangsang Kreativiti Anak

Ibu bapa boleh dapatkan beberapa buku lukisan yang dijual di pasaran. Untuk menjimatkan masa dan wang, sekarang ibu bapa boleh dapatkan lukisan di internet. Antara website yang menyediakan lukisan mewarna serta worksheet yang lain adalah seperti :


Aktiviti Mewarna Merangsang Kreativiti Anak

Antara beberapa manfaat yang diperoleh dengan melakukan aktiviti ini :

Kemahiran Motor Halus

Aktiviti mewarna dapat membantu kanak-kanak dalam genggaman (finger grip) kerana ia memberi latihan secara tidak langsung supaya kanak-kanak dapat memegang pensel warna atau berus warna dengan betul. 

Meningkatkan Fokus Anak

Aktiviti mewarna juga mampu membuatkan anak kita lebih fokus kerana sewaktu mewarna anak-anak akan berfikir warna apa yang ingin digunakan, padanan warna, cantik ke tidak. 

Ini akan menggalakan anak-anak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Tahap konsentrasi anak berkembang secara berperingkat dengan sentiasa melakukan aktiviti ini.

Aktiviti Mewarna meningkatkan fokus anak

Mengenal Warna 

Aktivti mewarna dapat membantu dalam proses kanak-kanak mengenal jenis-jenis warna. 

Penggunaan warna yang pelbagai juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar kombinasi warna serta perubahan warna. 

Sebagai contoh, warna biru dicampur dengan warna kuning akan berubah menjadi warna hijau.

Aktiviti Mewarna Belajar Mengenal Warna

Koordinasi Tangan dan Mata

Pada usia awal kanak-kanak, amat sukar untuk mereka mewarna mengikut garisan. Pasti ada sahaja warna yang terkeluar daripada lukisan. It's okay. 

Mewarna dapat meningkatkan tahap koordinasi tangan dan mata apabila kanak-kanak berjaya mewarna di bahagian dalam lukisan. 

Staying inside the lines takes considerable skill and when they master it they gain a sense of pride and achievement.

Kreatif dan Imaginatif

Mewarna melibatkan aktiviti berfikir secara lebih kreatif dan imaginatif. Ini kerana kanak-kanak akan berfikir apa warna yang sepatutnya digunakan untuk warna pelangi? 

Adakah warna ini sesuai dengan lukisan tersebut dan sebagainya. Biarkan mereka memilih warna yang disukai. 

Tidak semestinya pokok kena sentiasa warna hijau kerana pada tahap ini kanak-kanak lebih berfikir secara abstrak bukan logik. 


Mewarna dapat meningkatkan tahap koordinasi tangan dan mata

Apapun semoga aktiviti ini memberi bermanfaat dan mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak anda. Mungkin korang boleh kongsikan aktiviti yang sering dilakukan bersama anak di ruangan komen. Aku pun berminat nak tahu juga :D