Cara Hentikan Penghantaran eStatement CIMB Bank ke Alamat Rumah Anda

3
Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya dah beberapa kali juga aku terima email dari pembaca tentang macam mana nak hentikan penghantaran penyata bank (estatement) ke alamat korang. Ada sesetengah bank seperti Hong Leong bank dah mansuhkan penyata bank fizikal. 

Aku pun tak tahu juga pasal penyata bank fizikal ni. Mujurlah ada pembaca yang komen dan bertanya macam mana nak hentikan penghantaran penyata bank fizikal ini ke alamat rumah. Seganlah kan kalau orang nampak aliran tunai keluar masuk akaun kita. Lagipun maklumat peribadi kot. 

Alhamdulillah yang mempunyai masalah seperti ini korang boleh ikut langkah di bawah ya.

Cara Hentikan Penghantaran eStatement CIMB Bank

Cara Hentikan Penghantaran eStatement CIMB Bank 


1. Korang login CIMBClicks macam biasa.

2. Pilih SERVICES dan klik STOP / RESUME PAPER STATEMENT (Rujuk gambar di bawah ya)

Cara Hentikan Penghantaran eStatement CIMB Bank

3. Pada bahagian Manage eStatement korang pilih penyata akaun yang mana korang mahu hentikan penghantaran ke alamat. 


Cara Hentikan Penghantaran eStatement CIMB Bank

Jangan lupa baca dulu tau declaration tersebut sebelum bersetuju. Pastikan korang faham betul-betul. 

  • Saya/Kami bersetuju untuk melihat dan memuat turun e-Penyata di pautan CIMB Clicks sedia ada : http://www.cimbclicks.com.my

  • Saya/Kami menentusahkan dan bersetuju bahawa akaun yang telah dipilih bagi perkhidmatan ini adalah untuk dilihat dan dimuat turun sebagai e-Penyata dan pihak CIMB berhak untuk memberhentikan penyata fizikal milik saya/kami. Walaubagaimanapun, jika saya/kami memilih untuk menerima penyata fizikal semula , saya / kami menentusahkan untuk mengaktifkan semula permintaan penyata fizikal.

  • Saya/Kami bersetuju sebarang penukaran ke atas kaedah penyata hanya akan berkuatkuasa mulai tarikh penyata akaun seterusnya. 

4. Klik Accept untuk terma dan syarat. Dan klik I Agree & Confirm.


Semoga entri ini bermanfaat. Aku doakan semoga urusan korang dipermudahkan selalu. InsyaAllah, aamiin.


Artikel yang berkaitan :

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. alhamdulillah memang da stop da hnatar ni.. better stop la kadang2 macam2 maklumat ada dalam tu.. kebetulan masa p bank depa ada tanya nak stop ke x.. so terus on jela time tu..

    BalasPadam
  2. betul ! sbb now dah dpt emel kan buat apa lagi nak hantar surat kerumah....

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !