Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Cara Memohon i-Sinar Online KWSP Bagi Permohonan Kategori 1

Sii Nurul
2
Assalamualaikum
Bismillah

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Kriteria dan kelayakan untuk memohon i-Sinar terbahagi kepada 2 kategori seperti di bawah:

Bila dan bagaimanakah cara untuk memohon i-Sinar?

  • Kategori 1, boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
  • Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Sebelum memohon i-Sinar Online, Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
  • Masih aktif
  • Milik anda
  • Bukan Akaun Bersama (Joint Account)

Cara Memohon i-Sinar Online KWSP Bagi Permohonan Kategori 1


1. Pertama sekali korang pergi ke web https://isinar.kwsp.gov.my/

2. Masukkan NO IC dan No Telefon. KOD TAC / OTP akan dihantar ke nombor telefon korang. So pastikan daftar i-akaun dulu ya.


3. Masukkan kod OTP tersebut. 

Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1). Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000. 

Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki bayaran bulan terakhir dengan amaun bayaran minimum RM50) dan dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.


4. Pada bahagian AMAUN PILIHAN (RM) korang boleh gerakkan ke kiri atau ke kanan untuk pilih akaun berapa korang nak keluarkan. Minimun adalah sebanyak RM50 sehingga RM 10,000 (maksimum).

5. Pada bahagian MAKLUMAT PEMOHON sila isi details di bawah (Ada yang dah terisi, so korang kena semak betul-betul adakah maklumat tersebut betul atau tidak).


Maklumat yang diperlukan adalah :

1. Nama penuh
2. No IC / MyKAD / MyPR
3. Alamat email (contoh : bloginspirasi@gmail.com) - Untuk pengesahan permohonan
4. No Telefon (Aktif)
5. Alamat surat menyurat
6. Amaun pilihan
7. Nama bank & Nombor Akaun Bank 


6. Pada bahagian PENGESAHAN PERMOHONAN, semak kembali maklumat korang ya. Jangan ada yang tercicir atau tersalah isi pula.


7. Jangan lupa baca perakuan pemohon. Tandakan petak kecil ( / ) untuk pengesahan dan recapcha tersebut. Then klik HANTAR. 

Alhamdulillah, pemohonan telah diterima. Boleh semak pada 4 Januari 2021. 


Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar akan dibuat?

  • Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

  • Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

  • Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Adakah perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?

  • Anda tidak perlu membayar semula.

Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah memohon i-Sinar?

  • Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.

Semoga bermanfaat~

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write