Rutin Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa [Blog Cara Sii Nurul]

19
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, begitu cepatnya masa berlalu sehingga tak sedar rupanya dah masuk setahun aku jadi blogger sepenuh masa. Siapa yang bercita-cita untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya ini adalah antara rutin yang aku buat setiap hari. 

Sebelum tu, korang nak tahu tak, aku habiskan masa 5 hari untuk siapkan entri ini. Setiap perenggan aku buat hampir 2 - 3 jam. Hahahaha~ Tulis dengan penuh perasaan gitu. Semoga tulisan kali ini sampai ke hati hehe. 


Baiklah, jom kita lihat apakah rutin harian aku sebagai blogger sepenuh masa. Let's start!

1. Banyakkan Membaca Untuk Dapatkan Idea Menulis

Sebagai seorang blogger kenalah rajinkan diri membaca pelbagai jenis bahan bacaan samada melalui bahan cetakan ataupun media elektronik. Terpulang dari korang nak baca topik apa sekalipun. Politik, hiburan, isu semasa, resepi dan lain-lain. 

Sekarang ini semuanya di hujung jari. Nak baca berita boleh baca di facebook. Google sahaja apa yang korang nak tahu pak google dah tolong bagi jawapan. Padahal yang menulis kebanyakkan di google tu pun blogger juga. Hehe


Nak dapatkan idea, wajib membaca. Membaca bukan sahaja dapat menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang. Bagi aku apabila banyak membaca semakin banyak benda yang dipelajari dan semakin banyak perkara yang boleh kita fahami. 

Apabila banyak membaca nak menulis pun senang sebab idea datang mencurah-curah. Kadang sampai tak berhenti ditambah lagi dengan mood menulis yang tengah baik masa tu. 

Membaca juga dapat meningkatkan kekuatan memori dan merupakan senaman minda kerana sel-sel dalam otak akan aktif dan membuatkan minda menjadi lebih sihat. 

Membaca juga boleh melatih diri untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan meningkatkan kreativiti, meningkatkan kemahiran tata bahasa dan membantu cara berkomunikasi dengan lebih baik dan teratur.

2. Catat Apa Yang Anda Baca

Sebelum menulis entri, perkara yang paling penting sekali bagi aku adalah mencatat point penting untuk dijadikan idea selepas membaca. Aku memang tak bolehlah tak catat. Nanti aku lupa. Write things down. Your mind might be sharp but that won't last forever. Get in the habit of writing them down. 

Biasanya apabila membaca sesuatu aku akan sediakan nota, kertas, sticky note ataupun terus catat di phone. Bukan itu sahaja, aku tengok youtube pun aku catat maklumat penting. 

Cara-Cara Mencatat Nota :

1. Cari topik yang mahu di bacaMisalnya untuk menulis entri tentang rutin harian blogger, aku akan fokus baca topik tentang "blogging" sahaja. Jadi di sini aku akan lebih fokus untuk menulis dan tidak lari daripada topik asal. 

Sebab itu kadang-kadang ada orang apabila menulis entri, dia pandai hilang fokus dan mulalah tulis benda yang tak penting. Tajuk tentang rutin harian blogger tetapi banyak cerita tentang aktiviti memasak di rumah. Kan dah lari tajuk sebab syok sendiri hehe.

2. Di mana nak dapatkan info? - Boleh cari di google, blogger lain, linkedin, facebook, pinterest, quora, twitter dan banyak sangat maklumat yang kita boleh peroleh secara online. Kalau ada buku pasal blogging lagi bagus. 

3. Catat keywords penting sahaja - Kena faham rutin harian blogger tu yang macam mana? Rutin harian blogger sepenuh masa mungkin tak sama dengan part-time. Tajuk memainkan peranan yang sangat penting kerana tajuk mewakili konten keseluruhan entri. 

Jadi dalam Rutian Harian Seorang Seorang Blogger Sepenuh Masa ini aku tulis tentang rutin harian aku bukan orang lain. 

Oleh itu, cara aku lepas baca aku terus catat supaya aku boleh hasilkan entri yang berkualiti, mudah untuk difahami dan berbeza dari yang lain. 


3. Menulis Entri Berkualiti / SEO 

Point ini tidak kiranya korang blogger sepenuh masa ataupun separuh masa menulis entri adalah aktiviti wajib sekali. Tiada orang lain yang jadi blogger tapi tidak menulis. Tulislah entri yang bermanfaat di blog. 

Aku bukannya mahir sangat bab SEO ini. Ada juga beberapa orang yang bertanya macam mana menulis mengikut gaya SEO. Susah sebenarnya nak terangkan. Cuma apabila dah jadi blogger sepenuh masa sangatlah penting untuk menulis entri yang unik dan berkualiti apatah lagi ditambah dengan SEO menjadikan entri tersebut mudah berada di halaman pertama google. 



Semakin banyak entri yang berada di halaman pertama maka trafik blog juga akan meningkat. Walaupun korang tak update blog setiap hari namun setiap hari akan ada sahaja pengunjung yang datang ke blog korang.


4. Melakukan Aktiviti Blogwalking

Aktiviti blogwalking merupakan aktiviti wajib bagi seorang blogger. Walaupun mungkin aku tak update entri untuk hari ini tetapi setiap hari aku pasti blogwalking di blog orang lain. 

Cuma ada blogger dia blogwalking tapi jadi silent reader sahaja. (Aku kategori yang ini). Ada yang rajin sangat-sangat tinggalkan komen. Aku memang respect dengan blogger yang rajin komen ni. 


Lagi-lagi kalau ada blogger yang setiap bulan buat giveaway, segmen atau bagi hadiah kepada komentator memang beruntung lah siapa yang rajin sangat komen tu. Tidak kiralah korang blogger baru atau lama aktiviti blogwalking ini merupakan amalan yang sangat digalakkan.

Kenapa wajib blogwalking?

1. Untuk dapatkan idea menulis.
2. Nak tahu info dan cerita menarik dari blogger lain.
3. Mengeratkan hubungan sesama blogger
4. Tingkatkan trafik blog 
5. Mempromosikan blog kita
6. Backlink - semakin banyak backlink yang kita terima semakin popular blog kita.


5. Berkongsi Artikel / Promosikan Blog 

Dah penat menulis sudah tentulah kena kongsi artikel yang aku tulis kepada umum (pembaca). Nak menulis dan publish di blog itu mudah sahaja yang menjadi sukar adalah bagaimana mahu menarik orang untuk baca artikel ini. 

Harapkan orang yang datang baca artikel blog kita sebaik sahaja publish memang susahlah. Melainkan anda memang seorang yang popular dan ramai followers. Jangan risau aku juga bukan blogger yang popular atau ramai followers tetapi aku berjaya juga tarik trafik yang tinggi ke blog ini. 

Caranya adalah dengan belajar teknik SEO dengan betul, cuba buat analisis keyword apa yang popular, tulis entri evergreen dan banyak lagi. Nak tahu dengan lebih mendalam joinlah TEAM BITE MEDIA CONSULTANT. Korang akan belajar dari zero to hero semua tentang blog. 

4. Jana Pendapatan Pasif 

Apabila dah jadi blogger sepenuh masa aku sentiasa bertanya kepada diri  "apa entri yang aku nak tulis untuk pembaca?". Berbeza sangat menulis sekadar untuk mengisi masa lapang. Dah namanya blogger sepenuh masa jadi kenalah ada hasil kan. 

Tak boleh nak samakan part-time blogger yang menulis sebab hobi (kepuasan) dengan fulltime blogger yang menulis sebab kepuasan dan income. Ramai sangat dah aku jumpa blogger yang kata "Aku menulis bukan sebab nak income". 

Iya memang betul sebab anda mungkin hanyalah part-time blogger dan mempunyai pekerjaan di luar sana ataupun anda tidak bekerja tetapi ada yang bagi anda duit setiap bulan. So setiap orang berblog dengan sebab yang berbeza. Sedangkan aku hanya mengharap sepenuhnya duit daripada blog untuk teruskan kehidupan dan buat belanja keluarga. Sekurang-kurangnya aku tidaklah menganggur dan berharap ibu bapa sahaja. 

Sebelum ini apabila menulis kerana hobi ataupun suka-suka aku tak kisah pun kalau blog ini tidak berupdate berbulan. Apabila dah ada komitmen dengan blog, aku bukan sahaja tulis sebab aku suka menulis tetapi aku mestilah ada target pageviews sebulan berapa dan berapa target income adsense atau berapa job menulis aku dapat aku untuk bulan ini. 




Pokoknya, sesiapa yang menjadikan blog sebagai kerjaya kenalah ada hasil (income daripada berblog). Cara jana pendapatan pasif melalui blog ialah melalui affiliate, servis menulis, pemasangan template, google adsense & innity, paid review, ghostwriter dan banyak lagi. 


Cuma setakat ini aku hanya fokus sepenuhnya income daripada Google Adsense & Innity sahaja. Selebihnya kalau ada rezeki dapatlah job menulis 2 - 3 dalam sebulan. Jujurlah guys, ambil masa berbulan-bulan juga tau nak capai 100USD tu. Nak capai 3.50USD sehari pun Ya Allah memang payah sangat. 

Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya maintain income 5USD - 10USD sehari. Dan usaha untuk stabilkan lagi. Asalkan dapat 100USD pun dah kira bersyukur sangat. 



5. Tambah Ilmu Blogging & Praktikkan

Setiap hari aku akan baca tips-tips blogging. Hal ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang blog dengan lebih mendalam. Yang mana panduan sesuai dengan blog aku akan cuba aplikasikan terus di blog. Try and error. 

Yang mana berjaya aku akan catat sebagai pengalaman aku untuk aku kongsikan dengan korang. Yang tidak berjaya aku akan cari punca kenapa tidak berjaya. Jadi bolehlah buat bahan untuk menulis entri kan. 

Oleh sebab itulah aku susah nak kongsi dengan korang tentang tips-tips blog sebab aku sendiri juga masih dalam proses belajar dan belajar lagi. Aku boleh saja sebenarnya kongsi tips blog cuma aku inginkan sedikit kelainan. 

Aku suka berkongsi pengalaman macam mana aku boleh dapatkan trafik 10 ribu sehari. Aku mahu kongsi dengan korang macam mana aku boleh dapat maintain income adsense setiap bulan. 

Aku mahu cerita dengan korang macam mana blogger baru boleh berjaya juga dalam masa setahun. InsyaAllah aku akan kongsikan juga semuanya. 

6. Sentiasa Update Media Sosial 

Kalau sesiapa yang follow aku di media sosial seperti Facebook, FBPage, Instagram, LinkedIn dan Telegram korang akan perasan yang aku sangat rajin post. Kebanyakkan trafik datang daripada media sosial. Jadi rajinkan diri untuk selalu post di media sosial.

Kalau link blog korang kena block di facebook cuba cari alternatif lain untuk share samada di LinkedIn, Twitter, Pinterest ataupun Telegram. Kalau nak sesuatu kita kena usaha. Kalau nak income tinggi kena kerja keras. Kena kerja 2x ganda dari orang lain. Nak pageviews tinggi kena usaha lagi dan lagi. 

Bacalah tips banyak mana pun kalau tiada usaha tetap tiada perubahan. Aku dah kenal ramai blogger yang usaha dia 5x ganda dari aku dan tidak hairan juga income dan pageviews dia lebih banyak. 

So, tiada istilah dengki-mendengki antara blogger. Apapun rezeki semuanya datang dari Allah yang penting kita dah usaha. 

7. Balas Komen Pembaca 

Selain blogwalking, antara rutin harian aku adalah membalas komen pembaca. Setiap kali aku buka blog aku akan periksa siapa yang komen blog aku. 

Jadi blogger yang selalu komen tu aku akan terus blogwalking dan baca apa entri yang menarik. Cuma masalahnya aku jarang komen balik hahaha. 

Pertama sekali tujuan aku balas komen adalah sebagai tanda penghargaan kepada pembaca yang sudi baca dan tinggalkan komen di blog aku.  

Sebab kedua kalau ada persoalan yang ditanya oleh pembaca, mungkin dorang akan datang balik untuk tengok jawapan kepada komen dorang. Ini pendapat akulah. Setiap komen yang diberikan bagi aku merupakan tahap nilai dan respon pembaca ke atas sesuatu entri yang ditulis.

Cuma aku akan tetapkan masa dan hari untuk balas semua komen pembaca yang blogwalking. Apapun terpulang dengan korang. Inikan cara aku hehe.


Cuma dalam banyak entri, ada satu entri ni yang aku memang tak balas komen walaupun banyak sangat pertanyaan sebab melibatkan perhubungan. Sedih tau baca komen-komen pembaca tapi nak buat macam mana kan, aku bukan pakar. 

8. Semak Email 

Rutin harian aku juga adalah semak email setiap hari. Setiap hari ada sahaja email yang aku dapat berupa pertanyaan berkenaan beberapa artikel yang aku pernah publish di blog. Dan email yang blogger selalu nanti-nantikan adalah email untuk job menulis. 




Baiklah, cukuplah itu sahaja rutin harian aku sebagai blogger sepenuh masa. Penat sudah mahu fikir ni apa yang mahu ditambah. Hahaha

Semoga bermanfaat. 


Catat Ulasan

19Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. wah hebat..semoga terus sukses dalam dunia blogging :)

    BalasPadam
  2. Teruskan menulis dari hati, InshaAllah akan success sebagai Blogger.

    BalasPadam
  3. semoga terus suskes.
    kak pip pun masih dalam fasa memperbaiki penulisan blog.
    banyak lagi kena belajar.
    suka baca artikel Nurul.
    memberi semangat untuk berblogging.

    BalasPadam
  4. Tips terbaik Nurul! Semoga terus sukses. ^^

    BalasPadam
  5. Thank you sharing. Sis pun banyak jadi silent reader, tp hari ni sis komen ye. haha. Bab balas komen tu pun sama lah kita, biasa akan reply komen kalau komen berbentuk soalan.

    BalasPadam
  6. setuju, lakukan activity BW sbb ini yang buat org berkunjung ke blog kita juga kan :) keep posting tauuuuu :)

    BalasPadam
  7. Akak jumpa blog Nurul masa tengah search, "macamana nak bagi google adsense suka blog kita". :D Terima kasih atas tips-tips yang Nurul share.

    BalasPadam
  8. nak balas komen tu tak sempat lah sebab busy dengan kerja. Sekarang ni try jugak update sehaari satu entry tapi bw still tak sempat. Anyway congrats nurul!

    BalasPadam
  9. menariknyaa.. ilmu yang bermanfaat. memang kena ada ilmu nak buat apa2 pun. terima kasih kongsi..

    BalasPadam
  10. Great tips, Nurul! Keep blogging and creating smashing contents xx

    lenne | www.lennezulkiflly.com

    BalasPadam
  11. Perkongsian yang bermanfaat.. terima kasih kongsi

    BalasPadam
  12. WoW sangat hebat..subahanallah dapat saya rasakan keikhlasan nurul ni..saya rasa nak minta petua agar yakin di blog..hal adsent tu..blog wangkan..nak cuba tapi tak berapa yakin

    BalasPadam
  13. terima kasih.. nak tanya berapa masa sis ambil utk tulis 1 artikel seo? berapa jam masa menulis?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !