Bismillah
Alhamdulillah akhirnya aku tutup akaun twitter & linkedin.
Antara sebab aku buat keputusan untuk delete akaun tersebut kerana aku tidak aktif pun. Boleh dikatakan dalam setahun aku hanya buka 2-3 kali sahaja.
Pada mulanya aku memang nak fokus naikkan personal banding di linkedin. Tetapi sejak aku berkahwin tujuan aku berblog pun dah tak sama macam dulu. Sekarang aku lebih santai dan fokus dengan blog aku yang lain.
Salah satu cara nak naikkan personal branding adalah dengan membuat banyak akaun media sosial. Sekarang yang popular sudah tentulah instagram dan tiktok.
Ramai juga dalam kalangan blogger yang mula beralih ke digital creators.
Kalau macam aku yang lebih cenderung menulis berbanding buat video, aku rasa facebook, blog, telegram dan instagram pun dah cukup buat aku serabut. Mungkin disebabkan lemah dalam pengurusan media sosial kot.
Blog sendiri pun tak terjaga. Menulis pun tidak konsisten haha.
Lagi pula aku bukannya seorang yang suka ambil tahu apa yang trending di media sosial. Isu semasa yang viral memang bukanlah ke'minat'an aku. Dan aku juga kurang gemar menulis dan memberi ulasan apa yang terjadi terhadap isu-isu semasa sekarang.
Hal ini demikian kerana aku lebih memilih untuk baca, diam dan fokus dengan apa yang penting dalam kehidupan aku sahaja.
Terlalu banyak info yang berlegar di media sosial buat aku jadi pening dan banyak fikir benda yang tidak sepatutnya difikir. Kadang tak nak ambil tahu. Tetapi banyak sangat kongsi dan semua pun nak cerita benda yang sama.
Mujurlah facebook dan telegram aku selalu guna untuk perkongsian tentang blog. Kalau ikutkan hati nak delete sahaja semua akaun media sosial hahaha.
Tiada yang penting pun dengan entri kali ni. Just nak sembang santai.
twitter masih ada sbb nak dptkan news alert dgn cpt. linkedin tu hidup segan mati tak mahu sbb org2 dlm tu menulis ayat skema sahaja. x de yg santai2 pun...
BalasPadamSaya masih ada FB, baca berita sahaja disitu. Betul, banyak juga fokus pada keluarga.
BalasPadamSamalah kak net.. dua dua ni macam hidup segan mati tak mau. Nampaknya kak net tak reti-reti juga nak padam.. kiki
BalasPadamKalau bekerja dalam bidang swasta dan korporat, LinkedIn ni memang tempat networking yang sesuai. Macam saya ni pun jarang2 masuk LinkedIn sejak resign tahun lepas. Saya pun rasa mcm nak tutup akaun Twitter sebab tak aktif. FB walaupun tak aktif tapi sesekali jengok jugak mengikuti perkembangan semasa kawan2 dan saudara-mara yg aktif di FB.
BalasPadamaida masih setia dgn blog & fb. and tiktok tu khas utk tgk story org je. no personal updates. aida memang tak pernah aktif di media sosial. blog je. fb pun tak ber update. more to update wasap status saje, nurul.
BalasPadam