Renew Domain Blog siinurul.com Untuk 2 Tahun Lagi

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Blog siinurul.com dah masuk tahun ke-3 berdomain. Walaupun dah lama berblog, kalau dikira menggunakan domain rupanya baru 3 tahun. 

Untuk blog siinurul.com aku memang renew domain untuk 2 tahun sekaligus. Renew untuk setahun rasa singkat sangat masa tu. Aku kena fikirkan kos untuk berblog juga. 

renew domain blog

Perlu ke Beli Domain?

Semuanya bergantung dengan diri sendiri kenapa korang memilih untuk berdomain?

Ada yang memang menulis untuk suka-suka tetapi memilih untuk ada domain kerana blog senang untuk dikenali. 

Ada blogger memang tak jana pendapatan secara online, tetapi disebabkan nak blog mudah dikenali pembaca mereka memilih untuk beli domain. 

Tetapi sekiranya korang memilih sekadar untuk menulis tanpa menghiraukan trafik dan pembaca, maka tak berdomain pun tiada masalah.

Berbaloi ke menggunakan domain?

Pada pendapat aku domain blog sangat penting, khususnya kepada blogger yang menjana pendapatan secara online. Tidak kira melalui Google Adsense, review dan penulisan artikel. 

Selain itu juga blog yang berdomain lebih mudah untuk mendapat kedudukan di halaman carian. 

Bukan itu sahaja, kebanyakkan klien mencari blogger yang mempunyai domain. Hal ini demikian kerana blogger yang mempunyai domain nampak lebih serius dan profesional.

Sebenarnya kos untuk beli domain tidaklah mahal. Hanya RM50 setahun sahaja. Sebulan korang menabung RM10 dah boleh renew domain untuk 2 tahun.

For me really worth it! Apatah lagi sekiranya korang mempunyai pendapatan pasif.