Bismillah
Dah lama tak update blog sebab sekarang aku tengah bercuti di Sabah. Alhamdulillah 'ala kulli hal, semuanya dipermudahkan. Dah setahun di Pontian baru ada kesempatan untuk balik kampung halaman.
Banyak sangat nak cerita cuma nak habiskan masa sebaik-baiknya dengan family sebab aku dan suami tak lama pun bercuti di Sabah.
Memang sibuk sangat sebab kejap di Kota Kinabalu, kejap di Kudat. Biasalah selepas dah kahwin kena banyak ulang-alik dah walaupun family asalnya memang dari Kudat juga. Tetapi disebabkan dah lama menetap di Kota Kinabvalu, memang dah jadi orang KK.
Alhamdulillah syukur sangat kerana Allah permudahkan selanya buat kami. Dapat bercuti dengan family, pergi pantai, buat BBQ, jalan dengan adik-adik. Sebetulnya masih bercuti lagi.
Tetapi disebabkan rindu dengan blog, nak juga menaip sikit konon. Begitulah ceritanya.
Wahhh selamat bercuti..
BalasPadamSelamat bercuti Nurul.. memang ada ketikanya kena merehatkan minda dan mencari ketenangan di kampung halaman.
BalasPadamSelamat bercuti kak
BalasPadamSelamat bercuti. Kalau bersama keluarga, memang malas nak tengok fon atau komputer kan :)
BalasPadam