Padam Akaun Twitter & LinkedIn

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah akhirnya aku tutup akaun twitter & linkedin. 

Antara sebab aku buat keputusan untuk delete akaun tersebut kerana aku tidak aktif pun. Boleh dikatakan dalam setahun aku hanya buka 2-3 kali sahaja. 

Pada mulanya aku memang nak fokus naikkan personal banding di linkedin. Tetapi sejak aku berkahwin tujuan aku berblog pun dah tak sama macam dulu. Sekarang aku lebih santai dan fokus dengan blog aku yang lain.

Padam Akaun Twitter & LinkedIn

Salah satu cara nak naikkan personal branding adalah dengan membuat banyak akaun media sosial. Sekarang yang popular sudah tentulah instagram dan tiktok. 

Ramai juga dalam kalangan blogger yang mula beralih ke digital creators. 

Kalau macam aku yang lebih cenderung menulis berbanding buat video, aku rasa facebook, blog, telegram dan instagram pun dah cukup buat aku serabut. Mungkin disebabkan lemah dalam pengurusan media sosial kot.

Blog sendiri pun tak terjaga. Menulis pun tidak konsisten haha. 

Lagi pula aku bukannya seorang yang suka ambil tahu apa yang trending di media sosial. Isu semasa yang viral memang bukanlah ke'minat'an aku. Dan aku juga kurang gemar menulis dan memberi ulasan apa yang terjadi terhadap isu-isu semasa sekarang. 

Hal ini demikian kerana aku lebih memilih untuk baca, diam dan fokus dengan apa yang penting dalam kehidupan aku sahaja.

Terlalu banyak info yang berlegar di media sosial buat aku jadi pening dan banyak fikir benda yang tidak sepatutnya difikir. Kadang tak nak ambil tahu. Tetapi banyak sangat kongsi dan semua pun nak cerita benda yang sama. 

Mujurlah facebook dan telegram aku selalu guna untuk perkongsian tentang blog. Kalau ikutkan hati nak delete sahaja semua akaun media sosial hahaha.

Tiada yang penting pun dengan entri kali ni. Just nak sembang santai. 

Renew Domain Blog siinurul.com Untuk 2 Tahun Lagi

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Blog siinurul.com dah masuk tahun ke-3 berdomain. Walaupun dah lama berblog, kalau dikira menggunakan domain rupanya baru 3 tahun. 

Untuk blog siinurul.com aku memang renew domain untuk 2 tahun sekaligus. Renew untuk setahun rasa singkat sangat masa tu. Aku kena fikirkan kos untuk berblog juga. 

renew domain blog

Perlu ke Beli Domain?

Semuanya bergantung dengan diri sendiri kenapa korang memilih untuk berdomain?

Ada yang memang menulis untuk suka-suka tetapi memilih untuk ada domain kerana blog senang untuk dikenali. 

Ada blogger memang tak jana pendapatan secara online, tetapi disebabkan nak blog mudah dikenali pembaca mereka memilih untuk beli domain. 

Tetapi sekiranya korang memilih sekadar untuk menulis tanpa menghiraukan trafik dan pembaca, maka tak berdomain pun tiada masalah.

Berbaloi ke menggunakan domain?

Pada pendapat aku domain blog sangat penting, khususnya kepada blogger yang menjana pendapatan secara online. Tidak kira melalui Google Adsense, review dan penulisan artikel. 

Selain itu juga blog yang berdomain lebih mudah untuk mendapat kedudukan di halaman carian. 

Bukan itu sahaja, kebanyakkan klien mencari blogger yang mempunyai domain. Hal ini demikian kerana blogger yang mempunyai domain nampak lebih serius dan profesional.

Sebenarnya kos untuk beli domain tidaklah mahal. Hanya RM50 setahun sahaja. Sebulan korang menabung RM10 dah boleh renew domain untuk 2 tahun.

For me really worth it! Apatah lagi sekiranya korang mempunyai pendapatan pasif. 

Blog Bercuti 2 Minggu

Assalamualaikum
Bismillah

Dah lama tak update blog sebab sekarang aku tengah bercuti di Sabah. Alhamdulillah 'ala kulli hal, semuanya dipermudahkan. Dah setahun di Pontian baru ada kesempatan untuk balik kampung halaman.

Banyak sangat nak cerita cuma nak habiskan masa sebaik-baiknya dengan family sebab aku dan suami tak lama pun bercuti di Sabah. 

working on laptop

Memang sibuk sangat sebab kejap di Kota Kinabalu, kejap di Kudat. Biasalah selepas dah kahwin kena banyak ulang-alik dah walaupun family asalnya memang dari Kudat juga. Tetapi disebabkan dah lama menetap di Kota Kinabvalu, memang dah jadi orang KK.

Alhamdulillah syukur sangat kerana Allah permudahkan selanya buat kami. Dapat bercuti dengan family, pergi pantai, buat BBQ, jalan dengan adik-adik. Sebetulnya masih bercuti lagi. 

Tetapi disebabkan rindu dengan blog, nak juga menaip sikit konon. Begitulah ceritanya.

Cara Mudah Menentukan Niche Blog

Assalamualaikum
Bismillah

Cara Mudah Menentukan Niche Blog

Apa Itu Niche Blog?

Niche dalam bahasa paling mudah ialah tema blog (topik khusus yang kita bina) untuk blog. Kita sendiri yang menetapkan sesuatu topik untuk dibahaskan di dalam blog.

Niche adalah suatu hal yang berhubungan dengan konten dan isi suatu blog dimana dalam konten tersebut harus berfokus pada satu topik yang jelas dan dikembangkan lebih lanjut dalam micro niche.

Kepentingan Niche Kepada Blog?

1. Pengunjung memahami dan tahu blog kita pasal apa.
2. Menjadikan aktiviti blog lebih terarah (direction)
3. Menjadikan kita lebih fokus akan dengan topik tertentu
4. Blog menjadi rujukan ramai orang
5. Meningkatkan CTR Iklan - Iklan yang releven dengan niche blog lebih banyak klik dari pembaca
6. Menarik minat pembaca yang mempunyai minat dalam topik yang sama


Cara Mudah Menentukan Niche Blog

1. Tentukan Niche Berdasarkan Minat, Kemahiran & Pengetahuan.

Kenali minat korang pasal apa. Misalnya, aku minat menulis tentang topik yang berkaitan dengan blog. 

Aku banyak menulis tentang blog kerana ingin berkongsi tentang :
  • pengalaman sebagai blogger sepenuh masa, 
  • macam mana perjalanan aku dari seorang pelajar psikologi kepada blogger sepenuh masa, 
  • dan tips-tips blogging. 

Sebaiknya pilih niche yang korang ada pengetahuan dan kemahiran tentang niche tersebut. 

Sebagai contoh, dalam blog ini juga aku ceritakan tentang pengalaman belajar psikologi. Blog ini menjadi medium tempat aku sampaikan ilmu psikologi. 

Apabila kita memilih niche yang kita minat, mempunyai pengetahuan dan kemahiran, mudah untuk mencari idea. Selain itu, blog kita akan menjadi rujukan kebanyakkan orang. 

Aku bagi contoh paling mudahlah kan. 
  • Apa pekerjaan korang? 
  • Latar belakang pendidikan? 
  • Kemahiran atau hobi? 

Sekiranya korang seorang :
  • Cikgu - Fokus menulis tentang niche pendidikan
  • Suri rumah - Parenting, Masakan, Dekorasi, Beauty
  • Bidang psikologi - Kesihatan, Psikologi
  • Bekerja pelancongan - Niche travel
  • Student - Student hacks, College Lifestyle
Simple as that. Kalau tak nak tulis hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan korang. Boleh kongsikan apa yang korang pernah belajar dulu ataupun hobi yang korang minat. 

2. Jumlah Artikel Pada Label

Cara ini paling senang nak tentukan niche blog korang. Cuba korang lihat jumlah artikel pada tags atau label blog. 

Artikel yang mana korang paling banyak tulis. Aku guna cara ini juga. 

Tetapi lepas dah tahu label apa yang aku kerap sangat tulis. Aku akan pilih niche yang aku betul-betul minat sahaja. 

label blog


Mula-mula senaraikan dahulu topik apa yang korang kerap tulis. 

1. Blogging
2. Infomasi
3. Psikologi
4. Resepi
5. Review
6.Tips & Tutorial

Apabila dah senaraikan. Aku pilih Blogging, Review, Tips & Tutorial sebagai fokus utama dalam blog. Setelah itu, korang jadikan topik utama itu sebagai menu korang. 

Cara Mudah Menentukan Niche Blog


Jadi di sini boleh nampaklah yang blog ini lebih fokus pasal blogging. Of course kebanyakkan pasal blog sebab aku kan blogger sepenuh masa. 

Jadi perkongsian tentang tips blogging, servis blog yang macam mana aku buat, brand mana yang pernah kolaborasi, dan review (portfolio). 

Everything is all about blogging. 

2. Artikel Yang Mempunyai Trafik Yang Konsisten 

Selain itu, korang juga boleh pilih niche blog berdasarkan artikel yang mempunyai trafik yang konsisten sepanjang masa. Bukan trafik bulanan ya. 

Cara Mudah Menentukan Niche Blog


1. Pergi ke dashboard blogger - Posts

2. Pilih label (Korang boleh semak setiap label yang ada)

Cara Mudah Menentukan Niche Blog

Seterusnya, koang boleh nilai adakah topik yang korang tulis itu mempunyai trafik yang konsisten sepanjang masa. 

Sekiranya YA, bolehlah jadikan ia sebagai niche blog. 

Hal ini demikian kerana kita nak niche yang boleh menyumbang trafik yang tinggi dalam blog kita. 

Cara Mudah Menentukan Niche Blog

Cara Mudah Menentukan Niche Blog

3. Artikel Paling Popular Sepanjang Masa

Korang juga boleh menentukan niche blog dengan melihat kepada artikel popular sepanjang masa.

Artikel paling popular di blog bermaksud mempunyai kata kunci yang tinggi dalam carian. Aku dah pernah kongsikan dengan korang macam mana mahu lihat kata kunci (keywords). 

Korang boleh baca artikel di bawah :

4. Niche Yang Boleh Dijadikan Sebagai Branding

Korang juga boleh tentukan niche yang boleh dijadikan sebagai branding. 

Dalam erti kata lain, topik yang dipilih tersebut boleh buat duit atau menjana pendapatan secara pasif. 

Sebagai contoh, korang mempunyai bisnes shaklee, agen Takaful, jual ebook dan banyak lagi.

Kalau korang jual shaklee, boleh tulis tentang produk shaklee dan tips-tips kesihatan. Bukan sahaja dapat berkongsi infomasi, secara tidak langsung dapat mempromosikan produk di blog serta menaikkan jualan. 

Macam aku pula? Aku jadikan blog ini sebagai personal branding. 

Aku ceritakan tentang aktiviti blogging. Dalam masa yang sama aku juga menyediakan servis menulis artikel, review produk, blog konsultan dan design blog. 

5. Gunakan Google Trends

Macam mana nak tahu niche yang kita pilih itu mempunyai ramai audience atau tidak. Korang boleh menggunakan Google Trends. 

Aku pun sebenarnya baru tahu kita boleh buat perbandingan niche kat Google Trends. 

This lets you quickly see two important data points:
  • Whether or not people are actually searching for your niche
  • Whether your niche is receiving increasing or decreasing interest

Meh sini aku tunjukkan caranya ya.

1. Pergi ke Google Trends

2. Korang buat perbandingan untuk dua jenis topik. Contohnya Food Blog dengan Beauty Blog. 

3. Pilih past 5 years (depends korang lah nak tentukan untuk 10 tahun ke)

Cara Mudah Menentukan Niche Blog



Bagi aku dalam menentukan niche blog, apa yang paling penting sekali ialah tulislah apa yang kita sudah mahir dan mempunyai pengetahuan terhadap topik tersebut. 

Tak perlu cuba jadi orang lain. Nampak orang lain buat niche yang boleh mendatangkan keuntungan kita pun nak buat juga. Tetapi kita sendiri tidak minat dengan topik tersebut. 

Contohnya, blog yang berkaitan dengan resepi merupakan salah satu niche yang sangat popular. Memang mendatangkan keuntungan dari segi trafik dan earning google adsense. 



Cuma aku jarang juga tulis resepi di blog ini. Salah satu sebabnya aku suka berkongsi resepi yang aku sendiri masak. 

Tetapi aku jarang memasak hehe. Jadi, kadang malas nak tulis pasal resepi walaupun aku tahu ia boleh mendatangkan trafik yang tinggi. 

Apapun pilihan di tangan anda! Korang lebih mengenali minat sendiri. Dan lebih tahu apa yang korang nak dalam berblog

Aku hanya bagi pendapat sahaja. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang untuk menentukan niche blog. 




Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya genap setahun perkahwinan kami. Banyak suka dan duka telah kami lalui. Aku percaya untuk tahun hadapan lebih banyak cabaran yang kami akan lalui bersama. 

Perkahwinan sesuatu yang sangat indah bagi aku. Allah mengurniakan seseorang yang menemani kala suka dan duka. Yang sentiasa menyokong dan membimbing. Yang sentiasa mengingatkan diri untuk jadi lebih baik lagi.

Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan

Tahun pertama perkahwinan memang banyak yang indah dan banyak juga cabaran dan dugaan. Lebih manis lagi apapun semua ujian-ujian itu dilalui bersama-sama dengan pasangan. 

Entri kali ini aku bukan nak bagi tips rumahtangga. Aku cuma nak berkongsi cabaran tahun pertama perkahwinan. Mungkin perkongsian ini tidak memberi makna apapun pada kalian. 

Aku cuma ingin merakam moment di blog ini sebagai ingatan kami selama setahun dalam rumahtangga.

Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan

1. Cabaran Kewangan

Tidak dinafikan masalah kewangan merupakan cabaran paling besar pada awal perkahwinan. Pada awal perkahwinan suami isteri kena merancang nak tinggal di mana selepas berkahwin.

Ada pasangan yang tinggal dengan mertua, ada pasangan yang memiliki kediaman sendiri dan ada juga yang memilih untuk menyewa sahaja dulu. Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal buat isteri.

Selepas kami berkahwin, aku dan suami bahagikan masa untuk tinggal di rumah keluarga aku dan keluarga sebelah suami. Kami tidak menetap lama pun di Sabah sebab suami bekerja di Pontian.

Selepas sebulan, kami merantau dan memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri di Pontian. Alhamdulillah, rezeki kami dapat sewa rumah yang murah.

  • Kos kediaman & Barang Keperluan Rumah
Untuk menyediakan keperluan rumah pun memerlukan kos yang sangat besar. Itupun sekiranya korang bermula dengan ZERO.

Korang kena fikir deposit rumah dan barang-barang keperluan rumah yang asas. Anggaran kos :
  1. Sewa + Deposit - RM1500 - RM2000 ( bergantung dengan sewa)
  2. Barang keperluan dalam rumah - RM2500 - RM3000 (Barangan elektrik / Peralatan memasak)

  • Kos Perbelanjaan Dapur
Pada awal perkahwinan memang tak boleh elak untuk beli barang perbelanjaan dapur lebih banyak. Korang baru mendirikan rumahtangga. Apapun tiada. Jadi kena sediakan bahan-bahan asas memasak memerlukan kos perbelanjaan dapur yang banyak. 

Kalau tinggal kat rumah mak kita ataupun mertua tak perlu fikir pun nak beli kicap, sos, garam dan bahan memasak yang lain sebab memang dah lengkap. Biasanya kita beli bahan belanja memasak untuk bulanan sahaja. 

Berbeza apabila dah tinggal sendiri. Beras pun tiada. Ada yang kata beli sikit-sikit. Terpulang dari pasangan sendiri. Ikut kemampuan dan poket masing-masing. 


  • Kenderaan 
Bagi aku kenderaan sangat penting. Ikut pekerjaan korang samada memerlukan kenderaan atau tidak. Pada awal perkahwinan kami sangat memerlukan kenderaan untuk memudahkan suami pergi ke tempat kerja. 

Hal ini demikian kerana tempat kerja suami jauh dari rumah. Zaman sekarang kenderaan sudah menjadi keperluan. Bergantung dengan korang nak beli kereta baru, kereta terpakai, basikal mahupun motorsikal. 

Nak lagi jimat guna motorsikal. Kalau mampu boleh beli kereta terpakai atau kereta baru. 

  • Jangan berhutang
Jangan sesekali berhutang tidak kira susah macam mana pun. Boleh berhutang tetapi pastikan langsaikan hutang secepat yang mungkin. 

Jangan berhutang dengan orang lain. Sebaik-baiknya jangan minta suami berhutang dengan sesiapa. Mula-mula berkahwin memang semua kehendak kita tidak dapat dipenuhi. 

Hidup berumahtangga tidak semuanya indah-indah belaka seperti dalam drama. Apa kita mahu suami dapat tunaikan. 

Sebagai seorang isteri kena faham suami semakin banyak tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap keluarga dan isteri. Oleh itu, jangan bebankan lagi dengan hutang. 

  • Simpanan
Perancangan kewangan yang baik sangat penting. Apa yang penting pada awal perkahwinan ialah simpanan. Tidak kiralah nak simpan di ASB, Tabung Haji ke, tabung di rumah ke. Sangat penting suami isteri ada simpanan untuk kecemasan.

Kami sentiasa asingkan duit untuk simpanan kerana memang tidak tahu apa masalah yang akan jadi pada masa akan datang. 

Alhamdulillah, syukur kalau ada simpanan tidak perlu berhutang dengan orang. At least for us, tidak mahu menyusahkan orang lain dan keluarga dengan masalah-masalah seperti kewangan. 

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang sangat tinggi memerlukan simpanan pada saat-saat terdesak. 

2. Cabaran Dalam Kenali Pasangan

Cabaran yang kedua ialah dalam mengenali pasangan. Orang kata bercintalah berapa tahun pun, belum tentu akan kenal dengan pasangan kita sampailah kita sebumbung dan tidur sebantal dengannya. 

That is true! Aku dan suami kenal dalam tempoh yang sangat singkat. Dan boleh dikatakan tidak mengenali sangat pun kerana suami bekerja di Pontian dan aku pula tinggal di Sabah. Jumpa hanya sekali. Hanya contact melalui whatsapp sahaja. 

Tempoh pertunangan kami pun hanya 2 minggu sahaja. Alhamdulillah ijab kabul dipemudahkan, sekarang dah bergelar isteri. 

Selepas kahwin banyak benda yang kena adapt dengan pasangan. Bayangkan tinggal dengan parents 26 tahun kemudian tak sampai setahun tinggal dengan pasangan terus nak expect suami atau isteri faham kita? Memang tidaklah!

Pada masa inilah suami isteri kenal perangai masing-masing. Apa yang suami atau isteri kita suka. Apa makanan favourite dia, hobi dan macam-macam lagi tabiat yang baik dan buruk pasangan kita nampak.

Adakah kita terima atau tidak kekurangan pasangan kita?

Dan cabaran paling besar bagi aku ialah mengurus emosi. Perempuan kalau emosi boleh buat lelaki pening kepala layan karenah kita kan? Bukan itu sahaja, emosi lelaki pun isteri kena faham juga. 

3. Kesefahaman dan Tolak Ansur

Dalam perkahwinan perlukan persefahaman dan banyak bertolak ansur antara pasangan. Bukan mudah nak faham antara pasangan. Suami dengan penat dia, isteri dengan penat dia juga. 

Sorang nak perhatian, sorang pun perlu perhatian. Kalau semua pun nak menangkan ego memang sentiasa akan ada salah faham. 

Tidak boleh samakan cara kita masa bujang dengan sudah berkahwin. Awal perkahwinan rasa susah nak bertolak ansur dan punya persefahaman mungkin disebabkan belum betul-betul mengenali pasangan. 

Memang kena banyak bersabar. 

4. Perselisihan Pendapat

Tidak dinafikan banyak sangat perselisihan pendapat dengan pasangan. Hal ini demikian kerana cara didikan dan dibesarkan dengan cara yang berbeza. Apatah lagi kalau ada perkara yang kita tak suka pasangan kita buat. 

Memang kalau boleh antara suami isteri tidak mahu ada perselisihan pendapat. Tetapi percayalah kita memang tidak boleh elak. Sekecil-kecil perkara pun boleh buat suami isteri berselisih. 


5. Komunikasi

Apapun masalah, komunikasi antara pasangan sangat penting. Dan apabila tiada komunikasi memang buat apapun tak senang. 

Bayangkan hari-hari hadap pasangan masing-masing boleh tahan ke tak bercakap? Tidur sebantal, makan bersama. How can you not comnunicate?

Selepas dah berkahwin, bagi aku yang paling penting jangan sesekali pendam dengan suami. Kalau ada nak sesuatu cakap. Kalau penat bagitau. Kalau tak nak masak kena bagitau. 

Hal ini demikian kerana aku tidak boleh expect suami faham apa yang aku fikir. Kadang orang perempuan memang suka cakap berlapis. End up merajuk sebab suami tak faham. Padahal kita tak bagitau pun apa yang kita mahu. 

Orang perempuan memang complicated, orang lelaki lagi complicated. Haha

6. Ujian Zuriat

Tidak dinafikan setiap pasangan menginginkan zuriat selepas kahwin. Sebulan dua berkahwin kami tak kisah pun kalau ada rezeki cahaya mata, kami bersyukur sangat. Kalau belum ada lagi, tak apa berdoa dan bersabar.

Tetapi selepas beberapa bulan, sentiasa ternanti-nanti bilalah ada anak. Kadang rasa sedih, tetapi kami yakin Allah lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. 

Ujian dikurniakan cahaya mata pun ujian juga. Hal ini demikian bukan senang nak jadi ibu bapa. Bertambah besar amanah dan tanggungjawab dalam membesarkan anak. 

Tiada anak ataupun tidak semuanya ujian. 

Kesimpulannya

Banyak sangat cabaran dalam tahun petama perkahwinan. Ada yang kata, ala baru tahun pertama itupun nak heboh. Orang yang kahwin 5 tahun, 10 tahun chill je. 

Tak apalah ujian kita memang tak sama pun. Lain orang lain ujian yang dilalui dalam perkahwinan. 

Apa yang aku nak kongsi hanya sekadar pengalaman dan journey yang aku nak simpan dalam blog ini untuk tatapan pada masa akan datang. Maybe 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun nanti aku akan baca dan ingat balik betapa banyaknya aku dan suami telah lalui bersama.

Tidak kira apapun dugaan yang akan dilalui kami hanya ingin mencari keredaan Allah SWT dalam perkahwinan dibina. Semoga Allah sentiasa merahmati hubungan perkahwinan ini hingga ke syurga-Nya. 


Target 200k Pageviews Tercapai, Bila Waktu Sesuai Post Artikel?

Assalamualaikum
Bismillah

Target 200k Pageviews Tercapai!

Alhamdulillah, aku tidak expect pun bahawa aku dapat capai target 200k pageviews Bulan Lepas. Hal ini demikian kerana tidak banyak artikel yang aku tulis pada bulan November berbanding dengan bulan Oktober.


Menulis blog ini memang tidak boleh jangka dengan kita punya trafik. Ada masa trafik naik dan ada ketika trafik menjunam habis. 

Bila Waktu Sesuai Post Artikel?

Tiada jawapan yang tepat untuk tahu bila waktu yang sesuai untuk post artikel blog. 
Tetapi aku boleh kongsi dengan korang pengalaman aku sendiri macam mana nak tentukan bila nak post artikel.

1. Niche Blog

Apa yang aku perhatikan niche blog sangat mempengaruhi waktu posting artikel. 

Kalau korang perasan, blog yang popular seperti Siakap Keli, Sirap Limau, The Vocket dan Denai Hati. Website mereka post artikel setiap sejam. Dalam sehari mereka post lebih dari 50 artikel. 

Dan kebanyakkan niche blog isu semasa post artikel lebih banyak dalam sehari. 

Hal ini demikian kerana artikel berbentuk isu semasa cuma hangat pada waktu tertentu sehaja. Selepas beberapa masa orang dah tak kisah pun pasal isu tersebut. 

Malah, sekiranya korang posting isu yang sama, netizen akan menganggap korang post isu yang telah basi, konten lapuk dan penulis hanya kitar semula artikel. 

Berbeza dengan niche kesihatan, kekeluargaan, kecantikan, teknologi dan seumpamanya. Kebanyakan artikel yang ditulis berbentuk evergreen dan sentiasa dicari orang. 

Jadi untuk niche blog seperti itu, waktu posting tidak mempengaruhi trafik blog sangat kerana artikel evergren kebiasaannya tidak mempunyai trafik tinggi secara mendadak. 

Tetapi disebabkan artikel tersebut sentiasa dicari, maka trafik blog sentiasa ada dan konsisten walaupun blog tidak update untuk tempoh masa tertentu. 

Oleh yang demikian, korang kena tahu niche blog korang pasal apa? Cari blog yang hampir sama dengan niche blog dan lihat timing mereka posting macam mana. 

Sebaik-baiknya cari blog yang memang terkenal dan tiru apa yang mereka buat. InsyaAllah akan ada perubahan dalam blog korang. 

2. Post Secara Berkala

Untuk blog aku, paling berkesan ialah post secara berkala. Samada waktu posting ataupun tarikh posting. 

Sebagai contoh, sekiranya aku post artikel pada waktu pagi. Dan pada hari yang sama aku nak post artikel baru, aku akan post pada waktu malam. 

Maksudnya ada gap masa antara satu artikel ke satu artikel. 

Bila Waktu Sesuai Post Artikel

Kenapa aku buat macam tu? Hal ini demikian kerana aku nak bagi masa kepada blogger untuk update artikel aku ke Reading List. 

Korang perasan tak kalau kita post artikel kat bahagian reading lists kita selalu lambat update?

Sebagai contoh artikel Bayaran Google Adsense Kali Ke-24 aku post pada jam 11 malam, blogger update artikel ke Reading List pada jam 2 petang. 

Nampak tak? 

3. Google Search Console Insight

Selain menunggu artikel dikemaskini di Reading List, aku juga biasanya menunggu artikel yang baru publish muncul di Google Search Console Insight.

1. Korang pergi ke Setting Blogger

2. Pergi bahagian Crawlers and indexing dan klik Google Search Console

3. Pada bahagian halaman utama, korang akan nampak Google Search Console Insight

Google Search Console Insight

Apabila artikel tersebut berada dalam Google Search Console Insight, barulah aku publish artikel baharu. Sekiranya artikel tersebut tidak muncul. ada kemungkinan artikel tersebut tidak berjaya diindeks. 

4. Jurang Posting Artikel

Selain itu juga aku tidak akan membiarkan jurang posting artikel terlalu jauh. Apabila kita membiarkan jurang posting terlalu jauh pageviews blog akan jatuh. Apatah lagi kalau pageviews blog kita memang tak tinggi. 

Biasalah mood menulis blog sekejap naik turun. Benda tu normal. 

Apabila korang tak post apa-apa artikel tetapi trafik blog korang tidak terkesan apa-apa dengannya. Itu bermakna korang mempunyai trafik blog yang stabil. 

Tetapi sekiranya korang tidak post sehari trafik blog menjunam, itu bermakna trafik korang belum termasuk dalam kategori stabil lagi. 

Stabil tidak semestinya pageviews kena ribuan. Sebagai contoh, trafik harian korang 500pv sahaja. Apabila korang tak post artikel dalam masa 2 -3 hari tetapi trafik korang tetap dengan 500pv. Ini bermaksud korang mempunyai trafik blog yang stabil. 

Ada artikel korang yang sentiasa menarik trafik ke blog walaupun korang tak update. Which is good!

5. Promote Blog

Akhir sekali, korang kena promote blog korang tidak kira di laman sosial apapun. Aku tahu ayat ini cliché sangat dah. 

Kenapa kena promote blog?

Kita blogger marhean sahaja. Bukan instafamous, youtuber terkenal, artis dan sebagainya. Aku sedar blog aku kurang followers. Orang tak tahu kalau aku tak bagitau yang aku ada update artikel baru. 

Tidak perlu pun promote semua artikel kita. Korang boleh pilih mana-mana artikel blog yang penting dan perlu pembaca tahu. 

Sebagai contoh blog aku, tidak semua artikel yang aku post di blog aku kongsi di Facebook. Aku cuba kongsi tips berkenaan blogging sahaja. Hal ini demikian kerana aku tahu kebanyakkan followers facebook aku pun semuanya dalam kalangan blogger.

Jadi, kena tengok siapa followers dan audience korang. Artikel apa yang menarik mereka untuk klik link tersebut. 

Itulah cara bagaimana aku tentukan bila waktu sesuai post artikel. 

Kenapa aku tidak bagitau masa bila yang sesuai kerana aku tidak pernah tetapkan masa jam berapa kena post artikel. 

Untuk niche blog aku, inilah cara yang aku selalu buat. Sekiranya korang rasa cara ini sesuai untuk korang, bolehlah cuba. 

Maaf ya bagi yang chat dan tanya tips. To be honest apa yang aku buat aku selalu kongsi kat blog. Tiada cara yang aku sembunyikan. 

Tiada tricks pun nak cepat naik pageviews atau naikkan earning Google Adsense. 

Hanya perlu banyakkan membaca dan belajar dari blogger lain, banyak buat eksperimen ke atas blog sendiri, usaha serta tidak putus asa untuk buat yang terbaik untuk blog korang. Itu sahaja cara. 

If you looking for an instant, then I'm not the one you're looking for. 

Semoga bermanfaat!

© all rights reserved
made with by templateszoo