Prestasi Blog Tahun 2021 | Azam Blogging Tercapai Tak?

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini baru ada kesempatan untuk berkongsi sedikit tentang prestasi blog pada tahun 2021. Setiap tahun aku akan buat azam blogging dan at the end of the year bolehlah lihat perkembangan blog macam mana.

Jom kita lihat adakah azam blogging tahun 2021 aku tercapai? 

prestasi-blog-2021

1. Publish 200 Entri / Artikel Tahun 2021

Tidak tercapai! Kalau korang nak tahu, setiap tahun azam yang inilah paling susah sekali nak capai. Aku hanya berjaya menulis 144 artikel sahaja pada tahun 2021.  Sama seperti tahun 2020. 

Antara sebab utama tidak dapat capai menulis sehingga 200 artikel adalah kerana aku tidak konsisten menulis artikel setiap bulan. Pada 2 bulan terakhir itu aku hanya republish artikel lama sahaja. 

Ini kerana aku sibuk dengan persiapan bertunang dan kahwin. Ditambah lagi dengan leptop aku rosak dan berhijrah ke Johor. Akhirnya terpaksa cuti 2 bulan lagi selepas kahwin. Haha~

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. InsyaAllah tahun ini usaha lagi untuk capai azam ini. 


2. Target 300k Pageview Google Analytics

Malangnya juga tidak berjaya untuk capai azam ini! Punca utama boleh baca point No 1 tadi. Apabila kurang update jadi pageviews pun menurun. Bukan saja tidak update secara konsisten tetapi nak tulis artikel baru pun tidak dapat. 

Oleh itu, tahun ini nak kemaskini balik azam target pageviews di Google Analytics. 


3. Capai 10 Juta Pageviews

Azam ini pun tak tercapai sebab 2 bulan lebih tak aktif. Memang betul-betul tahun 2021 untuk performance blog tak berapa okay. Apapun tetap bersyukur sebab aku tetap berpuas hati dan happy dengan pencapaian blog aku. 

Banyak sangat yang aku belajar. Tahun ini InsyaAllah lagi banyak yang aku boleh belajar untuk memperbaiki lagi konten blog. Kekal semangat dan positif itu penting hehe~


4. Target 10USD sehari Google Adsense

Walaupun ada azam yang tak tercapai, alhamdulillah aku berjaya capai 10USD sehari Google Adsense! Ini lagi buat aku happy! Rasa macam Ya Allah tak percaya boleh capai. Bukan mudah tetapi tidak mustahil kalau kita usaha.

Apa yang aku buat untuk dapat earning adsense begitu aku dah pernah kongsikan di blog juga. 

5. Dapatkan 60 Job Menulis / Servis Blog Yang Lain

Alhamdulillah, tahun lalu juga aku berjaya dapatkan job lebih dari 60. Fuh! Aku tidak berani juga nak target azam ini tetapi siapa sangka kan. Rezeki tu kita tak tahu Allah bagi arah mana. Mungkin melalui adsense, affiliates, ghostwriter mahupun cara yang kita kadang tak terfikir.

Cuma tahun ini aku tak nak fokus dengan job menulis sangat dah. Aku nak fokus dengan adsense dan innity. 


6. Target 200k Pageview Untuk Blog Kedua (Inspirasi Kami)

Alhamdulillah.. Aku bersyukur sangat sebab blog kedua aku pun nampak sedikit perubahan juga. Ada beberapa keywords yang mula muncul di google search. Selain itu, ada juga artikel yang evergreen berjaya ditulis. 

Aku berjaya capai 700k pageviews untuk blog Inspirasi Kami. Syukur sangat sebab aku memang tidak expect jugalah. View blog pun sebenarnya awal tahun tu 500 sehari saja. Kini boleh maintain dapat 2000 sehari dah. 


Kesimpulan


Alhamdulillah, perjalanan berblog sepanjang menjadi fulltime blogger ini banyak suka dan duka. Gagal banyak kali dah tetapi usaha untuk bangkit balik, belajar dan terus belajar memperbaiki diri. 

Menulis dari zaman belajar, bekerja, bujang dan kini dah bergelar isteri. MasyaAllah hebat sangat aturan Allah dalam hidup ini. InsyaAllah tahun ini mahu buat yang terbaik dan berkongsi lebih banyak menfaat.

13 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. semoga tahun ni lebih baik dari 2021

    BalasPadam
  2. Wahh Alhamdulillah . tahniah kak <3

    BalasPadam
  3. Tahniah, Nurul. Semoga lebih berjaya lagi lepas ni.

    BalasPadam
  4. kena ada target untuk ads tukan tapi sy tak terkejar buat masa masa nih… boleh cash out 2 bulan sekali pun dah bersyukur InsyaAllah akan lebih mantapkan prestasi lagi nanti.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah tahniah.. lain rasanya bila menulis dgn ilmu kan.

    BalasPadam
  6. Wahhh. Baca ni rasa semangat plak nak rajinkan diri menulis kat blog. Tapi tu la kan kena ada target

    BalasPadam
  7. Wahhhh tahniah nurul, tak apa teruskan tahun ini ye..

    BalasPadam
  8. Hebat betul Nurul ni.. suka baca perkongsian Nurul, sebab banyak suntik inspirasi dan idea pada kak Net. Teruskan menulis yang best-best ya Nurul.

    BalasPadam
  9. Tahniah Nurul. Semoga terus sukses dgn blog. Nak capai Target kena usaha keras. Perjalanan blog akak still jauh sgt, kekangan masa memang x mampu mau elak.
    Urus famili yg utama buat Surirumah mcm kak pip, kemudian baru blog n hal2 lain. Apapun, semoga ada rezeki dgn blogging.

    BalasPadam
  10. Moga azam tu tercapai tahun 2022 ni... Itu full time blogger.. kmai yang part time ni kalau dapat capai azam blog lagilah rasa nak lompat.... Haha

    BalasPadam
  11. Hebat Nurul. Moga thn ni semua azam tercapai ya. Doakan akak sekali.hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama