Azam Baru Blogging Tahun 2021

8
Assalamualaikum
Bismillah

Sekarang dah bulan berapa baru nak tulis azam hahaha. Benda ni aku dah lama nak tulis cuma tak tahulah kenapa mood menulis tu tak juga datang. Seperti yang korang sedia maklum, aku suka tulis azam blogging untuk lihat perkembangan blog aku dari semasa ke semasa samada tahun ini ada progress yang lebih baik ataupun semakin menurun. 

Azam baru blogging 2021

Ini adalah salah satu cara untuk aku lihat sendiri kelemahan dan kelebihan blog aku. Apabila aku tahu kelemahan blog, aku dapat perbaiki cara penulisan aku dengan lebih baik lagi. Tidak terlambat lagi nak tulis azam sebenarnya. 



Azam Baru Blogging Tahun 2021 sama juga seperti tahun lepas cuma ada sedikit perubahan jugalah. 

1. Publish 200 Entri / Artikel Tahun 2021

Tahun lalu aku gagal capai azam ini. So tahun ini aku target lagi nak capai azam ni.  Bukan senang nak menulis dengan konsisten ni. Tahun ni pun aku banyak fokus dengan blog kedua aku iaitu Blog Inspirasi Kami Kena rajin menulis lagi lah kalau nak capai azam ni. Idea tu banyak tetapi mood menulis tu Ya Allah tak tahu macam mana nak cakap. 

2. Target 300k Pageview Google Analytics

Tahun lepas aku target 200k pv di Google Analytics. Alhamdulillah azam tu berjaya dicapai pada awal Januari 2021. Jadi tahun nie pula aku target lagi 300k pv pula. So far paling tinggi aku pernah dapat pun 211k pageview. 

Azam Baru Blogging Tahun 2021


3. Capai 10 Juta Pageviews

Uishh.. besar betul impian mau capai 10 Juta PV tu kan. InsyaAllah kita cuba. 

Target 10 Juta Pageviews


4. Target 10USD sehari Google Adsense

Walaupun dah berjaya cashout adsense setiap bulan, nak capai 10usd sehari guys memang payah. Nasiblah kalau dapat 10USD sehari tu. Pencapaian tertinggi setakat ini pun 230USD sebulan. Syukur sangat-sangat. 

Google adsense 10USD Sehari

5. Dapatkan 60 Job Menulis / Servis Blog Yang Lain

Kalau korang nak tahu aku menawarkan pelbagai servis. Antara servis utama yang aku tawarkan ialah blog konsultan (khidmat nasihat tentang blog), servis design blog, dan penulisan artikel. Aku terima juga apa-apa kerja yang berkaitan bergantung dengan permintaan klien dan tugas yang diberikan. 



6. Target 200k Pageview Untuk Blog Kedua (Inspirasi Kami)

InsyaAllah, nampak susah tetapi tidak mustahil. Usaha dan terus usaha sampai jadi kenyataan. 

Azam Baru Blogging Tahun 2021

Semoga apa yang dihajatkan menjadi kenyataan. Doakan ya. Doakan aku supaya sentiasa diberikan ilham yang baik untuk terus berkongsi manfaat buat kalian semua.


Tags

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Bestnyaaaa setiap bulan boleh cashout adsense!
    Semoga tercapai segala azam nurul dan blog makin maju! :)
    Doakan saya jugakk hehehe.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. rezeki rezeki....
    Moga terus ada idea dan dilimpahkan rezeki... Syok woo dapat cashout adsense selalu... tapi tuhla... nak buat entri bebanyak tu... belum mampuu.. Hahahaha... Nanti try plan..

    BalasPadam
  3. for you it's not impossible!

    BalasPadam
  4. so inspiring! moga terus berjaya dalam kerjaya blogging! :D

    BalasPadam
  5. Selamat maju jaya.
    Boleh dijadikan sumber inspirasi ni. Tahniah!

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !