Cara Transfer Duit BSN ke Bank Lain Secara Online

Assalamualaikum
Bismillah


Sejak aku buat tentang cara dapatkan penyata bank BSN secara online. Ramai yang email dan bertanya macam mana nak transfer duit dari BSN ke akaun bank yang lain secara online.

Apabila aku tanya adik aku macam mana nak transfer dia pun bingung juga. Hal ini demikian kerana BSN online tiada butang transfer. Jadi macam mana mahu transfer duit kalau tiada bahagian transfer punya.

Dah puas search kat google, masalahnya kenapa ada certain orang ada butang transfer online kat akaun adik aku takda? Adakah sebab adik aku baru saja buka akaun BSN?

Aku pun nak selesaikan juga masalah ini sebab menyusahkan sebenarnya kalau tiada butang transfer. Nak tansfer online pun tak dapat. 

bsn-online-transfer


Aktifkan Butang Transfer 


1. Pertama sekali, korang kena call pihak BSN melalui Khidmat Pelanggan di no 1-300-88-1900

2. Korang terus bercakap dengan pihak BSN berkenaan masalah pada butang transfer tersebut.

3. Korang kena telefon sendiri tau. Tidak boleh hantar wakil ke sebab pihak BSN memang tak layan. 

4. Nanti dorang akan minta NAMA, NOMBOR IC dan 4 DIGIT TERAKHIR (Nombor Kad Debit)

5. Selepas tu, korang boleh login myBSN dan butang transfer dah diaktifkan.


Cara Transfer Duit BSN Secara Online Melalui myBSN (Duitnow)


1. Apabila korang dah aktifkan butang transfer. Sila login di myBSN

2. Klik pada bahagian TRANSFER (Rujuk gambar di bawah)



2. Kemudian, klik INTERBANK FUND TRANSFER.


3. Isi butiran untuk transfer seperti :
  • Transfer type : Duitnow / Interbank Giro
  • From account 
  • Transfer to : 
    1. My Favourite 
    2. IC Number
    3. Mobile Number
    4. Passport Number
    5. Army / Police ID
    6. Business Registration Number
    7. Account Number
Ikut suka mahu pilih jenis transfer yang mana. 



4. Macam aku pilih Account Number. Jadi akan terpapar gambar seperti di bawah.

5. Pada bahagian Receipient's Bank, masukkan jenis bank yang korang nak transfer. Misalnya aku pilih CIMB Bank. 

6. Pada bahagian Receipient's Name, masukkan nama penerima akaun. 

7. Seterusnya To Account, masukkan nombor akaun penerima.

8. Pada bahagian Transfer Type, pilih Fund Transfer.

9. Terakhir sekali, masukkan amaun (RM) yang korang mahu kirim. Kemudian, klik Submit.




10. Pada bahagian TRANSFER CONFIRMATION. Korang pastikan semak semula butiran yang diisi tadi adalah betul. 

11. Kemudian, Request TAC, nombor TAC akan dihantar melalui SMS. 

12. Klik petak kecil untuk terima terma & syarat. Kemudian klik Confirm.


13. Di bawah adalah contoh transaksi secara online telah berjaya. Korang boleh print sebagai rujukan ataupun make another transfer untuk buat pembayaran transfer online lagi. 



Sekian itu sahaja. Semoga info ini bermanfaat dan dapat mempermudahkan urusan korang semua.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Khidmat Pelanggan : 1300 88 1900
Email : customercare@bsn.com.my