Bismillah
Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sudah memiliki kad kesihatan atau lebih popular dengan nama ‘medical card‘.
Pun begitu, malangnya masih ada yang mungkin masih belum faham sepenuhnya tentang bagaimana cara betul untuk guna kad insurans perubatan ini apabila perlu.
Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sudah memiliki kad kesihatan atau lebih popular dengan nama ‘medical card‘.
Pun begitu, malangnya masih ada yang mungkin masih belum faham sepenuhnya tentang bagaimana cara betul untuk guna kad insurans perubatan ini apabila perlu.
Apa itu insurans perubatan?
Insurans perubatan adalah satu tabung caruman yang membolehkan pencarum menerima manfaat berbentuk kewangan jika berlaku sebarang kecemasan kesihatan.
Kecemasan yang dimaksudkan ini termasuklah jika anda mengalami kecederaan, kemalangan atau sebarang keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan dan ubatan.
Dengan ini, maka segala atau separuh kos perubatan dalam bentuk rawatan atau ubatan yang kalian terima itu dapat dibiayai oleh insurans yang anda carumkan.
Jika anda ada penyakit kronik pula dan inginkan wang secara ‘lump sum‘, caruman di dalam pelan insurans penyakit kritikal mungkin adalah pilihan yang lebih baik.
Kepentingan insurans perubatan dalam kehidupan
Ada individu yang menyangka bahawa simpanan di dalam tabung atau bank adalah sudah sangat memadai untuk masa depan di hari tua kelak.Mungkin itu adalah benar jika simpanan itu berjaya disimpan dengan baik tanpa diguna terlebih dahulu untuk kegunaan kecemasan jika perlu.
Oleh itu, kita perlu memiliki insurans perubatan dengan tujuan menampung segala perbelanjaan atau kerugian yang harus ditanggung di saat kita jatuh sakit.
Selepas membelinya pula, pemegang polisi haruslah tahu tentang tatacara untuk menggunakan kad kesihatan yang dimiliki agar keadaan tidak menjadi lebih rumit.
Bagaimana cara untuk menggunakan 'Medical Card Insurance'?
Ia tidaklah semudah pergi ke doktor atau hospital dan menunjukkan kad kesihatan anda untuk mendapatkan rawatan atau ubatan secara percuma.Ini kerana terdapat beberapa peraturan atau panduan yang semua pemegang polisi insurans perlu tahu sebelum memutuskan untuk menggunakan kad ini.
Untuk pencerahan anda, berikut adalah tatacara kegunaan kad insurans perubatan:
1. Sila kenal pasti penyakit terlebih dahulu
Sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan keadaan kesihatan tubuh badan anda, sila kenal pasti penyakit tersebut terlebih dahulu.Ini kerana terdapat beberapa jenis penyakit yang tidak termaktub dalam perlindungan insurans tertakluk terma dan syarat syarikat.
Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa wujud ‘waiting period‘ yang memerlukan satu tempoh matang sebelum boleh guna kecuali jika ada pengecualian.
Dalam tempoh tersebut anda tidak boleh menggunakannya. Ini khusus bagi yang baru memiliki kad perubatan. Bagi kes kemalangan pula, tiada waiting period yang dikenakan. Kita boleh terus membuat tuntutan sejurus polisi kita aktif. Sila semak tarikh medical card aktif.
Selepas anda kenal pasti lokasi pusat perubatan yang termaktub di bawah kelolaan syarikat insurans, terus pergi ke unit kecemasan rapi untuk memudahkan urusan.
Ia bertujuan memudahkan proses doktor dan anda mendapatkan ‘guarantee letter‘ bagi melancarkan proses untuk anda ‘claim‘ kelak nanti.
Jika terlupa atau terhilang kad ini, anda mungkin tidak perlu risau dan hubungi ejen insurans untuk mendapatkan butir-butir yang diperlukan.
Namun ini tidak bermakna segala kos pendaftaran adalah percuma kerana anda mungkin masih perlu membayar wang pendahuluan kepada pihak berkenaan.
Kebiasaannya, pihak pusat perubatan akan menguruskan laporan ini dan dihantarkan kepada ejen atau syarikat insurans yang anda berdaftar dengannya.
Anda cuma perlu berada di dalam mod ‘standby‘ sekiranya pihak berkenaan memerlukan butir, penjelasan atau pencerahan daripada pihak anda.
Ia bertujuan memudahkan urusan permohonan segala pembiayaan atau pembayaran kepada anda sesuai dengan polisi yang kalian daftarkan selama ini.
Berikut adalah apa yang anda perlu ada di saat melangkah keluar untuk discaj:
Ini kerana terdapat banyak terma dan syarat tersurat dan mungkin tersirat yang wujud ekoran kepelbagaian variasi insurans perubatan di pasaran kini.
Oleh itu, sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan ejen atau syarikat insurans anda untuk segala maklumat, kemas kini dan informasi terbaharu.
2. Pergi ke pusat perubatan di bawah panel
Perlu diketahui bahawa tidak semua klinik, hospital atau farmasi termaktub di bawah panel syarikat insurans yang anda berdaftar dengannya.Selepas anda kenal pasti lokasi pusat perubatan yang termaktub di bawah kelolaan syarikat insurans, terus pergi ke unit kecemasan rapi untuk memudahkan urusan.
Ia bertujuan memudahkan proses doktor dan anda mendapatkan ‘guarantee letter‘ bagi melancarkan proses untuk anda ‘claim‘ kelak nanti.
3. Bawa bersama medical card dengan anda
Setiap kali ingin ‘admit‘ ke dalam wad atau sebarang unit di pusat perubatan, sila bawa bersama kad kesihatan dengan anda ke kaunter pendaftaran.Jika terlupa atau terhilang kad ini, anda mungkin tidak perlu risau dan hubungi ejen insurans untuk mendapatkan butir-butir yang diperlukan.
Namun ini tidak bermakna segala kos pendaftaran adalah percuma kerana anda mungkin masih perlu membayar wang pendahuluan kepada pihak berkenaan.
4. Buat laporan kepada ejen @ syarikat insurans
Selepas menerima rawatan atau ubatan yang diperlukan untuk merawat penyakit yang dialami, proses seterusnya adalah untuk membuat laporan.Kebiasaannya, pihak pusat perubatan akan menguruskan laporan ini dan dihantarkan kepada ejen atau syarikat insurans yang anda berdaftar dengannya.
Anda cuma perlu berada di dalam mod ‘standby‘ sekiranya pihak berkenaan memerlukan butir, penjelasan atau pencerahan daripada pihak anda.
5. Discaj
Sebelum discaj keluar daripada pusat perubatan terbabit, ada beberapa dokumen atau resit yang kalian perlu dapatkan untuk urusan lain kelak.Ia bertujuan memudahkan urusan permohonan segala pembiayaan atau pembayaran kepada anda sesuai dengan polisi yang kalian daftarkan selama ini.
Berikut adalah apa yang anda perlu ada di saat melangkah keluar untuk discaj:
- Ringkasan discaj (discharge summary)
- Bil akhir asli (original final bill)
- Sijil cuti sakit (medical certificate)
- Laporan perubatan
Fahami kepentingan & kegunaan insurans perubatan anda!
Konklusinya, anda sebagai pemegang polisi itu sendiri perlu benar-benar tahu, peka dan faham mengenai polisi insurans perubatan yang kalian miliki.Ini kerana terdapat banyak terma dan syarat tersurat dan mungkin tersirat yang wujud ekoran kepelbagaian variasi insurans perubatan di pasaran kini.
Oleh itu, sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan ejen atau syarikat insurans anda untuk segala maklumat, kemas kini dan informasi terbaharu.
Sumber : Hello Doktor
tq share, baru tau procedure guna medical card ni. Sebab sendiri xda medical card. tu x penah amik tau hehe
BalasPadamTerima kasih kerana kongsikan. Ini juga antara yang perlu tahu kalau ada beli takaful. Lebih mudah, refer ejen sahaja kan
BalasPadamAda medical card selalu malas nak ambil tahu benda-benda penting dan kelebihan yang kita boleh dapat .selalu nak harapkan agen bantu... tu yang lambat jer nak claim apa-apa, dah tahu nih mudah sikit
BalasPadam