Cara Memohon i-Citra Online KWSP

Assalamualaikum
Bismillah

Cara Mudah Memohon i-Citra Online Kwsp 2021 | Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Syarat untuk memohon i-Citra;
  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan. 

Bayaran minimum adalah RM50. Korang hendaklah meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Permohonan i-Citra Online

1. Permohonan ini hanya boleh dikemukakan SEKALI sahaja.

2. Isikan maklumat yang betul dan lengkap bagi melancarkan urusan kelulusan dan pembayaran.

3. Pilih amaun yang dimohon mengikut keperluan. Pindaan amaun TIDAK DIBENARKAN selepas permohonan dikemukakan.

4. Anggota perkhidmatan awam yang memohon i-Citra berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
Cara Memohon i-Citra Online KWSP

Cara Memohon i-Citra Online KWSP 


1. Klik link i-Citra Online (PERMOHONAN boleh dibuat sehingga 30 September 2021)

2. Seterusnya klik PERMOHONAN untuk memohon.

3. Masukkan NO Kad Pengenalan / IC dan No Fon. Klik untuk teruskan. 


4. Masukkan Nombor OTP yang di hantar melalui SMS ke nombor korang ya. 

Cara Memohon i-Citra Online KWSP


5. Pada bahagian AMAUN PENGELUARAN, korang boleh pilih samada memohon untuk RM5000 ataupun kurang daripada amaun tersebut. Setelah itu, klik untuk teruskan


Contoh jadual bayaran untuk Amaun Pengeluaran RM5000 seperti di bawah :

Cara Memohon i-Citra Online KWSP


6. Pada bahagian MAKLUMAT PERMOHONAN, pastikan NAMA PENUH, NO IC dan NO FON korang betul ya. Kemudian, isi dengan lengkap. Antara maklumat yang diperlukan untuk membuat permohonan i-Citra Online KWSP ialah :
  • Alamat emel (untuk pengesahan permohonan)
  • Alamat lengkap surat menyurat
  • Nama Bank dan Nombor Akaun Bank
  • Jawab soalan i-Citra 
Dah lengkap semua, klik untuk TERUSKAN.

Cara Memohon i-Citra Online KWSP

7. Pada bahagian PENGESAHAN PERMOHONAN, pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT. 

Cara Memohon i-Citra Online KWSP

8. Dah baca dengan teliti barulah Klik petak segi empat untuk membuat PENGESAHAN dan HANTAR.

Cara Memohon i-Citra Online KWSP

9. Permohonan i-Citra telah berjaya. Korang boleh buat SEMAKAN PERMOHONAN (Masukkan no ic dan no fon sahaja) dan klik untuk semak.

Cara Memohon i-Citra Online KWSP

Contoh STATUS PERMOHONAN i-Citra telah diterima. Jangan lupa simpan rekod permohonan sebagai bukti dan rujukan.

Semoga dipermudahkan urusan buat semua. 

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama