Dikuasakan oleh Blogger.

Beza Taska Dan Tadika Ibu Bapa Perlu Tahu

Assalamualaikum
Bismillah

Beza Taska Dan Tadika Ibu Bapa Perlu Tahu | Istilah Taska dan Tadika sering kali menjadi perbualan para ibu bapa terutama dari segi perbezaannya. memang masih ramai yang masih keliru. 

Kita sedia maklum bahawa semua kanak-kanak perlu menjalani pendidikan awal kanak-kanak. Tujuannya adalah untuk membekalkan kanak-kanak dengan pengetahuan asas sebelum masuk ke Tahun 1 di sekolah.

Beza Taska Dan Tadika Ibu Bapa Perlu Tahu

Apa sebenarnya beza Taska dan Tadika?

1. Taska – Taska sebenarnya singkatan untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak. Juga dipanggil Nursery atau Pusat Penjagaan Kanak-kanak.

Ciri-ciri: Taska adalah tempat yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak. Suasana di Taska adalah berunsurkan Ceria, Selesa dan Selamat.

Aktiviti/ Pembelajaran: Taska menyediakan aktiviti atau program yang sesuai untuk kanak-kanak. Sambil melakukan aktiviti, mereka akan menjalankan tugas menjaga seperti biasa.

Taska di rumah/ Sekolah: Selalunya, jika taska dibuat di rumah, bilangan kanak-kanak kurang dari 10 orang. Sebaliknya, jika di sekolah, bilangannya akan mula dari 10 ke atas.

Umur kanak-kanak untuk pergi Taska: Ibu bapa boleh menghantar anak ke Taska sejak dari bayi hingga berumur 4 tahun.

• Latar belakang pengasuh: Sebelum menjadi pengasuh, mereka perlu mengambil kursus 10 hari iaitu Kursus Asuhan Kanak-Kanak, KAAK. Kursus ini ditentukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah dilaksanakan sejak tahun 1988.

Beza Taska Dan Tadika Ibu Bapa Perlu Tahu
Beza Taska Dan Tadika Ibu Bapa Perlu Tahu



Semua pusat jagaan yang terlibat perlulah didaftarkan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Setiap pengasuh perlu menghadiri kursus untuk memastikan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di Taska dapat dipatuhi.


2. Tadika – Nama penuh untuk istilah ini ialah Taman Didikan Kanak-Kanak. Ramai juga yang memanggil tadika ini sebagai Kindergarten atau Preschool.

Ciri-ciri: Tertumpu kepada kanak-kanak yang berumur 4,5, dan 6 tahun. Tempat untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak hanya tertumpu sepenuhnya dengan akademik.

Aktiviti/ Pembelajaran: Aktiviti yang diajar adalah berbentuk akademik yang berasaskan mata pelajaran, seperti membaca dan mengira. Bahasa kebangsaan mesti diajar sebagai salah satu subjek di Tadika.

• Tadika di rumah/ Sekolah: Tadika akan dijalankan di sekolah dan bilangannya boleh lebih dari 10 kanak-kanak. Tadika mungkin juga akan menyediakan pusat jagaan harian terutama untuk kanak-kanak yang mempunyai ibu-bapa yang bekerja.

• Umur kanak-kanak untuk pergi Tadika: Kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun boleh memulakan Tadika.

• Latar belakang pengasuh: Setiap pengajar yang terlibat perlu dilatih terlebih dahulu. Mereka sekurang-kurangnya mempunyai diploma dalam Bidang Perguruan. Selalunya, pengajar ini akan mempunyai ijazah atau sarjana dalam pendidikan awal kanak-kanak atau bidang yang berkaitan. 

Beza Taska Dan Tadika Ibu Bapa Perlu Tahu

Beza Taska Dan Tadika Ibu Bapa Perlu Tahu

Tadika penting untuk pembelajaran anak-anak terutama untuk ibu-bapa yang tidak mempunyai masa untuk mengajar mereka. Mereka boleh belajar tentang pelbagai perkara asas sebelum memulakan langkah ke Tahun 1.

Pendidikan awal sangat penting untuk semua kanak-kanak. Ia dapat memudahkan proses pembelajaran semasa masuk ke Tahun 1 kelak. Namun, masih terdapat beberapa keluarga yang tidak terlalu mementingkan pendidikan awal kanak-kanak ini. 




Mungkin ada antara mereka yang tidak mampu untuk membayar biaya Taska dan Tadika. Mereka hanya mampu mengajar kanak-kanak mereka di rumah.

KPM pada tahun 2003 telah menetapkan bahawa semua sekolah prasekolah perlu mengikuti Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Tujuaannya tidak lain hanya untuk membangunkan kemahiran dari aspek sosial, intelek, fizikal, rohani dan nilai estetik kanak-kanak.

Oleh itu, para ibu bapa perlu mengambil langkah pertama ini untuk memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan awal yang terbaik. Hanya perlu pastikan, kanak-kanak mendapat suasana taska dan tadika yang selesa dan ceria!

Rindu kan nak anak pergi sekolah? Semoga Allah angkat covid-19 dari bumi ini. Semoga kita semua tabah dalam menghadapi ujian hidup yang serba mencabar ini. Aamiin.


3 ulasan:

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.