Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online (Daftar Melalui KIOSK)

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku dah give up nak Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email dari tahun 2020 lagi tapi sampai sekarang takda respon pun dari pihak KWSP. Jadi cara paling senang sekali pergi ja lah kiosk KWSP yang terdekat. 

Cara Register i-Akaun Melalui Kiosk KWSP

1. Sila hadir ke KIOSK KWSP berdekatan dengan korang

2. Masukan kad pengenalan ke dalam Kiosk KWSP

3. Sila imbas ibu jari bagi tujuan pengecaman Cap Ibu Jari.

4. Kemudian, sila pilih Pengaktifan i-Akaun (ahli) dan masukkan NO TELEFON.

5. Cetak untuk dapatkan ID pengguna. Kata laluan sementara pula akan dihantar melalui SMS ke no telefon yang telah korang daftarkan. (Lihat contoh gambar di bawah)


Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online (Daftar Melalui KIOSK)

Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online (Daftar Melalui KIOSK)


1. Login i-Akaun KWSP

2. Masukkan USER ID (EPF NO) & PASSWORD yang dihantar melalui SMS.


3. Setelah itu, tekan pada petak kecil [ / ] untuk terma & syarat. Dan tekan NEXT. 


4. Isi maklumat yang diperlukan seperti yang dipaparkan pada gambar. Antara maklumat yang perlu diisi ialah : 
  • User ID 
  • New Password
  • Confirm Password
  • Image (untuk pengesahan akaun korang)
  • Secret Phrase
Klik Next untuk langkah seterusnya.


5. Pendaftaran i-Akaun KWSP secara online telah berjaya. Seterusnya korang login balik ya boleh masuk atau tidak.  

Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online

6. Apabila dah login, korang dikehendaki untuk REQUEST TAC untuk pengesahan no tel untuk TAC. 

7. Gambar di bawah ialah contoh SMS yang diterima untuk pengaktifan i-Akaun dan Verification TAC NO. 

Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online (Daftar Melalui KIOSK)


Alhamdulillah, pendaftaran telah berjaya. Dah boleh semak penyata akaun. Korang jangan lupa tau kemaskini maklumat seperti email, alamat dan contact no di bahagian profile. Semak juga ya no telefon untuk TAC betul atau tak. 

Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online

Semoga dipermudahkan urusan korang. Hopefully info ini membantu. 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang i-akaun KWSP, sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi KWSP | EPF