Cara Mencarum KWSP (EPF) Sendiri Melalui Cimb Clicks

16
Assalamualaikum
Bismillah

Aku memang dah lama merancang mahu mencarum KWSP sendiri. Dan yang bestnya blogger pun boleh mencarum juga tau. Cuma bezanya takda lah caruman dari majikan. Tapi takpa lah untuk simpanan hari tua juga. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.

Kenapa aku pilih untuk mencarum kwsp sendiri? Aku mencarum kerana tiada komitmen atau paksaan untuk menyimpan, dan boleh mencarum di KWSP mengikut amaun dan kemampuan sendiri. 

Selain daripada duit simpanan yang telah dicarumkan itu juga boleh korang dapat menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan. 


1. Login ke CIMB CLICKS (Korang login guna internet ya bukan di apps)

2. Setelah itu, pilih PAY & TRANSFER. Pilih EPF/KWSP TRANSFER (rujuk gambar diatas ya)

3. Pada bahagian EPF/KWSP TRANSFER isi details seperti dalam gambar ya. Masukkan NO EPF/KWSP korang. Boleh lihat di penyata gaji korang. 

Kalau takda NO EPF boleh ke kaunter KWSP untuk buka akaun kwsp ya. Sekiranya korang dah ada NO EPF KWSP boleh semak di i-Akaun KWSP. 



4. Pada bahagian EPF CONTRIBUTION TYPE. Terdapat 2 jenis contribution iaitu SELF EMPLOYED ataupun i-Saraan/i-Suri. 

Aku pilih i-Saraan/i-Suri, sesuai sangat kepada individu yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja (tidak bekerja di bawah orang).


5. Masukkan NO IC & Amaun (RM) yang korang nak. Tiada had minimum, masukkan saja berapa yang korang mampu. 

6. Semak butiran maklumat korang ya. Pastikan betul ya NO IC dan NO EPF tu. Then submit. Tunggu dalam beberapa hari lepas tu korang boleh semak kat i-Akaun KWSP. 


Bukti yang caruman telah berjaya masuk kat akaun KWSP. Untuk maklumat lanjut boleh terus berhubung melalui pihak KWSP :

Catat Ulasan

16Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. kalau yang dah ada kerja and emmang ada kwsp tak boleh tambah la eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Rasya .. pilih self-contribution..

      Padam
    2. dun have self-contribution. Only have self employed or i-Saraan

      Padam
  2. Abe kie biasa buat di maybank2u. X sangka plak cimbclicks ada gak kemudahan ni. Hmmm...nak try la...

    BalasPadam
  3. senang dah sekarang nie bila2 masa boleh tambah caruman... kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tue.. bila-bila pun boleh buat caruman

      Padam
  4. ehhh bleh juga .. saving utk masa depan kan ... this is good

    BalasPadam
  5. Oh! sedang bekerja pun boleh juga self-contribution.
    Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  6. Menarik boleh cuba nanti :)
    Tq sharing nurul..

    btw jemput join GA shida ya jika kelapangan :)
    https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam
  7. Tumpang bertanya, kalau kita carum sendiri kwsp melalui online banking transfer, berapa lama ye duit tu masuk ke dalam akaun kwsp?

    BalasPadam
  8. Info yang sangat berguna. Mudah betul sekarang ye. Semua di hujung jari.

    BalasPadam
  9. info yang menarik dan boleh semak web site depa ni

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !