Blog Sii Nurul Mencecah 4 Juta Pageviews | Tips Bounce Rate & Google Adsense

Sii Nurul
16
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, finally 4 Milions pageview achieved before end of 2020. Aku nak tulis entri ini sebelum masuk tahun 2021 lagi sebenarnya. Tapi laptop rosak. So, baru ja dapat berblog. Banyak benda nak kongsi terutama tentang perkembangan blog. 


Sekarang ini aku ada habit menulis entri akan kaitkan dengan entri-entri yang lepas. Pada pemahaman aku ianya ada kaitan dengan penulisan SEO (maybe kot) hahaha~ 

Tetapi aku memang dah cuba memang berkesan, cuma ambil masa sikit. Bukan sahaja dapat naikkan views tetapi dapat turunkan bounce rate korang juga. Tak percaya boleh baca Yeeahh!! Berjaya Rendahkan Bounce Rate!!

Sebagai contohlah entri resepi kan, di blog ini aku ada post entri yang sebenarnya cara masak tu hampir sama sahaja cuma tajuk sahaja yang berbeza.
Perasan tak semuanya masak sos. Hahaha~ Tak perlu pun susah-susah nak fikir nak buat resepi viral. Kalau sebelum ini ada entri tentang donut, korang buatlah pelbagai resepi donut. Jadi korang bolehlah buat entri follow up yang berkaitan dengan post resepi yang pertama.

Tips yang simple semua orang boleh buat. InsyaAllah pageview korang akan naik yang penting cuba dulu okay baru nampak hasilnya. Sama juga dengan entri yang lain. 

Nak aku bagi contoh lagi tak?

Misalnya entri yang aku tengah buat ini lah. 

Tajuk hampir sama tetapi konten dia berbeza. Sambil berkongsi tentang performance blog cuba selit juga sedikit info tentang perjalanan blog, tips blogging, atau apa sahaja berkaitan dengan blog. Sebab sebelum ini aku pernah buat entri tentang prestasi blog di google analytics yang mana tajuk yang hampir sama dan konten pun tiada value gitu di mata google. 

Disebabkan entri itu juga adsense aku kena reject selepas tukar domain huhu. Maksudnya kan sekiranya korang nak buat entri tentang performance blog korang lah kan setiap bulan, pastikan setiap entri itu ada kelainan sedikit. 

Ini salah satu tips untuk yang nak memohon adsense lah. Kalau tanya adsense ini apa ciri-ciri website yang berkualiti? Antaranya ialah :
  1. Don't create multiple pages or sites with duplicate content
  2. Provide content that gives users a reason to visit, and return, to your site.
  3. Provide the information or service promised.
  4. Pages should provide originality and added value
  5. Strive for well-organized and information-rich content
  6. Avoid placing ads on non-content-based pages

Itu sahaja ringkasan tentang cara nak naikkan trafik blog sekaligus rendahkan bounce rate korang dan sedikit tips google adsense (bagi yang belum lulus adsense atau baru nak memohon adsense). Bagi aku walaupun adsense dah lulus kenalah jaga konten blog juga kalau nak naikkan earning adsense. 

Aku cuma berkongsi berdasarkan pengalaman aku sendiri sahaja try and error pelbagai tips dah di blog ini. Yang mana sesuai untuk korang bolehlah mencuba tips ini. Lain orang lain caranya bagaimana nak mengurus blog kan. 

All the best! Thanks a lot for always support this blog. 

Kalau ada pertanyaan berkenaan blog boleh komen di ruangan komen di bawah ya. Kalau segan boleh follow aku di facebook, instagram, telegram atau email di nurulatikayunus23@gmail.com


Catat Ulasan

16Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Alhamdulillah, tahniah Nurul.. Hihihi akak memang tak terjangkau dah.. Semoga awak terus sukses dalam memberi ilmu kepada semua orang..

    BalasPadam
  2. tahniah nurul
    bestkan dah capai target tu
    alhamdulillah

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. congratulations!!!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah!! Tahniah nurul!! Berkat banyak sharing akhirnya membuahkan hasil

    BalasPadam
  5. Tahniah, Nurul. Semoga lebih berjaya dalam dunia blogging.

    BalasPadam
  6. Kena byk belajar lagi saya ni. huhu. tq for the tips! Jemput join GA saya untuk menang wallet free original brand F.timber & Nichi :) http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    BalasPadam
  7. tahniah nurul. smoga terus sukses :)

    BalasPadam
  8. Jauhnya lagi perjalanan Eza nak capai 4 juta pageviews tu. Semoga cik Nurul sentiasa murah rezeki dan doakan Eza sentiasa konsisten blogging ya.

    BalasPadam
  9. tahniah nurul, seronok tengok pencapaian blog awak

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write