Resepi Ringkas Sosej Masak Sos

Assalamualaikum
Bismillah

Resepi Ringkas Sosej Masak Sos ini walaupun aku tahu resepi ini sudah berlambak di google, tetapi pasti ada sedikit perbezaan juga kan? hehe~ Lain orang itu lain selera mereka. 


Bahan-bahan
  • 1 ulas bawang besar (hiris/blend)
  • 2 ulas bawang putih (hiris/blend)
  • 1 bungkus sosej (potong ikut suka)
  • sos tiram
  • sos cili
  • sos tomato
  • kicap manis
  • Gula dan garam secukup rasa



Cara-cara memasak 
  • Panaskan kuali dan letakkan minyak
  • Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris
  • Masukkan sosej ke dalam kuali dan gaul sampai rata
  • Masukkan sos tiram, cili, tomato serta kicap manis. 
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah sedikit air. 
  • Gaul hingga sebati.
  • Sedia untuk dihidang.
Simple as that. Ada orang yang suka goreng dulu sosej tu. Ada juga yang campur dengan ikan bilis dan bahan lain. Aku cuma masak dengan bahan yang sedia ada kat rumah saja. 

#ResepiSosejMasakSos
#ResepiRingkas Sosej Masak Sos

Resepi Sosej Goreng Masak Sos (Sedap & Mudah)