Blog Sii Nurul Cecah 3 Juta Pageviews & Perjalanan Seorang Blogger

Assalamualaikum

Bismillah

Alhamdulillah, akhirnya blog ini telah mencecah 3 Juta Pageviews selama 4 bulan. Aku rasa bersyukur sangat sepanjang bergelar blogger sepenuh masa ini. Kalau nak cerita tentang perjalanan blog ini terlalu banyak suka dan dukanya.

Aku pernah hampir putus asa untuk menulis. Perasaan tu kan aku rasa hanya blogger saja yang faham. Nak kata penulisan aku ini bagus tak juga. Aku tulis pun ikut keselesaan aku. As long as korang faham apa yang aku nak sampaikan tu pun dah cukup. 


Perjalanan Sebagai Seorang Blogger

Aku nak cerita sikitlah tentang macam mana aku boleh jadi seorang blogger ini. Aku mula berjinak dengan dunia blog pada tahun 2014. Cuma blog aku tu dah tak aktif. Dulu nama blog aku "Nota Kecil" sebab aku suka berkongsi cerita. 

Selepas tu aku buat lagi blog baru, which is blog yang sekarang ini pada tahun 2015. Cuma nama blog masa ini bukan Sii Nurul. Selama 2 tahun aku berblog banyak merapu dan cerita kebudak-budakan punya saja. 

Aku banyak belajar tentang tutorial blog, baca tips macam mana nak naikkan pageviews, followers dan macam mana nak jadi blogger yang baik. Yang dapat bagi manfaat kepada pembaca. Kiranya selama 2 tahun itu aku menuntut ilmu blogging daripada blogger otai, belajar dari google dan banyak membaca dan praktis menulis. 


Bina Identiti Sebagai Sii Nurul

Perkara paling penting sekali apabila bagi aku dalam berblog ialah macam mana nak bina identiti. Apabila sebut saja blogger korang terus akan teringat Hasrul Hassan, Ben Ashaari, Lysaa Faizureen, Cik Epal dan ramai lagi lah. 

Aku bukan nak kata aku nak jadi popular. Tapi aku cuma nak penulisan aku dikenali. Apabila sebut saja pasal Sii Nurul, orang akan ingat Psikologi, SPP, dan SPA8. Aku rasa dihargai juga sebab at least aku tahu blog aku ini memberi manfaat kepada pembaca. 

Kalau suatu hari nanti apa yang aku tulis ini hanya mendatangkan mudarat dan keburukan kepada pembaca. Jujurlah aku sanggup berhenti menulis. 

Jadi korang sebagai pembaca. Aku mohon sangat. Tegurlah aku apabila aku salah. Nak kritik, nak kondem, nak cakap apapun aku tak kisah. Apa yang tak baik aku cuba perbaiki. Yang baik cuba untuk jadikan teladan. Yang menulis ni pun manusia, jadi takkan terlepas daripada melakukan kesilapan. 

Baca Sini : Terima Teguran Daripada Pembaca

Akhirnya pada tahun 2017, aku mula semula berblog dengan matlamat dan tujuan yang lebih jelas. Aku nak menulis lebih banyak artikel yang bermanfaat, pengalaman hidup atau apa sahaja pengetahuan yang aku rasakan perlu untuk dikongsi. 

2 tahun aku jadi part-time blogger sehinggalah aku membuat keputusan muktamad untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa pada tahun 2019. Dan genaplah setahun aku bergelar blogger sepenuh masa dan memilih kerjaya ini. 

Baca Sini : Permulaan Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa 


Blog Sii Nurul Cecah 3 Juta Pageviews

Jadi kalau korang nak kira usia blog aku ini baru 5 tahun. Tapi aku mula berblog dah hampir 6 tahun. Untuk mencapai 1 juta pageviews pada mulanya tu mengambil masa selama 3 tahun juga. Selepas itu tak sampai 6 bulan aku berjaya pula capai 2 juta pageviews. 

Dan aku bersyukur akhirnya berjaya capai 3 juta pageviews dalam masa 4 bulan. Apa yang aku nampak pengalaman menulis blog sebelum ini dan ilmu daripada Bite Media Consultant sangat membantu aku untuk capai apa yang aku capai dalam masa yang begitu singkat. 

Apabila aku imbas kembali rasa macam sukar untuk percaya. Daripada berblog sebagai hobi dan suka-suka sehinggalah menjadikan blogger sebagai kerjaya. Tiada dalam kamus hidup aku mahu jadikan minat sebagai kerjaya. 

Aku bersyukur. 

SubhanAllah, perjalanan hidup yang diatur ALLAH begitu cantik sekali. Tidak terkata betapa bersyukurnya dan bangganya dengan pencapaian diri. Hikmah tu kita tidak akan nampak esok lusa. 

Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999) 


Sekalung Penghargaan 

Aku ingin merakamkan sekalung penghargaan buat kalian semua yang banyak menyokong dan bagi semangat kepada aku. Apa yang aku capai ini bukanlah atas usaha aku sendiri. Koranglah yang banyak bagi motivasi dan kata-kata semangat. 

Mungkin juga doa-doa kalianlah yang menjadikan aku terus kuat untuk menulis sehingga sekarang. Alhamdulillah, Allah hadirkan sahabat dan pembaca yang sangat baik hati seperti korang. Terima kasih sangat.