Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Telur Mata Masak Sos Untuk Orang Malas Masak

Assalamualaikum
Bismillah

Perasan tak semua resepi yang aku kongsi kebanyakkan masak sos.. hahaha~ Sebab kemahiran memasak aku memang tak seberapa. Mahu masak yang lain-lain pun susah juga sebab orang di rumah ini pun memilih makanan.

Tambahan pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, so kenalah berjimat mahu memasak. Kalau berkenan nak mencuba resepi ini, dipersilakan guna resepi ini. Kalau rasa terlalu simple sangat, korang tambahlah apa yang patut. Aku just masak ikut selera aku ja. 

Resepi Telur Mata Masak Sos 

Bahan-bahan 

1. 3 biji telur
2. Bawang merah
3. Bwang putih
4. Lobak merah
5. Sos cili

Cara memasak

1. Panaskan minyak. Goreng telur mata kerbau atau lembu. Aku sebenarnya macam bingung juga sebenarnya lembu atau kerbau. HAHAHA. Suka hati korang lah panggil mata apa pun.

2. Kalau korang nak letak garam boleh. Tak nak letak pun boleh. Dah goreng telur tu, ketepikan dahulu.

3. Untuk sos pula. Panaskan minyak lagi sekali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lobak merah. 

4. Masukkan sos cili (sos tomato pun boleh, suka hati korang)

5. Gaul sehingga pecah minyak. Masukkan garam dan gula. Tambah sedikit air. 

6. Masukkan telur mata itu tadi. Kacau sekejap sahaja.  Siap untuk dihidang.



Aku antara orang yang suka masak ringkas dan simple serta plain. Haha~ Kalau nampak berselera bolehlah mencuba di rumah. 

8 ulasan:

  1. hahahahaha resepi malas pun tetap sedap

    BalasPadam
  2. resepi sedap ni klau hujung2 bulan. hehehehe

    https://www.ibucida.com/2020/03/segmen-bloglist-2020-cida.html

    BalasPadam
  3. Hehehe ni resepi malas bila anak nak makan, mak malas masak. Hihihi.

    BalasPadam
  4. Sedapnya telur! I suka bila telur tu cair-cair sikit

    BalasPadam
  5. Best.. best.. bahan sikit dan sangat mudah nak buat..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.