10 Menu Makanan Cina Boleh Cuba Di Kuala Lumpur

5
Berada di Kuala Lumpur, pelbagai makanan ada di depan mata. Pilih saja nak makan yang mana. Dan dalam banyak-banyak pilihan makanan, kita tidak hanya terikat pada menu masakan melayu tetapi boleh juga mencuba menu makanan cina, india, barat dan lain-lain lagi.

Untuk menu makanan cina ataupun chinese food ini, terdapat pelbagai jenis menu yang boleh di cuba. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini. 

1. Dim Sum

menu-makanan-cina-dim-sum

Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidangkan bersama teh cina. 

Ia biasanya dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan ini disediakan sepanjang hari. 

Dim sum disediakan dalam bahagian kecil dan termasuklah daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan.

Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Kebanyakan keluarga Cina suka berkumpul untuk menikmati hidangan dim sum ini pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. 


2. Mee Wantan

mee-wantan

Mee wantan merupakan hidangan kantonis yang sangat terkenal di seluruh Asia. Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam sup panas, dihias dengan sayur berdaun dan juga wantan. 

Jenis-jenis bagi sayur berdaun yang digunakan biasanya adalah kailan. Satu lagi jenis ladu dikenali sebagai shui jiao yang kadang kalanya disajikan bagi menggantikan wantan. 

Ia mengandungi udang, ayam atau daging, daun bawang dan juga terdapat beberapa tukang masak yang menambah cendawan dan kulat hitam.


3. Yee Sang @ Yusheng

yee-sang-makanan-cina

Yee sang juga dikenali sebagai Yusheng merupakan hidangan yang terdiri daripada pelbagai jenis salad dan ikan. 

Campuran kesemua bahan ini membuatkan hidangan ini berwarna-warni dan kelihatan menarik untuk dimakan. Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ia merupakan lambang kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan. 

Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan merupakan pembawa rezeki dan juga hidangan yee sang telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ianya merupakan masakan yang semestinya akan dihidangkan sempena upacara keagamaan. 

Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar, kacang tanah, cili, lobak putih, lobak merah, halia, daun limau purut, daun parsli cina, biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat daripada sos plum.


4. Kuih Bulan@Moon Cake

moon-cake

Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh ataupun Tahun Baru Cina. Kuih ini mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja. 

Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri daripada kuning telur itik (masin) serta bahan-bahan yang lain. 

Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang pelbagai di bahagian dalamnya. Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu dan biji tembikai. 

Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan dan juga durian selari dengan perubahan zaman. Dahulunya, banyak cerita mitos tentang kuih ini. Masyarakat Cina akan memakan kuih ini bagi memperingati sejarah seorang isteri raja yang telah berkorban demi rakyatnya.


5. Kuih Bakul@Nian Gao

kuih-bakul-nian-gao

Jika masyarakat Melayu popular dengan sajian dodol, kaum Cina pula tidak ketinggalan dengan hidangan kuih bakul. 

Kuih ini seakan-akan dodol, namun ianya lebih kenyal jika dibandingkan dengan dodol. Kuih bakul juga turut dikenali dengan nama lain iaitu nian gao. Proses untuk membuat kuih bakul ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ianya perlu mengambil masa tiga hari untuk disiapkan. 

Berdasarkan sejarah, kuih ini dibuat khas oleh orang terdahulu untuk diberikan kepada ‘Tuhan Dapur’ agar ia tidak melaporkan perkara yang tidak baik kepada maharaja di syurga. 

Kuih ini juga membawa simbol tinggi iaitu ‘semakin tahun semakin tinggi’ di mana ia bermaksud bahawa semakin masa berlalu, semakin majulah mereka ke hadapan. Kuih ini juga sering dimakan dengan pelbagai cara iaitu dimakan bersama is kelapa, digoreng dengan ubi keladi atau ubi keledek dan boleh dimakan begitu sahaja.


6. Char Kuey Teow


Kita sering melihat hidangan char kuey teow ini dijual di mana sahaja sama ada di gerai kecil mahupun restoran yang terkenal. Namun, tahukah anda bahawa hadangan ini sebenarnya merupakan antara makanan tradisoanal yang berasal daripada Cina selama ini? Char kuey teow merupakan mee beras yang biasanya dimasak bersama kerang, udang dan juga telur. Hidangan ini telah dijual oleh para petani dan juga nelayan bagi mendapatkan pendapatan. 

Disebabkan char kuey teow ini kaya dengan sumber protein, fiber dan juga zat lain, maka tidak hairanlah jika para pekerja buruh pada zaman dahulu amat menggemarinya kerana ia dapat memberikan tenaga untuk kembali bekerja. Kehadiran tauge dan juga sayur-sayuran lain dalam hidangan ini telah menambahkan lagi rasa char kuey teow agar ianya menjadi lebih enak untuk dinikmati.

7. Yong Tau Foo
Yong Tau Foo adalah kegemaran ramai rakyat Malaysia dan Yong Tau Foo ini jika di cuba dapat dirasakan keaslian Hakka dengan sos kuah yang dihidangkan bersamanya. Jika sedang mencari pilihan makanan yang anda belum pernah cuba, mungkin menu ini boleh difikirkan. Harganya juga tidaklah mahal mana.


8. Tang Yuan 
Tang yuan merupakan hidangan pencuci mulut tradisional masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung beras. Secara tradisinya, hidangan ini biasa dinikmati semasa Yuanxiao ataupun Festival Tanglung. Namun ia juga sering dijadikan sebagai pencuci mulut semasa majlis perkahwinan. 

Pada sekali pandang, kuih ini dilihat seakan kuih puteri mandi, namun ianya mempunyai beberapa perbezaan. Tang yuan yang berbentuk bola kecil ini dihidangkan di dalam mangkuk dan dimakan bersama sirap manis. Hidangan ini pada kebiasaannya dinikmati pada musim sejuk di bulan Desember jika di negara China. 


9. Stir Turnip Fried Cake
Pada sekali pandang, hidangan ini tidak ubah seperti fish cake goreng. Ianya enak dimakan semasa ia masih panas kerana anda mungkin akan muak apabila ianya telah sejuk. Turnip Cake ataupun dikenali sebagai kek lobak ini dibuat dengan menggunakan lobak putih dan tepung beras. Kek lobak ini boleh dimakan terus bersama kicap, namun ia biasanya dimasak dahulu untuk menambah rasa tambahan.

Kek lobak dipotong menjadi kepingan segi empat tepat setelah disejukkan dan kemudiannya digoreng sehingga kedua-dua belah permukaannya menjadi perang keemasan. Ianya enak dimakan bersama sos cili atau juga sos hoisin sebagai perasa.


10. Nasi Ayam Claypot

Nasi ayam claypot merupakan hidangan makan malam di China Selatan dan juga di Asia Tenggara. Nasi ini dimasak menggunakan periuk tanah liat bersama-sama bahan lain seperti cendawan, ayam, ikan masin dan juga sayuran bersama sos soya. 

Kehadiran ikan masin dalam hidangan ini sememangnya meningkatkan lagi rasa nasi ayam ini. Pada waktu dahulu kala, hidangan ini dimasak dengan menggunakan dapur arang. Namun kini selari dengan peredaran masa hidangan ini telah dimasak dengan menggunakan dapur gas yang lebih menjimatkan masa. 

Terasa Nak Makan Menu Chinese Food Di Kuala Lumpur? Boleh Order Melalui Foodpanda! 

Walau kena duduk rumah tapi tetap boleh makan sedap tanpa perlu susah payah masak. Kiranya kalau malas pun tak apa! Terasa nak makan menu makanan cina seperti yang dinyatakan di atas juga boleh. Antara pihak yang ada sediakan servis food delivery menu chinese food begini adalah Foodpanda.


Lagi-lagi dalam musim covid19 yang penuh mencabar ni. Tak perlulah risikokan diri sendiri kerana masih ada pihak seperti Foodpanda yang sudi berkorban dalam membantu urusan kita.

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. yang tak pernah makan lagi turnip cake dengan tong yuan

    BalasPadam
  2. chinese cuisines memang sedap2 belaka..
    suka juga beberapa tapi ada banyak yang tak pernah cuba lagi..

    BalasPadam
  3. i mmg suka chinese food ! kat penang ni susah cari yg halal

    BalasPadam
  4. Apa-apa hal guna je foodpanda kalau nak beli makanan cina asalkan halal.

    BalasPadam
  5. Tak sabar nak balik Malaya. Dah lama tak jalan-jalan cari makan. Moga covid-19 segera berlalu pergi.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !