Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia



Assalamualaikum
Bismillah


Bagi yang belum pernah mendaftar dalam JobsMalaysia, anda dikehendaki untuk mendaftar dahulu sebagai "PENCARI KERJA" dalam laman web JobsMalaysia. Hal ini demikian kerana Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) hanya boleh dimohon melalui JobsMalaysia.


LANGKAH 1 : DAFTAR dan klik "PENCARI KERJA". Klik sini untuk terus ke laman pendaftaran → Pendaftaran Pencari Kerja



LANGKAH 2 : Isi MAKLUMAT DIRI seperti Nombor IC, Nama Penuh, Nombor telefon (terkini), Email, KOD Verifikasi dan klik DAFTAR. 


Langkah 3 : Semak Email untuk mengaktifkan pendaftaran. 


LANGKAH 4 : Seterusnya ke halaman lengkapkan profil pencari kerja buat kali pertama. Anda diminta untuk membuat pengesahan akan mematuhi syarat dan terma sebagai pencari kerja di portal JobsMalaysia dengan klik "SAYA BERSETUJU"


LANGKAH 5 :Seterusnya anda hanya perlu ikut langkah seperti yang diterangkan dalam gambar. 



Isikan MAKLUMAT TAMBAHAN yang berkaitan. 


Bagi jawatan dalam SPP terbahagi kepada Jawatan Guru & Bukan Guru. Antaranya ialah :


Jawatan Guru
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29
Jawatan Bukan Guru
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Penyelia Asrama Gred N19
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 
Pembantu Makmal Gred C19
Pembantu Operasi Gred N11
Pemandu Kenderaan Gred H11


Masukkan MAKLUMAT AKADEMIK ataupun SIJIL KEMAHIRAN yang berkenaan. 


Nyatakan MAKLUMAT PEKERJAAN (Pengalaman bekerja) yang pernah dilakukan agtaupun sedang dilakukan. Sebaiknya adalah berkaitan dengan jawatan yang dipohon. 


Isikan MAKLUMAT TAMBAHAN khususnya kepada calon yang memohon dalam SPP. 


LANGKAH 6 : Masukkan maklumat RUJUKAN (Nama Penuh, Alamat & nombor telefon terkini serta Pekerjaan). SEMAK SEMULA maklumat agar tidak tertinggal. SIMPAN & HANTAR. 


Saya telah membuat permohonan di jobsmalaysia, Bilakah saya akan dipanggil temu duga?

Semua pemohon yang telah berdaftar di jobsmalaysia akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:
  • Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon
  • Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
  • Melepasi asas tapisan.
Setiap pemohon boleh menyemak pendaftaran melalui pautan Semakan Status Pendaftaran di Portal SPP.

Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?

Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar di jobsmalaysia seperti:
  • Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada SPP
  • Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data SPP
  • Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya
  • Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon dan
  • Pemohon tidak melepasi asas tapisan.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di jobsmalaysia?

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP. 

Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian. 

Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.


Since many of you were asking about SPP in my blog. So, hari ini aku kongsi dengan kamu semua Cara Daftar SPP Dengan Betul. Hopefully this video will help you.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus ke laman Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran → https://www.spp.gov.my/ms/Untuk pertanyaan Persediaan semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com


UPDATE * 

Sekiranya pendaftaran tidak berjaya SILA KLIK OK dahulu dan semak balik part mana yang salah sebab akan ada dinyatakan disana bahagian mana yang salah samada KOD VERIFIKASI, NO IC, NO FON ataupun SALAH TAIP NAMA (tidak ikut sepeti dalam IC)

Ramai di antara anda yang mendaftar terlepas pandang bahagian tersebut dan hanya stop di situ sahaja bila nampak sahaja RALAT atau PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA.

Sekiranya dinyatakan bahawa IC anda telah didaftarkan, ini bermaksud anda PERNAH MENDAFTAR JOBSMALAYSIA sebelum ini. Disebabkan pendaftaran menggunna IC jadi tidak boleh buat akaun jobsmalaysia baru. 

Anda kena KLIK FORGOT PASSWORD untuk reset kata laluan akan dihantar ke email yang anda dah daftarkan sebelum ini. Kalau tak ingat juga email atau no telefon yang lama aku tak boleh nak bantu  korang. Jadi sila contact pihak jobsmalaysia sendiri.

Sekiranya bahagian seperti NO TEL, NAMA, ataupun EMAIL yang mempunyai masalah. Ada kemungkinan anda TERSILAP TAIP NAMA (Tidak mengikut IC), NO TEL yang ditulis adalah double contohnya +60 [0108810083] - Sila buang "0" dihadapan.